GURUKU

Lihatlah sinar mata mereka

Segala ilmu dan keringat hanyalah…

Hanyalah untuk anak-anak bangsa

Setiap hari tanpa penat dan jemu

Mengajar manusia agar menjadi insan yang berjaya

Terima kasih guruku

Tanpa kamu wahai guru

Aku umpama perantau yang tidak tahu destinasinya

Umpama bintang tanpa cahaya

Umpama layang –layang terputus talinya..

Guruku

Jauh nun disana

Masih setia berbakti

Di sekolah lama

Dengan jiwa yang membara

Tidak terungkap dengan kata-kata

Betapa aku bersyukur

Kerana punya guru seperti mu

Mengajar aku erti kehidupan

Membimbing aku ke arah yang benar

Mendidik aku menjadi insan cemerlang

Tidak akan ku lupakan

Wahai guruku

Segala ilmu yang kau curahkan

Segala nasihat yang diberikan

Akan menjadi panduan dalam hidupku

Aku mengharap sekelumit cuma

Keberkatan dan doa dari mu

Untuk aku mengecapi sebuah …..KEJAYAAN!!!!!


Salam kasih sayang ku pada semua yg sudi membaca blog nie ( erm jika adalah)..huhu rsenye lama sgt x update blog nie..nak edit template pun masih tercari-cari..hoho ( iAllah nanti ana explore lg)..
apa yang ana nak katakan sbnarnye nie..haisshh..

baiklah ana mulakan dgn lafaz bismillahirahmanirrahim..selawat dan salam kepada Rasulullah penghulu ummah serta para sahabat baginda.. syukur kepada Allah atas kesempatan yang masih berulang-ulang kali diberikannya tanpa jemu..Ya Allah sungguh ku malu padaMu..kerna masih banyak khilaf diri..malahan selalu sahaja lalai dan alpa..syukur yg x terhingga ku pnjatkan atas segala apa yg Mu kurniakan buat ku...


dimana ana nak mulakn post kali nie..baiklah melihat sahaja pd title diats ana katakan SYUKUR..
pada pendapat pembca sekalian apakah yang kita lihat atau terlintas di benak fikiran dgn perkataan ini..

walaupn ringkas tapi penuh dgn maksudnya..pada kefahaman ana syukur itu maknanya perasaan berterima kasih atau menghargai apabila diberikan sesuatu perkara..okey mari kita lihat pada contoh yang lebih mudah..as an example biler kiter dpt hadiah dari seseorang yang rapat dengan kita..kirenye special lah kan..( jgn hanya fikir bf atau gf..) skopkan lbih luar kepada sahabt handai..jadi apakah yang kita rasa ya..pastinya perasaan berbunga-bunga..rasa mahu simpan elok2 pemberian shbt tu..jika boleh x nak buka pembalut hadiah..biar tersimpan rapi di dalam peti kaca..hehe..tp di sini apa kah ingin ana mahu ungkitkn adalah manakah yg lebih penting bagi kalian..adakah pemberi hadiah atau hadiah yg diberikan?? dalam konteks org yang memberi tu seorg yang istimewa di hati.. pastinya ramai akan menjawab si pemberi hadiah lah kan..hehehe btul dan tepat skali..

baiklah apa yang ana cuba leraikan dalam erti syukur ini adalah antara kita (penerima hadiah), nikmat( hadiah) dan pemberi hadiah ( Allah s.w.t)...apakah kita penerima hadiah ini ada sifat SYUKUR tersemat dlm hati apabila dibri hadiah..mungkin ada yang tanya hadiah apakah itu..

bagus soalan tu..di sini hadiah bukanlah hanya dilihat dr segi materialistik semata-mata tapi lebih kepada yang x dpt dilihat..seperti yang paling mudah nyawa kita..Dialah pemilik segala-galanya dari hujung rambut hingga hujung kaki..apakah kita pernah terfikir apakah kita tidak akan bernafas lagi selepas saat nie..apakah kita mengenang adakah kita masih punya waktu dan masa tika itu untuk bertaubat setelah melakukan dosa..apakah kita mengira bagaimanakah cara kita dijemput malaikat maut nanti..adakah ditarik nyawa dgn perlahan-lahan atau disentap sekelip mata..renungkan dalam2 apakah amal dan bekalan yang kita bawa...apakah tika itu kita baru ingin fikir perihal SYUKUR pada pemberi hadiah( Allah)..sesungguhnya tika itu sudah terlewat sahabat ku..TERLEWAT...kerna tika itu tiada gunanya lagi tag line " jika aku..", 'kalaulah dulu.."," andai aku ingat dlu pesan mereka..", dan lain2 lagi..

renungilah " katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya , ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang kamu telah kamu kerjakan." ( surah Al-Jumu'ah: 8)

apa yang ana cuba simpulkan disini adalah belajar lah untuk wujudkan rasa SYUKUR dalam dirimu..kerna Allah itu amat menyukai hambaNya yg byk bersyukur kepadanya apabila diberi nikmat dan SABAR apabila diberi ujian..masyaAllah betapa Allah Maha Penyayang pada hambaNya..tp kita sebagai penerima hadiah pernahkah bersyukur walau sekelumit cuma kepadaNYA..sama2 lh kita renungkan...

hargailah apa yang kita kecapi sekarang ..ingatlah 5 PERKARA sebelum 5 perkara:-

  • hidup sebelum MATI
  • kaya sebelum MISKIN
  • sihat sebelum SAKIT
  • senang sebelum SUSAH
  • luas sebelum SEMPIT
andai ada slh silap di mana2 posting ana silalah berikan comment2 anda..moga dgn itu dpt memperbaiki lg blog ana dr semasa ke semasa iAllah..akhir kalam..moga tinta yg ana nukilkn ini dpt memberi sedikit kesedaran pada diri ana n anda semua..salam alaik..