Assalammualaikum sahabat yang ana muliakan kerana ALLAH. Alhmdulillah masih diberi kesempatan untuk menukilkan sesuatu di dalam blog ini. Mudahan ALLAH masih menjaga hati dan jiwa kita agar terus sentiasa berada dalam inaiyahNYA..

Kali ini ana ingin berkongsi dengan sahabat mengenai sebuah buku yang ana kira sangat menarik untuk kita sama-sama mengambil intipati atau mesej tersirat darinya. Buku yang ana maksudkan disini adalah novel yang bertajuk "Terasing" oleh Hilal Asyraf. Mungkin ada sahabat yang bertanya siapakah penulis ini. Sahaja ana katakan 'biarlah rahsia' seperti lagu dendangan seorang penyanyi tersohor di sini dan sahabat boleh mengunjungi websitenya di www.langitilahi.com dapatlah mengetahui lebih lanjut tentang dirinya malahan koleksi karyanya yang mendidik jiwa.

Baiklah cukup dengan pengenalan itu, apa yang ingin bawakan adalah intipati buku yang ana baca ini. Apabila kali pertama ana membaca tajuk buku ini terus ana berasa pelik mengapa namanya terasing. Namun sahabat percayalah andai kalian membeli buku ini kamu akan mengerti maksud tersiratnya( hehehe rahsia lagi ..) . Untuk pengetahuan sahabat buku ini berkisarkan dua orang sahabat iaitu Saifullah dan Zaman yang bersahabat baik dari sekolah lagi. Mereka telah berjanji untuk saling mengingati antara satu sama lain atas landasan cinta kerana ALLAH . Namun setelah tamat persekolahan tiada khabar berita daripada Zaman meskipun Saifullah telah cuba sedaya upaya untuk menghubunginya. Akhirnya mereka bertemu dengan izin ALLAH namun melalui pertemuan bersejarah itulah bermulanya pelbagai peristiwa yang bakal menguji ukhwah yang telah terbina sekian lama. Oleh itu, jika sahabat ingin mengetahui apakah penghujungnya kenalah beli buku yang ana utarakan ini.

Apa yang ana mampu simpulkan disini adalah mesej yang sangat kukuh dipegang melalui layar ceritanya iaitu PERSAHABATAN. Melalui jaringan persahabatan yang digarap menlalui gaya penulisan yang ringkas tapi menyentuh jiwa telah memberi seribu satu cambahan nilai murni seperti kejujuran, kepercayaan, dan setia kawan. Melalui novel islamik ini banyak mentarbiyah jiwa ana melalui banyaknya plot yang membawakan pergantungan total kepada ALLAH setelah berusaha bersungguh-sungguh. Ana kira novel ini lengkap dan sesuai untuk remaja khususnya yang memperlihatkan tema cinta yang tidak terbatas hanya kepada semasa manusia. Meskipun ada wujudnya tema cinta disini namun cinta yang dimaksudkan dalam novel ini adalah cinta yang berlandaskan cinta kepada ALLAH. Keyakinan yang jitu dan utuh tersemat dalam setiap karektor dan penekanan IMAN yang jika tidak terus disirami dengan ketaqwaan pasti akan menjerumus kita ke lembah kehinaan.

Oleh itu sahabat yang ana kasihi kerana ALLAH, tidak banyak yang ana mahu celotehkan. Cukuplah sekadar sedikit perkongsian yang ana dapat dari novel ini dan diharap sahabat dapat membacanya. Selain novel , penulis novel ini juga menghasilkan buku motivasi yang pada hemat ana sangat menarik. InsyaALLAH akan ana kongsikan pada masa akan datang.
Jadi apa tunggu lagi dapatkanlah novel ini dan ana pasti sahabat tidak akan rugi.Selamat membaca. Jazakallah khairan kathira.. =)
sekadar gabar hiasan.hehe)


Assalammualaikum w. b.t... Hehe kali ini ana bawakan resepi yang ringkas lagi cepat dan sedap. Setelah lama tidak memasak pencuci mulut terasa rindu pula ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang resepi ini. Selamat mencuba..!!!!


