salam alaik pada semua sahabat yang ana sayangi kerana Allah..selawat dan salam ke atas nabi junjungan penghulu seluruh ummah ..Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda dan keluarganya..
syukur yang tidak terhingga ana panjatkan kepada Allah diatas segala yang Dia hadirkan dalam hidup ana.

asif kepada pembaca kali ini ana lebih suka mengambil pendekatan DEKAT DI HATI dengan sahabat2 pembaca..( meminjam idea dari seorang sahabat blogger) yang ana rasakan perlu kiranya kadang kala kita memulakan perbicaraan yang lebih dekat dengan hati pembaca..bukan hanya rigid pada sesuatu teori atau penceritaan. mungkin secara tidak langsung dengan cara ini sahabat2 tidak berasa bosan untuk membaca kerana mudah-mudahan ianya ringkas tapi masih berkesan pada hati kalian..

di awal bicara ini suka ana ingin menyatakan bawasanya posting ini hanyalah posting yang sekadar sahaja. posting yang ana harapkan moga dapat sedikit sebanyak muhasabah diri ana dan iAllah kalian juga dalam meniti kehidupan.

ya ALLAH ana ingin posting apa sbnarnye nie ( asif2..hehe membebel pula).. baiklah pada awalannya ana ingin sekali sahabat semua cuba renung-renungkan di sepanjang tahun yang berlalu yakni 2009 apakah yang sahabat telah lakukan bagi memajukan diri sahabat.. apakah sahabat hanya mengikut sahaja perancangan yang kalian telah tetapkan pada azam tahun sebelumnya dan adakah ianya berjaya?? jikalau semuanya berjaya ..ana ucapkan alhmdulillah dan mabruk kepada kalian kerna dpt melaksanakannya dengan jayanya. tapi bagi mereka yang yang masih ada target yang tidak dapat dicapai lagi..jangan bersedih masih ada peluang dan ruang buat kalian untuk terus berubah dan berjaya.. ingatlah resepi kejayaan itu tidak datang hanya melalui kenikmatan hidup tapi ianya lebih manis dikecapi apabila yang pahit dirasai terlebih dahulu..

senang ingin ana kongsikan dengan sahabat semua tahun 2009 sebenarnya pada hemat ana dan secara peribadinya menyimpul seribu satu rasa yang kadang kala ana sendiri terkeliru sendiri.
tidak mampu diungkap dengan kata-kata..hanya Allah yang tahu betapa ada ketikanya kadang-kala hati ini rasa mahu sahaja putus asa dan menangis serta menjerit sekuat hati untuk meluahkan segala yang tersemat dihati. setiap dugaan yang datang itu benar2 mengajar ana erti kehidupan. mengajar ana mengenali karenah dan warna kehidupan dengan lebih kepada aspek realiti..sesungguhnya tidak semuanya nampak indah dipandangan mata. ada ketikanya ana tersenyum sendiri bila mengenangkan masa dan ketika ana rasa sedih atas dugaan yang ditimpakan. hanya dengan bekalan " ALLAH KNOWS BEST " ana cuba juga melangkahkan kaki dan yang paling penting hati ana untuk terus kuat menghadapinya. Alhmdulillah sesungguhnya Allah tidak pernah menganiaya hambaNya tp hambaNya lah yang menaniaya diri mereka sendiri. Dia yang memiliki arash yang tinggi itu pastinya tahu perihal hambaNya lebih dari diri kita sendiri seperti didalam ayat berikut :

Dia mengetahui apa yg dihadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahuisesuatu apa pun tentang ilmuNYA melainkan apa yang Dia kehendaki.
(surah albaqarah: 255)

oleh yang demikian duhai sahabat ..bangkitlah kalian bersama ana kita sama2 kuatkan hati dan terus kuat MUJAHADAH dan ISTIQAMAH di jalan Nya..kita sematkan rapi2 didalam hati untuk terus berubah ...kuatkan nawaitumu dan mari bersamaku menjejak pelangi indah dalam meniti kehidupan yang penuh mehnah ujian..ayuh bangkit mujahid wa mujahidah.. ^_^

