Assalammualaikum..
Salam ukhwah kepada sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke blog ana ini..
Ana memohon maaf kiranya terlalu lama ana tinggalkan laman blog tanpa sebarang pengisian buat diri ini dan sahabat semua.
Oleh itu, ana ingin mulakan helaian baru untuk tahun 2012 ini dengan sebuah puisi khas buat sahabat yang ana sayangi. Puisi yang ana bakal coretkan ini merupakan puisi untuk memberikan suntikan semangat bersama dalam menempuh setiap mehnah yang hadir dalam hidup sahabat dan diri ini..insyaALLAH..
Mudah-mudahan kita sama-sama terus kuat menghadapi segala rintangan yang datang dengan kecekalan dan kebergantungan yang total kepada ALLAH..;)



Hari itu datang tanpa ku pinta
Lantas mataku terus menerus mengalirkan air mata
semakin lama semakin deras
semakin lama semakin sesak dadaku
beralun-alun nafasku ini.....
sungguh berat rasanya untuk menerima kenyataan itu
seribu satu kerisauan dan penyesalan bertubi-tubi menerjah ruang fikiran
segala harapanku ibarat kaca hancur berderai dihempas batu jalanan
ya ALLAH mampukah diri ini hadapi semua ini
ya ALLAH apakah yang harus ku lakukan
apakah masih ada sinar harapan untuk ku bangun semula
sungguh setiap sesuatu itu tersimpan hikmah tersembunyi
DidatangkanNYA ujian tanda kasih sayang DIA terhadapmu
apakah kamu lupa..
lupa siapa pemilik dirimu??!!!
apakah kamu lupa..dengan sekelip mata sahaja Dia mampu mengubah segala-galanya
disuatu sudut syaitan durjana membisikkan agar kamu terus leka..
terus menerus dalam perasaan berduka dan putus asa
disudut kecil dalam hati mu itu berbicara..
yakinlah duhai insan..
yakinlah duhai manusia..sesungguhnya segala apa yang kamu usahakan ini pasti ada balasannya
ikhlaskan hatimu menerima qada dan qadarNYA
Allah sedang melihat mu dan mendidikmu
mendidik agar hati kuat berjuang
melatihmu agar terus cekal hati dalam melangkah
dan merindui rintahanmu untuk mengharapkan bantuan yang Maha Esa
Ingatlah ALLAH tidak pernah meninggalkan hambaNYA meski sesaat cuma
tinggal kita sebagai hambaNya sentiasa sahaja leka dan alpa
leka apabila diberi kenikmatan
alpa andai dipenuhi wang berjuta-juta
dan lupa andai kesenangan menjelma
lantas dimana jiwa hamba untuk mengharap dan meminta
lantas dimana jiwa yang penuh keinsafan mengharap belas dariNYA
sesungguhnya jawapan itu akan hadir pada si pemilik cinta ILAHI
seorang hamba yang tidak gentar hadapi ujian
yang dalam hatinya itu penuh dengan rasa kebergantungan penuh kepada Sang Pencipta
yang dalam setiap langkahnya itu sarat dengan iman yang utuh dan jitu
kerna hamba itu yakin dipenghujung jalan itu pasti ada sinar kejayaan
andai kejayaan itu bukan dilihat dalam kaca mata dunia
namun yang pasti di akhirat sana hamba itulah yang paling kaya diantara yang kaya
hamba itu bukan sesiapa melainkan diri kamu sendiri..
p/s: dalam menuju perubahan diri AKU yang harus dimulai dahulu
diri AKU juga yang harus menyatakan AKU BOLEH BERJAYA
dan dalam diri AKU ini harus YAKIN PADA YG MAHA SATU..
ALLAHUAKHBAR!!!!!