Bubur seuntai kasih

Bahan-bahannya adalah:
  1. kacang hijau (500 g atau mengikut kehendak individu)
  2. gula pasir ( secukup rasa)
  3. garam( secukup rasa)
  4. santan kelapa ( 1/2 biji atau mengikut kepekatan yg anda inginkan)
  5. durian atau sagu ( sebagai tambahan untuk menambah kesedapan)
  6. daun pandan ( sehelai untuk menaikkan aroma masakan ^_^ )
Cara-cara untuk memasak:
  1. Rebus kacang hijau sehingga kembang.
  2. Masukkan santan bersama daun pandan.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan durian atau sagu.
  5. Alhamdulillah setelah beberapa ketika ia sedia untuk dihidangkan bersama keluarga. :)
Dimulakan dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W. penghulu seluruh umat. Salam persaudaraan ana hulurkan kepada semua pengunjung blog ana. Alhmdulillah Allah masih beri sedikit ruang buat kita sama-sama untuk menimba ilmu dan berkongsi sedikit pengetahuan insyaALLAH di sini.
Pada awal perbicaraan ini , terlalu banyak bermain di minda ana. Apakah kiranya topik-topik yang sesuai untuk diutarakan untuk kita sama-sama peroleh manfaat. Alhamdulillah setelah membelek majalah kegemaran ana terlihat satu topik yang sangat menarik hati yakni " Ku ingin menjadi bidadarimu" di salah satu ruangan di majalah "Solusi".
Seperti yang kita sedia maklum bidadari itu sangat cantik, lemah lembut dan perawan. Malahan mempunyai akhlak yang sangat baik sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:
'Di dalam syurga itu ada bidadari yang sopan menundukkan pandangannnya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka( para penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Mereka (bidadari) seumpama yakut dan marjan.
( surah al-Rahman 55:56-58)

alhamdulillah apabila ana membaca tafsir surat cinta ALLAH diatas terasa sesuatu didalam hati. Banyak persoalan yang timbul seperti apakah ku layak untuk menjadi bidadari syurga dengan dosaku yang banyak pd Rabb, apakah nanti setelah ku punya seorang suami mampukah ku layak menjadi bidadarinya di syurga, apakah ku layak untuk menjadi anak dan isteri yang solehah sebagai kredit ke syurga.. MasyaALLAH terlalu banyak khilaf diri ini pada ALLAH.
Namun sahabat yang ku sayangi kerana ALLAH (puteri khususnya..hehe) semoga kita sama-sama engejar matlamat yang satu. Mengejar redha ALLAH dan kita tahu redha ALLAH itu datangnya juga melalui redha IBUBAPA dan jika yang sudah mempunyai zauj maka redha ZAUJ dirinya juga diperlukan dalam hal ini.

Sahabatku kita ini sama masih banyak perkara yang harus diperbaiki di dalam diri agar kita semakin dekat dengan hidayah dan cinta ALLAH. Dialah pemilik cinta hakiki yang tidak terhitung kurniaanNya kepada kita hamba yang penuh dosa noda. Setiap apa yang berlaku dan terjadi kepada diri kita sudah cukup menunjukkan kebesaranNya. ALLAHHUAKHBAR!!
Apa yang mampu ana katakan disini adalah sungguh jika kita dapat menjadi bidadari syurga itu alangkah indahnya tapi apa yang terpenting adalah dalam mengejar MATLAMAT kita harus jelas dengan persediaan yang rapi dan teliti. Persiapan yang ana cuba maksudkan disini adalah termasuk:-
  1. pertingkatkan AMAL dan jauhkan perkara lagha yang Allah murka.
  2. Perbaiki hubungan kita dengan Pencipta dan manusia.
  3. Hiasi diri dengan akhlak terpuji.
  4. Bersihkan hati melaui proses muhasabah diri atau koreksi diri.
  5. bersama-sama mencari ilmu buka sahaja ilmu dunia malahan ilmu akhirat .( Perlu guru sebaiknya ).
  6. bersahabat dengan sahabat yang lebih mendekatkan kita dengan ALLAH( tarbiyah islamiyah).
Semoga checkist diatas sedikit sebanyak dapat kita sama-sama lakukan secara istiqamah dan memohon agar ALLAH kuatkan hati dalam melakukannya insyaALLAH.
Secara kesimpulannya, semoga sedikit perkongsian yang ana berikan ini buat sahabat semua dalam kita mengejar matlamat yang satu yakni mengejar redha ALLAH insyaALLAH moga ALLAH dapat menjadikan kita bidadari syurga untuk seorang lelaki bernama suami di destinasi jannatulfirdausi..