Renungan buat sahabat~~

"bila engkau letih dan hilang semangat Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu berduka Allah telah mengira titis air matamu. bila engkau merasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu , Allah tetap bersamamu .Bila engkau kebuntuan akal , maka Allah adalah penunjuk jalan. Bila engkau berazam maka bertawakallah kepada Allah "

salam alaik pada semua..alhmdulillah setelah lama tidak update blog ini alhmdulillah Allah memberi kesempatan dan ruang buat ana untuk menulis sedikit tinta yang moga2 dapat dimanfaatkan buat semua..ana memohon kemaafan kerana tidak selalu dapat update blog ini kerana mempunyai sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan..namun begitu kali ini ana coretkan sesuatu yang ringkas buat tatapan sahabat semua..


dimulakan dengan bismillahirahmanirrahim..selawat dan salam kepada nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w ,keluarga baginda serta para sahabat baginda. di dalam dunia yang serba pantas dan canggih ini tanpa kita sedar masa itu terus berlalu..

detik demi detik jika dihitung masih banyak yang kita ingin perbaiki jika boleh.. jika punya kesempatan dan adanya mesin masa mahu sahaja kita memutarkannya dan memperbaiki sesuatu yang kita rasakan perlu dilakukan.. pasti ada timbul di benak fikiran seperti 'kalaulah aku..", " jika dahulu..", " andainya.."...dan sebagainya ..kemudian kita akan mengeluh kecil kerna tidak dapat melaksanakannya atau mengejar apa yang kita impikan itu dan tahu2 sahaja semuanya sudah terlambat..bak peribahasa " nasi sudah menjadi bubur".

masa itu ibarat pedang jika kita tidak memotongnya masa akan memotong kita...hargailah masa seperti yang termaktub di dalam surah Al-Asr:

  1. demi masa
  2. sungguh, manusia berada dalam kerugian
  3. kecuali orang -orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
melalui ayat2 cinta dari Allah ini apakah yang bermain di benak fikiran kita..mengapakah masa itu begitu penting dan dititikberatkan di dalam Islam. bukti yang paling jelas dapat dilihat melalui ibadah SOLAT lima waktu sehari semalam. Allah telah mengutuskan Rasulullah s.a.w untuk menyebarkan tentang perihal solat dan setiap fardhu solat itu sendiri punya batas waktu yang ditetapkan. subuh , zuhur, asar , maghrib dan isyak masing2 punya lingkung waktu sendiri dalam melaksanakannya..apakah sahabat2 berfikir sejenak mengapa solat juga harus ada batas waktu nya?? mengapa ia begitu penting?? jawapannya mudah adalah buat manfaat kita sebagai hambaNya jua. mendidik hamba Nya menjadi individu muslim yang menjaga masa dan disiplin diri yang tinggi. masyaAllah betapa hebatnya ISLAM dan betapa dekatnya ISLAM itu dengan kehidupan seharian kita..

jika ada diantara kita merasa kecewa kerana tidak dapat memiliki sesuatu perkara kerana sudah terlewat ketahuilah dan sedarilah bahawasanya ALLAH KNOWS BEST..
hilangilah segala perasaan kecewa dan sdih hati..tuntas BANGKITLAH DARI LENA YANG PANJANG..anda hanya mampu mengubah segala yang ana hendaki dengan melakukan sesuatu yang LEBIH BAIK pada masa akan datang..ketahuilah di dalam firman ALLAH ada menyebut:

" ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikann) dan mendapat (siksa) dari ( kejahatan) yang dibuatnya.....
( surah albaqarah: 286)

Oleh itu duhai sahabat..marilah sama2 kita menjaga masa yang kita ada sekarang..takut2 kita menyesal dikemudian hari...kita secara perlahan-lahan isikan segala ruang masa yang terluang dengan perkara yang bermanfaat. Kita gunakan masa itu sebaik-baiknya..andai tahun ini kita merasa banyak sudah masa yang telah ku luangkan dengan perkara yang merugikan kita mulakan dengan azam dan nawaitu yang baru untuk segera berubah...berubah bukan hanya setiap tahun baru tapi setiap detik dan ketika..iAllah perlu dibajai dengan keimanan yang jitu dan istiqamah yang tinggi..

