Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...


alhmdulillah kali ini ana letakkan posting yang santai buat tatapan semua. kredit kepada seorang sahabat ana sewaktu berbual dengannya tercetus satu ilham melalui perbualan tersebut (>.<)


'wah, cantiknya..."," cun ar dia tu..", "lawanya...kat mana ye awak beli barang nie".. inilah salah satu kata-kata yang selalu kita ungkapkan bila kita melihat sesuatu yang cantik di pandangan mata. Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia biasanya akan memilih sesuatu perkara itu yang pertama sekali pastinya kerana CANTIK atau dalam erti kata lain indah, atau sejuk mata memandang. apabila sesuatu itu cantik pastinya ia dapat menarik perhatian ramai pihak. pasti ramai yang akan memuji akan kecantikan yang dimiliki oleh si pemilik kecantikan. Tapi pernahkah kita memikirkan siapakah pencipta kepada si cantik itu...jawapannya pastilah Allah pemilik segala kecantikan dan kesempurnaan setiap yang ada di alam ini.




Ayuh ana bawakan satu lagi persoalan.. cuba sahabat semua perhatikan gambar di atas.. sahabat melihat ada tiga tangkai bunga mawar yang berlainan warna kan.. baiklah kali ini ana minta sahabat memilih yang mana satu pilihan hati untuk dijadikan hiasan meja sebagai contoh..
pastinya ada yang menyatakan " saya memilih biru kerana warnanya unik dan menarik" dan mungkin juga ada yang memilih antara kuning atau merah dan begitu lah sebegitu dan sebgini sebabnya. oleh itu dapat dilihat disini sedangkan ada tiga jenis warna mawar begitu banyak pendapat yang akan menyatakan yang mengapa mereka memilihnya masakan pilihan warna dan fizikal keadaan sesuatu perkara itu untuk dinilai.
Nah terbuktilah sesungguhnya kecantikan itu abstrak di setiap mata individu bak kata pepatah " rambut sama hitam hati lain-lain". sesungguhnya kita tidak bisa untuk meletakkan sesuatu itu cantik pada pandangan fizikal atau luaran sesuatu objek atau material kerana pasti ada yang bercanggah pendapat dengan kita . malahan dapat juga dilihat sesungguhnya kecantikan luaran itu adalah pinjaman semata dari Allah kepada si cantik atau si lawa atau siapa sahaja.




Kita seharusnya bersyukur atas kecantikan yang kita ada kerana sebenarnya kecantikan itu bukan hanya di lihat melalui luaran semata. Luaran yang tidak menjamin apa-apa bila masa semakin berlalu, usia semakin meningkat , rambut semakin memutih, kulit semakin kendur dan berkedut.. tapi apa yang kekal adalah kecantikan dalaman kita. Kecantikan dalaman yang akan diingati buat selama-lamanya meski kita sudah tiada di dunia ini..kecantikan akhlak dan budi pekerti yang menjadikan kita disenangi dan tenang bersama orang di sekeliling kita..kecantikan ini kecantikan yang Allah, manusia malahan seisi dunia menyenanginya...nah apa kita tunggu lagi marilah kita hiasi diri dengan kecantikan ini.. kerana kecantikan inilah yang membawa dirimu dan juga diriku ke jannatulfirdausi..insyaAllah ayuh kita bersama untuk cantik.. !!




Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..



Jam menunjukkan pukul 2.40 petang, tika itu ku sedang bersantai di hadapan televisyen . Tiba-tiba ku dengar telefon ku berdering tanda mesej masuk. Pantas ku capai dan ku lihat mesej dari sahabatku mengenai keadaan yg berlaku kpd kapal Mavi Marvara yang diserang Israel semasa dalam perjalanan ke Gaza. Memohon doa agar Allah bantu mereka dalam misi yang dipanggil sebagai LifeLine4Gaza. Ana tanpa memikir panjang terus sahaja meng'forward ' kepada sahabat-sahabat ana yang lain. Hari ini sahaja ana melihat angka korban telah menjangkau 15 orang dan ramai yang lain adalah cedera. Ya Allah sebak hati ana melihat mengapa mereka yang tidak berdosa ini diserang tanpa belas kasihan. Mereka ini hanyalah sukarelawan dan wartawan yang dikumpulkan dari serata pelosok dunia untuk menghantar bekalan makanan ke Gaza. bukannya senjata atau bahan api yang lain yang boleh mengancam nyawa orang awam.

kerana sifat kedengkian dan tiada perikemanusian oleh pihak Israel, mereka menyerang konvoi ini tanpa belas kasihan. Bermacam persoalan yang bermain di fikiran ana tika ini.



tuntas ana buka web sosial yang selalu ana masuki, banyak info , video malahan pendapat serta protes sahabat-sahabat terhadap apa yang berlaku. sejenak ana terfikir begitu banyak hikmah disebalik kejadian yang mengemparkan dunia. Antara yang ana dapat pelajari adalah:-




1. membuka mata banyak pihak terutamanya yang dahulunya pro-israel tentang kekejaman israel terhadap mereka yang tidak berdosa.

2.melihatkan betapa kejadian ini memberi satu bentuk penyatuan umat Islam dalam memperjuangkan agama Allah.