Ayuh kita bersama.. mencari cinta yang hakiki di perjalanan yang singkat ini. Semoga lirik lagu yang dipaparkan dibawah kita hayati dan ana tujukan khas buat puteri-puteri yang berkunjung disini( hehe..jangan marah kpd putera-putera ..ana doakan kalian ketemu puteri-puteri yang solehah >.<).. akhir kata salam perjuangan buat semua..ayuh kita cuba menjadi ' Bidadari Di Taman Firdausi' amin..

Bidadari

Artis:Munif Ahmad



Bidadari 2x Temanilah resahku Bidadari 2x Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati Semuanya kerana kau isteriku Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku
Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x Jadilah sang setia Kerna cinta cinta suci Buktinya tidak pernah sepi Sepi daripada cubaan yang tak terduga Chorus *
Kau umpama bintang utara Penunjuk jalan yang terang Kau beri harapan saat ku jatuh Bangun semula Dan berikan sakti cintamu Penawar racun berbisa Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga


Assalamualaikum w.b.t. Dimulakan dengan salam persaudaraan kepada semua pengunjung blog ana. Asif kerana sudah lama tidak update blog ini kerana kekangan waktu di kampus. Alhmdulillah kali ini dapat jua ana menulis sesuatu yang ringkas buat sahabat. Mudah-mudahan kita sama-sama kuat dalam mujahadah.


Erti Sebuah Perjuangan

setitis demi setitis air mata jatuh ke bumi
semakin lama kolam air mata ini terus laju berderai bak sungai yang deras mengalir
penat ku memujuk diri ku agar berhenti
tapi mata ini tetap tidak mengerti


ya ALLAH hanya itu ucapanku didalam hati
terkadang ku rasa tidak kuat lagi dalam menghadapi semua ini
sebutir manik lagi membasahi pipiku
lantas ku menadah ke dua tangan ku ke langit
tangan seorang hamba yang hina lagi kerdil yang punya infiniti dosa di hadapanMu Ya Rabbi
yang hanya mengharap belas dan ihsan Mu
Pemilik langit dan bumi dan segala isinya


bekalkan kami kekuatan di dalam jiwa dan setiap urat nadi akan ku ambil iktibar dan pengajaran di atas kegagalan masa lalu
meski masih lagi berbekas di dalam hati ini perasaan sedih dan pilu tetapi ya Rabb kekecewaan ini hanya sekelumit pahit semalam
ku yakin akan rasa manisnya madu sebuah perjuangan
ya itu ku pasti semasa ku menghembuskan nafas yang terakhir
untuk menemui CINTA yang Hakiki di jannahtulfirdausi
insyaALLAH..

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..



Ku lontarkan pandanganku ke jendela dan termangu sendirian. Tangan kananku erat memegang surat cintaMu yang baru ku selesai menatapnya sebentar tadi. Ku hela nafasku dalam-dalam dan terasa sesak dadaku semakin menusuk. "Ya Rabb , berikanlah sedikit waktu buatku" rintih ku dalam hati mengharap belas ihsan Pencipta kepada hambaNya yang lemah lagi hina.

Masih terimbas di mataku wajah seseorang yang sangat ku sayangi , yang ku bisikkan dalam setiap doaku moga dia dalam perlindunganMu. Ku hela lagi nafas perlahan-lahan dan kini air mataku semakin deras mengenangkan peristiwa itu. Peristiwa yang benar-benar mengeruhkan persahabatan kami.