ana tinggalkan sahabat semua dengan sebuah bingkisan kata..moga dengan sedikit coretan ini kita sama2 bangkit semula menuju AL FALAH ..sama2 kita berdoa agak dikuatkah hati untuk terus berubah dalam mengejar redha Allah..iALLAH..salam perjuangan sahabatku..(^_^)


  • Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukanan bagi kita.
  • ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
    ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi,
    ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketengan,
    ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan,
    ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah,
    ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan,
    ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati
    ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa beerti,
    ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
    ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...


salam alaik...alhmdulillah Allah masih lagi memberi kesempatan buat diri ini untuk mencoretkan sesuatu buat kalian semua..setalh begitu lama berjauhan dengan laptop kerna sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan akhirnya ku kembali..

selawat dan salam kepada Rasulullau s.a.w serta seluruh keluarga dan sahabt baginda..penguhulu seluruh umat yang akhlaknya ibarat Al quran.. penyinar seluruh kehidupan buat mereka yang inginkan kebenaran di sebalik kebatilan dan kejahilan.. tidak pernah mengira erti penat dan putus asa..itulah Rasulullah s.a.w yang kita sanjungi dan role model seluruh alam..

asif kali ini meskipun sudah lama tidak meletakkan posting baru ana inginkan kalian semua berehat sebentar sambil renungkan bait2 lirik lagu di dalam video yang yang ingin paparkan..

salam mujahadah dan teruslah berjuang sahabatku..selamat menonton.. ^_^


Assalammualaikum pada sahabat2 sekalian yg ana kasihi kerana Allah.. selawat dan salam keatas Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda yang kuat dalam berjuang tanpa kenal erti penat dan jemu..MasyaAllah bila memikirkan dan mengenang atau membaca sirah para anbia yang terdahulu membuat hati ini meruntun hiba..betapa jauhnya diri ini berbanding mereka..

posting kali ini ana bawakan tajuk yang lebih santai buat tatapan dan renungan sahabat semua..
mungkin ada diantara kita terfikir apalah yang ana cuba nak sampaikan sebenarnya ini..
hurmm ok ..ana suka sekali memanggil tetamu yang membaca blog ana ini sebagai sahabat..rasanya lebih dekat di hati ( ceyhh tag line tv9..hehe)..bukan apa ingin mengimbau sebuat cerita atau nostalgia lama mengenai suatu perkara..ana seorang sahabat ana perlah memberi mesej yang lebih kurang begini..

siapakan saya kepada diri anda??
>> seorang kawan, sahabat , atau teman..

lalu dengan senang hati ana menjawab sahabat dan teman

lalu dibalas begini lebih kurang..

kawan: bersamamu tika senang sahaja
sahabat: bersama tika senang dan susah
teman: bersamamu susah dan senang serta dekat di hati

bila diimbas kembali mesej ini ana termenung sendiri..mencari sebuah erti kepada persoalan tersebut..mungkin ada yang berfikir itu hanya forward mesej yang tidak punya apa2 makna..
tapi entah mengapa sekeping hati ini sehingga kini masih mencari-cari sebuah makna yang tersihat di dalam sebuah perkataan SAHABAT...

kala ini cuba kita sama2 renungkan didalam ramai2 rakan kita tidak kiralah dari zaman muda2 dahulu ketika di tadika, terus ke alam persekolahan , alam universiti, dan seterusnya pekerjaan dan akhir sekali di akhir usia kita.. adakah insan yang bernama sahabat ini di dalam titian hidup kita?? jika ada berapa ramaikah mereka ini?? apakah nilai mereka di dalam diri kita secara peribadi.mari kita sama2 renungkan

apa yang cuba bawakan sebenarnya mungkin ada gertus hati sahabat sekalian yang menyatakan" ahh rasanya tiada siapa pun yang mampu memahami diri ini..hanya bersama tika ketawa..tapi bila duka semuanya lesap..hilang ..buat2 x kenal".. keadaan ini ana x nafikan kerna manusia juga pelbaga ragam dan karenah..bak peribahasa 'rambut sama hitam tapi hati laian2"
tenangkan hatimu duhai sahabat..bukan SIAPAKAH ATAU KUANTITI SAHABAT ANDA yang ana cuba sampaikan tetapi KUALITI SEORANG SAHABAT ITU..tika ini mesti ada yang tertanya apalah yang anti cuba katakan nie

disini ana ingin meletakkan beberapa persoalan yang kita sama2 renungkan dan sambil itu kita koreksi diri kita apakah kita sudah melakukan seperti di bawah:

