Assalammualaikum sahabat yang ana muliakan kerana ALLAH. Alhmdulillah masih diberi kesempatan untuk menukilkan sesuatu di dalam blog ini. Mudahan ALLAH masih menjaga hati dan jiwa kita agar terus sentiasa berada dalam inaiyahNYA..

Kali ini ana ingin berkongsi dengan sahabat mengenai sebuah buku yang ana kira sangat menarik untuk kita sama-sama mengambil intipati atau mesej tersirat darinya. Buku yang ana maksudkan disini adalah novel yang bertajuk "Terasing" oleh Hilal Asyraf. Mungkin ada sahabat yang bertanya siapakah penulis ini. Sahaja ana katakan 'biarlah rahsia' seperti lagu dendangan seorang penyanyi tersohor di sini dan sahabat boleh mengunjungi websitenya di www.langitilahi.com dapatlah mengetahui lebih lanjut tentang dirinya malahan koleksi karyanya yang mendidik jiwa.

Baiklah cukup dengan pengenalan itu, apa yang ingin bawakan adalah intipati buku yang ana baca ini. Apabila kali pertama ana membaca tajuk buku ini terus ana berasa pelik mengapa namanya terasing. Namun sahabat percayalah andai kalian membeli buku ini kamu akan mengerti maksud tersiratnya( hehehe rahsia lagi ..) . Untuk pengetahuan sahabat buku ini berkisarkan dua orang sahabat iaitu Saifullah dan Zaman yang bersahabat baik dari sekolah lagi. Mereka telah berjanji untuk saling mengingati antara satu sama lain atas landasan cinta kerana ALLAH . Namun setelah tamat persekolahan tiada khabar berita daripada Zaman meskipun Saifullah telah cuba sedaya upaya untuk menghubunginya. Akhirnya mereka bertemu dengan izin ALLAH namun melalui pertemuan bersejarah itulah bermulanya pelbagai peristiwa yang bakal menguji ukhwah yang telah terbina sekian lama. Oleh itu, jika sahabat ingin mengetahui apakah penghujungnya kenalah beli buku yang ana utarakan ini.

Apa yang ana mampu simpulkan disini adalah mesej yang sangat kukuh dipegang melalui layar ceritanya iaitu PERSAHABATAN. Melalui jaringan persahabatan yang digarap menlalui gaya penulisan yang ringkas tapi menyentuh jiwa telah memberi seribu satu cambahan nilai murni seperti kejujuran, kepercayaan, dan setia kawan. Melalui novel islamik ini banyak mentarbiyah jiwa ana melalui banyaknya plot yang membawakan pergantungan total kepada ALLAH setelah berusaha bersungguh-sungguh. Ana kira novel ini lengkap dan sesuai untuk remaja khususnya yang memperlihatkan tema cinta yang tidak terbatas hanya kepada semasa manusia. Meskipun ada wujudnya tema cinta disini namun cinta yang dimaksudkan dalam novel ini adalah cinta yang berlandaskan cinta kepada ALLAH. Keyakinan yang jitu dan utuh tersemat dalam setiap karektor dan penekanan IMAN yang jika tidak terus disirami dengan ketaqwaan pasti akan menjerumus kita ke lembah kehinaan.

Oleh itu sahabat yang ana kasihi kerana ALLAH, tidak banyak yang ana mahu celotehkan. Cukuplah sekadar sedikit perkongsian yang ana dapat dari novel ini dan diharap sahabat dapat membacanya. Selain novel , penulis novel ini juga menghasilkan buku motivasi yang pada hemat ana sangat menarik. InsyaALLAH akan ana kongsikan pada masa akan datang.
Jadi apa tunggu lagi dapatkanlah novel ini dan ana pasti sahabat tidak akan rugi.Selamat membaca. Jazakallah khairan kathira.. =)
sekadar gabar hiasan.hehe)


Assalammualaikum w. b.t... Hehe kali ini ana bawakan resepi yang ringkas lagi cepat dan sedap. Setelah lama tidak memasak pencuci mulut terasa rindu pula ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang resepi ini. Selamat mencuba..!!!!


Bubur seuntai kasih

Bahan-bahannya adalah:
  1. kacang hijau (500 g atau mengikut kehendak individu)
  2. gula pasir ( secukup rasa)
  3. garam( secukup rasa)
  4. santan kelapa ( 1/2 biji atau mengikut kepekatan yg anda inginkan)
  5. durian atau sagu ( sebagai tambahan untuk menambah kesedapan)
  6. daun pandan ( sehelai untuk menaikkan aroma masakan ^_^ )
Cara-cara untuk memasak:
  1. Rebus kacang hijau sehingga kembang.
  2. Masukkan santan bersama daun pandan.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan durian atau sagu.
  5. Alhamdulillah setelah beberapa ketika ia sedia untuk dihidangkan bersama keluarga. :)
Dimulakan dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W. penghulu seluruh umat. Salam persaudaraan ana hulurkan kepada semua pengunjung blog ana. Alhmdulillah Allah masih beri sedikit ruang buat kita sama-sama untuk menimba ilmu dan berkongsi sedikit pengetahuan insyaALLAH di sini.
Pada awal perbicaraan ini , terlalu banyak bermain di minda ana. Apakah kiranya topik-topik yang sesuai untuk diutarakan untuk kita sama-sama peroleh manfaat. Alhamdulillah setelah membelek majalah kegemaran ana terlihat satu topik yang sangat menarik hati yakni " Ku ingin menjadi bidadarimu" di salah satu ruangan di majalah "Solusi".
Seperti yang kita sedia maklum bidadari itu sangat cantik, lemah lembut dan perawan. Malahan mempunyai akhlak yang sangat baik sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:
'Di dalam syurga itu ada bidadari yang sopan menundukkan pandangannnya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka( para penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Mereka (bidadari) seumpama yakut dan marjan.
( surah al-Rahman 55:56-58)