" Ah, selama ini rupa-rupanya kau buat-buat baik pada aku. Tidak aku sangka rupanya kaulah yang mencuri assignmentku. Orang yang aku percaya rupanya kaulah yang menjadi duri dalam daging. Mulai hari ini kau bukan kawan aku, kita sudah putus hubungan persahabatan."

Ya Allah masih terngiang-ngiang katanya yang terakhir itu. Lantas semakin kuat ku genggam surat cintaMu. Biarlah ku tanggung penderitaan ini sendiri. Hanya padaMu ku bergantung harap. Aku redha kiranya meski di penghujung nyawaku Mu ambil ini daripadaku kerana aku tahu sesungguhnya pasti Mu ingin gantikan dengan yang lebih baik.


Masih ku ingat pertama kali ku ingat kali pertama mengenalimu. Sewaktu itu kita sama-sama memasuki kem kembara anjuran persatuan di kampus. Itulah kali pertama ku menemuimu setelah ku pengsan sewaktu riadah pagi. Masih ku ingat wajahmu yang tenang menjagaku dan ku tahu namu melalui tag nama yang tertulis "Zinnirah". Mulai saat itu kita semakin rapat dan semakin mengenal sampai kita melangkah ke tahun akhir di dalam bidang pergigian.


Namun semua itu tinggal kenangan semata kerana sebuah peristiwa yang tanpa soal siasat mahupun bertanyakan padaku sendiri hujung pangkal. Terusan mu menghukumku dan membuat tuduhan yang benar-benar luluhkan hatiku.


"Sumayyah, mari ikut saya ke bilik pembedahan waktu kamu telah tiba. Kuatkan semangat ya insyaAllah semuanya akan berjalan lancar." kata seorang doktor yang berusia dalam lingkungan seusia ayahku. Doktor inilah yang merawatku dari dahulu lagi yang ku anggap seperti bapa ku sendiri kerana dia juga sebenarnya kawan ayah ku. Nama yang tertera di tag di poket kanannya Dr.Naufal yang padaku merupakan doktor yang sangat berwibawa dalam tugasnya. Ku doakan moga Dr. Naufal dan keluarganya dilindungi Allah selalu doaku di dalam hati. "Doc, nanti boleh sampaikan ini pada Zinnirah. Tolong ya sampaikan" itulah ucapanku dan permintaanku yang terakhir dengan senyuman.


Masih ku ingat semasa ku dalam keadaan separa sedar Dr. Naufal berbicara dengan seorang jururawat. Apa yang ku dengar secara sayup-sayup adalah aku hanya punya 30 peratus untuk sembuh. Tika itu bagai halilintar menusuk jiwaku hanya istighfar mengiringin air mata tanpa sesiapa disisi kecualiMu.


*******


"Dr Naufal, di mana pesakit yang di bilik A 2710??" tanya Zinnirah dalam kegelisahan yang terpancar dari riak wajahnya. Sejurus itu Zinnirah terlihat sekujur tubuh di usung dari teater pembedahan dan dia tahu itu adalah AKU!!!... Terjelupuk dia rebah melihat ku tidak lagi bernyawa. Tika itu yang ada hanyalah jasadku yang pucat lesi dan mataku tertutup rapat.

Jururawat terus memapah Zinnirah ke bilik A 2710 sambil ditemani linangan air mata. Tika itu Dr. Naufal melaksanakan amanah terakhirku dengan memberikan sepucuk kertas bewarna hijau pucuk pisang kepadanya. Segala isinya berbunyi begini.


ANDAI KU PERGI......


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Buat sahabatku yang ku sayangi kerana Allah ..

seindah namamuu Zinnirah yang sentiasa ada di hatiku..Maafkan ku kerana tidak bisa berterus terang denganmu tentang kesakitan yang ku alami. Aku benar -benar tidak mahu membebani mu dengan permasalahan ku sedang ku tahu mu sudah cukup terbeban dengan masalah yang begitu banyak. Bersabarlah sahabatku sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar dan bertaqwa. Maaf kerana tidak ku sembunyi lagi kesakitan ini, kesakitan yang Allah sahaja yang tahu betapa peritnya. Ketumbuhan di kepalaku semakin membesar dan sebab itu jugalah aku sering kali pengsan sewaktu berjalan untuk pergi atau pulang ke kuliah. Pada awalnya aku hanya ingat ia adalah kesan daripada kemalangan yang meragut seluruh keluargaku. Kesan darah beku yang ku sedia maklum sejak dahulu lagi namun kata doktor ia tidak merbahaya.