  1. menjadi tempat pengaduan sahabat tika diperlukan
  2. memberi teguran dengan jujur dan ikhlas tanpa menyakiti hatinya
  3. mengajak melakukan aktiviti pengisian rohani bersama-sama.
  4. menyayangi dirinya melebihi diri sendiri.
  5. menjaga maruahnya dan mengenang jasanya.
justeru itu , jika ada dikalangan sahabat kita punya keseluruhan ciri diatas atau sedikit sebanyak ciri diatas ana ucapkan syabas dan teruskan lah perjuangan kalian dalam menjadi sahabat yang baik. sahabat ini merupakan anugerah dari Allah kepada diri kita supaya menjadi orang yang kuat berjuang . dialah yang memberi semangat kepada kita disaat kita jatuh tersungkur dan penyokong kita tika kita senang.. ya Allah betapa mulia nya seorang sahabat dan wang ringgit itu tidak mampu dibayar dengan seorang sahabat sejati..

oleh itu sahabat, sama2 lah kita cuba untuk menjadi SAHABAT SEJATI di dalam proses MENCARI SAHABAT... kerna iAllah jika kita mencuci hati dan muhasabah diri dalam menjadii sahabat sejati yakinlah secara tidak langsung kita akan meraih "hadiah" yakni sahabat sejati.
jika kini anda telah punya mereka..ingatlah hargailah mereka sementara ada. Sayangi mereka sesungguhnya kerana Allah..Tautkan ukhwah yang dibina dengan kesetiaan dan kejujuran sebagai resepinya..insyaAllah ia akan berkekalan selamanya..

renungilah kata2 ini:

>>"ukhwah itu terbina atas ranting kejujuran, bertunjangkan mahabbah fillah, lalu membuahkan kemanisan ikatan, jika terpesong ibarat patahlah rating reputlah akarnya. lalu rosaklah buah pokoknya. Teman itu tidak semestinya dekat pada jarak tetapi yang sentiasa diingati dalam setiap doanya"

>>ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada penghujungnya. Dicantum demi cintaNya dan diratib demi redhaNya.

p/s: renung-renungkan mutiara kata tadi..udah-mudahan dapat memberi manfaat kepada yang menulis dan kepada yang membaca..wallahualam..salam perjuangan sahabatku ^_^


salam ziarah pada semua..asif kali nie tiada entri yang ana ingin kongsikan secara panjang lebar huraiannya..hanya sekadar luahan kata2 untuk renungan bersama..


'apakah kita pernah terfikir sejenak dan melihat seraut wajah ibu ayah kita..yang membesarkan kita dengan penat lelah..dikala keringat masih belum kering..tika badan belum hilang penatnya ..mereka terus menerus menggunakan segala kudrat yang ada untuk mncari rezeki dan sesuap makanan buat kita...apakah kita berfikir sejenak adakah satu hari nanti kita mahu membalas jasa mereka..sesungguhnya sebanyak mana pun yang kita cuba berikan tidak akan dapat dibanding dengan nilai jasa mereka itu...namun itu tidak bermakna kita tidak perlu membalas apa2..tapi haruslah cuba membahagiakan mereka.masi tergiang-ngiang di telinga kala ibuku berkata : anis , mak x harapkan harta yang menggunung cukuplah anak dengan kasih sayang dan perhatian mu pada emak dan ayah di kala ku di hujung usia..huhu sebak rasanya..duhai ibuku akan ku semat dalam2 kata2 mu..akan ku cuba sedaya upaya ku unutk membahagiakanmu..doa mu merupakan kekuatanku dalam berjuang.."

oleh itu duhai sahabatku..marilah sama2 kita renungkan..apakah HADIAH yang inig kita berikan buat mereka ini..renung2kanlah dan sayangilah mereka sementara masih punya waktu.. takut2 nanti kita kita hanya mampu menangis di penghujung waktu..kala itu segalanya sudah terlewat..