3.menyedarkan diri betapa perlunya ada kerjasama dan penyatuan ummah agar Islam kembali ke zaman kegemilangannya

4.melihat ke dalam diri apakah sumbangan diri dalam bukan sahaja memprotes kejadian yang berlaku malahan tindakan susulan seperti mengambil berat tentang infomasi terkini mengenai konvoi LifeLine4Gaza dll.


akhir kata, moga sekurang-kurangnya kita mengambil sedikit iktibar diatas perkara yang berlaku kepada saudara seislam ini. Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH buat mereka yang gugur syahid di medan perjuangan dan buat mereka yang masih meneruskan misi kita mohon agar ALLAH lindungi mereka dan kuatkan semangat mereka. ayuh kita bersama ke satu kiblat yang sama ..Allahuakhbar~~!!




Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat sekalian..





pernahkah anda merasa sunyi..sepi..kosong.. rasa tiba-tiba satu perasaan dimana anda berasa keseorangan tanpa sesiapa di sisi. pernahkah anda lalui saat-saat dimana anda perlukan seseorang pada saat genting itu, tapi alangkah hampanya anda kerna tiada siapa yang peduli atau tiada siapa yang berada bersamamu tika itu.. teman anda ketika itu hanyalah sepi dan air mata yang membasahi pipi. pernahkah anda merasa hidup ini tiada pengertiannya. tika itu yang anda rasakan duka tanpa hentinya.. anda merasa bilakah semua ini akan berakhir. bilakah anda akan merasa gembira semula. bilakah anda ingin gelak ketawa. bilakah sinar ketenangan akan muncul semula.




duhai sahabatku.. bangkitlah dari kesedihan yang berpanjangan itu. apabila anda berasa sepi.. sendiri.. pernahkah anda berfikir Allah sentiasa bersamaMu.. Dialah Tuhan sekalian alam..Dialah yang menciptakan kita daripada tiada kepada ada..dan daripada ada kepada tiada semula. Meskipun seisi dunia tiada bersamamu tapi yakinlah ALLAH sentiasa ada di sisiMu..
Dia sentiasa mendengar setiap rintihanMu di sepertiga malam. Bahkan semakin dekat kamu menghampiriNya semakin dekat DIA mendekatiMu..setiap titisan air matamu yang jatuh kerana kekesalanmu atas dosa-dosa lalu itulah yang menjadi pemadam api neraka yang mara menyala.bangkitlah duhai teman..sesungguhnya dengan mengingati Allah pasti hatimu akan peroleh ketenangan. segala yang datang kepadamu.. yang menjadi milikmu itu adalah pinjaman sementara oleh Allah.. jangan pernah kamu merasa sedih akan sesuatu yang hilang darimu. Kerana sebenarnya pasti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. berbaik sangkalah pada semua perkara yang berlaku. Ubati kesedihan di hatimu dengan SABAR dan REDHA akan ketentuanNya.
Sesungguhnya kita seharusnya bersyukur pada ALLAH..dengan sedikit kehilangan nikmat yang diberi sebenarnya memberi satu nikmat yang lebih baik.. Allah mahu kita belajar erti SABAR dalam menempuh ujian yang datang. bukankah setiap kesulitan terselit hikmah.. tidakkah itu tanda KASIH SAYANG RABB pada hambaNya.. masyaAllah..

oleh itu duhai sahabat.. sama-samalah kita renungi semula.kita muhasabah diri kita. bangkitlah dari kesedihan.. jadikanlah ALLAH SANDARAN KITA..ayuh!!!!




salam alaik pada sahabat semua. pertama sekali ana mohon kemaafan kerana untuk posting-posting yang baru ana lebih suka menggunakan kaedah sandai disamping sedang mencari topik dan bahan tertentu untuk posting seterusnya.



kali ini sahaja ana bawakan perencah terbaru di dalam menu blog ana iaitu bahagian masakan. meskipun ana akui masih banyak ana tidak tahu mengenai masakan malahan masakan pun masih belum tentu sedap namun ana tetap mahu berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana dapat. Entah mengapa terdetik di hati untuk memilih resepi ini sebagai resepi yang pertama.






baiklah kita mulakan dengan bahan-bahan masakan :-



  • 4 ekor ketam

  • bawang merah & bawang putih ( 4 -5 ulas atau mengikut kuantiti masakan)
  • cili padi ( 10 biji atau mengkiut kepedasan yang diingini)

  • serai ( 1 batang di hiris nipis)

  • santan kelapa (sebiji kelapa)

  • serbuk kunyit ( mengikut kehendak inidvidu )
  • gula dan garam ( mengikut kehendak individu)
  • asam keping ( sekeping sahaja )

  • daun kunyit ( sehelai dan dihiris panjang2)
  • air secukupnya ( mengikut kepekatan)



cara masakan:-



1. bahan seperti cili padi , bawang merah, bawang putih dan serai dikisar halus.



2. kemudian bahan diatas dimasukkan kedalam kuali atau periuk panas seterusnya dimasukkan santan, air secukupnya dan sedikit kunyit.



3.kacau selama 2 -3 minit dan masukkan helaian daun kunyit, asam keping beserta ketam.



4.masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia mendidih selama 2 minit



5. seterusnya masakan sudah boleh dihidang untuk keluarga tercinta (>.<)




~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~




salam alaik kepada sahabat yang ana kasihi.. maafkan ana akhir-akhir ini ana tinggalkan kalian dengan posting yang ringkas..sekadar perkongsian bersama salah satu video favourite ana.. semoga terhibur dan kita ambil pengajaran daripadanya..insyaALLAH.. ;)