






Kali ini ana bawakan sedikit cara bagaimana kita ingin menghadapi ketidakteraman hati atau semasa dugaan menimpa diri. ZIKIR itu umpama makanan hati selain daripada kita membaca surat cinta daripada Allah yakni ALQURAN..
ingatkah kalian dengan mengingati Allah hati pasti beroleh ketenangan. oleh yang demikian ana bawakan sedikit info tentang zikir tertentu beserta manfaatnya. syukran kepada sahabat ana yang memberi info tentang ini. moga kita sama-sama amalkan zikir ini dalam kehidupan seharian..INSYAALLAH..:)
- YA ALLAH - Allah ,nama yang Maha Agung dan Mulia , pemilik semua pujian 5000 kali dengan khusyuk dan tertib , kebersihan rohani untuk dekat pada Allah setiap hari.
- YAA RAHMAN - zikir 500 kali selepas solat 5 waktu ,kita akan menjadi pengasih ,terang hati dan tidak perlupa.
- YAA RAHIM -zikir 100 kali setiap hari menjadikan diri kita penyayang dan disayangu orang secara wajar serta diberi kemudahan.
- YAA MALIK - zikir 121 kali setiap hari kita akan dihargai orang secara wajar dan kehidupan kita berkecukupan
- YAA QUDUS -zikir 100 kali setiap hari selepas tergelinicir matahari, hati kita akan bersih daripada kesombongan , iri hati , dan hasad dengki.
- YAA SALAAM - zikir 136 kali setiap hari, insyaAllah penyakit yang dideritai akan sembuh, jika dibacakan kepada orang yang sakit juga akan sembuh.
- YAA MUKMIN - zikir sebanyak 136 kali setiap hari mendidik diri sendiri dan usaha amankan diri daripada lingkungan perbuatan jahat.
- YAA MUHAIMIN -kita selalu diawasi Allah , maka sebutlah asma sebanyaknya agar kira akan terpelihara dan hati sentiasa bersih.
- YAA AZIZ - zikir 40 kali selepas selesai solat subuh selama 40 hari , akan dapat pertolongan Allah dalam hidupnya.
- YAA JABBAR -266 kali setiap pagi dan petang, orang-orang yang memusuhi kita tidak berdaya,tunduk atas pertolongan Allah.
.jpg)
Bismillahirahmanirrahim..dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w dan seluruh para sahabat baginda . Salam alaik pada seluruh sahabat yang sudi mengunjungi blog ana. pada pemulaan coretan ana ini, ana memohon kemaafan kerana sudah lama tidak update blog yang ana sayangi ini kerna kekangan waktu tika ini. Namun atas rahmat dan kasih sayang Allah ana masih diberi nafas dan kudrat untuk titipkan sesuatu buat peringatan diri yang serba khilaf ini dan insyaALLAH sampai mesej2 ini kepada kalian semua.


- demi masa
- sungguh, manusia berada dalam kerugian
- kecuali orang -orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
- Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukanan bagi kita.
- ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

- menjadi tempat pengaduan sahabat tika diperlukan
- memberi teguran dengan jujur dan ikhlas tanpa menyakiti hatinya
- mengajak melakukan aktiviti pengisian rohani bersama-sama.
- menyayangi dirinya melebihi diri sendiri.
- menjaga maruahnya dan mengenang jasanya.

salam ziarah pada semua..asif kali nie tiada entri yang ana ingin kongsikan secara panjang lebar huraiannya..hanya sekadar luahan kata2 untuk renungan bersama..
- hidup sebelum MATI
- kaya sebelum MISKIN
- sihat sebelum SAKIT
- senang sebelum SUSAH
- luas sebelum SEMPIT

Salam ramadan buat semua..maaflah kepada sahabat2 kerana tidak punya banyak masa untuk update blog nie..masih dalam proses blajar..hurm dari mana ye nak mula.. ok pada detik awal ini biarlah kita mulakan dengan renungan..cuba bayangkan sekarang nie sudah masuk hari ke 27 ramadhan...agak2 sahabat lah bagaimanakah amalan kita pada ramadhan ini sudah mencapai piawai..maksud ana adakah telah dipenuhi hari2 dlm ramadhan itu dengan pengisian rohani seperti qiam, tadarus Al quran, zikrullah dan lain..( buat renungan ana juga)..adakah kita telah capai semuanya itu dan yang paling penting adakah melalui madrasah ramadhan ini secara tidak langsung dptkah kita terusan amalan sunat tersebut pada bulan2 lain..pada hemat ana kadang kala amalan2 sunat seperti yang ana sebut sebelum ini hanyalah dilakukan pada bulan ramadhan..namun sayang skali pada bulan2 lain kita tinggalkan..( nauzubillah moga dijauhkan).
seharusnya melalui madrasah radhan yang kita ambil ini mendidik diri kita untuk terus istiqamah dan terus istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah.. sebagai contoh jika semasa ramadah kita gunakan sehari satu juz dlm tadarus Alquran makanya cubalah untuk kita teruskan amalan tersebut pada bulan lain dan yang paling baik kita lakukan penambahbaikan..
masyaAllah betapa Allah itu Maha Penyayang ..secara peribadi ramadhan kali ini mempunyai makna tersendiri buat ana..pelbagai perkara yang kadang kala membuat hati kecil ini berasa gembira mahupun bersedih..itulah lumrah kehidupan kan..Allah knows best..akhir kalam apa yang ana nak simpulkan adalah moga di saat-saat akhir ramadah karim ini marilah kita memperbanyakkan lagi amalan bukannya belian (hehe..berpada2 dalam berbelanja). kerana kita tidak biasa ketahui adakah kita mampu menemui ramadhan akan datang..waallahualam..
oleh itu salam perjuangan buat sahabat2 ku ^_^

Andainya Cinta Itu Hendak Diberi
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: yayah
editor : kasihsayang
Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;
1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.
Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.
Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.
2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."
3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.
4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.
5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.
6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.
7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.
8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.
9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.
10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.
- Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
- Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.