alhamdulillah apabila ana membaca tafsir surat cinta ALLAH diatas terasa sesuatu didalam hati. Banyak persoalan yang timbul seperti apakah ku layak untuk menjadi bidadari syurga dengan dosaku yang banyak pd Rabb, apakah nanti setelah ku punya seorang suami mampukah ku layak menjadi bidadarinya di syurga, apakah ku layak untuk menjadi anak dan isteri yang solehah sebagai kredit ke syurga.. MasyaALLAH terlalu banyak khilaf diri ini pada ALLAH.
Namun sahabat yang ku sayangi kerana ALLAH (puteri khususnya..hehe) semoga kita sama-sama engejar matlamat yang satu. Mengejar redha ALLAH dan kita tahu redha ALLAH itu datangnya juga melalui redha IBUBAPA dan jika yang sudah mempunyai zauj maka redha ZAUJ dirinya juga diperlukan dalam hal ini.

Sahabatku kita ini sama masih banyak perkara yang harus diperbaiki di dalam diri agar kita semakin dekat dengan hidayah dan cinta ALLAH. Dialah pemilik cinta hakiki yang tidak terhitung kurniaanNya kepada kita hamba yang penuh dosa noda. Setiap apa yang berlaku dan terjadi kepada diri kita sudah cukup menunjukkan kebesaranNya. ALLAHHUAKHBAR!!
Apa yang mampu ana katakan disini adalah sungguh jika kita dapat menjadi bidadari syurga itu alangkah indahnya tapi apa yang terpenting adalah dalam mengejar MATLAMAT kita harus jelas dengan persediaan yang rapi dan teliti. Persiapan yang ana cuba maksudkan disini adalah termasuk:-
  1. pertingkatkan AMAL dan jauhkan perkara lagha yang Allah murka.
  2. Perbaiki hubungan kita dengan Pencipta dan manusia.
  3. Hiasi diri dengan akhlak terpuji.
  4. Bersihkan hati melaui proses muhasabah diri atau koreksi diri.
  5. bersama-sama mencari ilmu buka sahaja ilmu dunia malahan ilmu akhirat .( Perlu guru sebaiknya ).
  6. bersahabat dengan sahabat yang lebih mendekatkan kita dengan ALLAH( tarbiyah islamiyah).
Semoga checkist diatas sedikit sebanyak dapat kita sama-sama lakukan secara istiqamah dan memohon agar ALLAH kuatkan hati dalam melakukannya insyaALLAH.
Secara kesimpulannya, semoga sedikit perkongsian yang ana berikan ini buat sahabat semua dalam kita mengejar matlamat yang satu yakni mengejar redha ALLAH insyaALLAH moga ALLAH dapat menjadikan kita bidadari syurga untuk seorang lelaki bernama suami di destinasi jannatulfirdausi..

Ayuh kita bersama.. mencari cinta yang hakiki di perjalanan yang singkat ini. Semoga lirik lagu yang dipaparkan dibawah kita hayati dan ana tujukan khas buat puteri-puteri yang berkunjung disini( hehe..jangan marah kpd putera-putera ..ana doakan kalian ketemu puteri-puteri yang solehah >.<).. akhir kata salam perjuangan buat semua..ayuh kita cuba menjadi ' Bidadari Di Taman Firdausi' amin..

Bidadari

Artis:Munif Ahmad



Bidadari 2x Temanilah resahku Bidadari 2x Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati Semuanya kerana kau isteriku Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku
Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x Jadilah sang setia Kerna cinta cinta suci Buktinya tidak pernah sepi Sepi daripada cubaan yang tak terduga Chorus *
Kau umpama bintang utara Penunjuk jalan yang terang Kau beri harapan saat ku jatuh Bangun semula Dan berikan sakti cintamu Penawar racun berbisa Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga


Assalamualaikum w.b.t. Dimulakan dengan salam persaudaraan kepada semua pengunjung blog ana. Asif kerana sudah lama tidak update blog ini kerana kekangan waktu di kampus. Alhmdulillah kali ini dapat jua ana menulis sesuatu yang ringkas buat sahabat. Mudah-mudahan kita sama-sama kuat dalam mujahadah.


Erti Sebuah Perjuangan

setitis demi setitis air mata jatuh ke bumi
semakin lama kolam air mata ini terus laju berderai bak sungai yang deras mengalir
penat ku memujuk diri ku agar berhenti
tapi mata ini tetap tidak mengerti


ya ALLAH hanya itu ucapanku didalam hati
terkadang ku rasa tidak kuat lagi dalam menghadapi semua ini
sebutir manik lagi membasahi pipiku
lantas ku menadah ke dua tangan ku ke langit
tangan seorang hamba yang hina lagi kerdil yang punya infiniti dosa di hadapanMu Ya Rabbi
yang hanya mengharap belas dan ihsan Mu
Pemilik langit dan bumi dan segala isinya


bekalkan kami kekuatan di dalam jiwa dan setiap urat nadi akan ku ambil iktibar dan pengajaran di atas kegagalan masa lalu
meski masih lagi berbekas di dalam hati ini perasaan sedih dan pilu tetapi ya Rabb kekecewaan ini hanya sekelumit pahit semalam
ku yakin akan rasa manisnya madu sebuah perjuangan
ya itu ku pasti semasa ku menghembuskan nafas yang terakhir
untuk menemui CINTA yang Hakiki di jannahtulfirdausi
insyaALLAH..