Lantas ku fikir hanya pening-pening biasa kerana tidak makan atau kerana cuaca. Namun semakin hari semakin parah rasanya. Dihadapan mu ku hanya mampu tersenyum dan membuat riak ceria kerana aku benar-benar ingin melihat mu tersenyum gembira.


hanya ucapan maaf dapat ku sampaikan padamu kerana menyembunyikan banyak perkara darimu. Aku benar-benar tidak mahu membebani mu dengan permasalahanmu.

Aku juga mohon maaf atas kejadian tempoh hari. Sebenarnya aku mengambil assignmentmu untuk ditunjuk kepada Puan Umairah agar dia dapat memberi komen kepada kerja berkumpulan kita. Sesungguhnya tidak pernah terlintas difikiranku untuk mengambil kerja assignment kita bersama untuk kepentingan sendiri. Ku benar-benar ingin menberitahumu tentang pengambilan kertas assignment itu tapi bateri telefon bimbitku sudah mati lantas ku teruskan niat berjumpanya. Pada tika itu ku fikir untuk melakukan semakan draft terakhir sebelum menghantarnya minggu hadapan . Namun kerana itu kita menjadi semakin jauh dan akhirnya tiada.


Namun duhai sahabatku Zinnirah tidak pernah ku salahkan kamu, kerana mungkin ia berpunca dariku yang tidak meminta izin dari mu untuk membawa draft terakhir. Sesungguhnya sejak kejadian itu aku menjadi semakin lemah dengan kesakitan yang semakin parah. Hanya Allah menjadi sandaranku ketika itu. Dari jauh ku melihat mu bersama dia yang mengfitnahku tentang aku menggunakan assignment itu untuk mendapat markah tinggi dari pensyarah.

Namun aku juga telah memaafinya, kerana aku pasti setiap kebatilan akan muncul kebenaran.

Setiap malam di sujudku hanya harap mu sentiasa di rahmati Allah selalu, semoga jika kamu bersama dia kamu lebih bahagia. Tidak mengapalah aku redha. Sesungguhnya setiap yang kamu miliki itu bukan milik yang kekal. Yang kekal hanyalah pemilik segalaNya yakni ALLAH.


duhai sahabatku Zinnirah akhir kalamku..


sesungguhnya aku menyayangimu kerana Allah, andai perpisahan itu menjadi satu kegembiraan bagimu aku terima, kerana aku benar-benar ingin kamu bahagia.

Pesanku hanya satu dalam mengejar kebahagiaan , jadikanlah Allah sandaranmu, jadikan Alquran dan Sunnah sebagai sayap kiri dan kanan mu untuk menuju jalan redhaNya.

Tafsir Alquran yang ku belikan satu buat mu dan satu buatku moga mu semat ia didalam hati mu. Gunakan ia sehingga akhir hayatmu meski ku tiada lagi di dunia ini. Biar ia menjadi penawar dukamu dan senyum tawamu. Andai ku pergi dan tidak kembali lagi ingatlah meski apapun mu adalah sahabatku dunia dan akhirat dan sesungguhnya aku ingin sekali bersamamu berjalan berpimpinan ke JANNATULFIRDAUSI..


salam akhir dariku Summayyah Anisah ... :)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang




Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah sementara dan yang kekal abadi tentulah akhirat sana yang kita tidak ketahui dimanakan kita akan berada di penghujungnya. Apakah kita akan dijemput dengan haruman SYURGA atau diseret ke NERAKA yang apinya menjulang tinggi tanpa mengenal erti siapa kita sewaktu hidup kita. Tika itu tiada lagi pangkat atau kuasa sebagai nilai, harta yang mengunung bukan menjamin kita ke syurga, malahan anak-anak juga tidak dapat membela kita.




Tika kita dihisab kelak hanya AMALAN yang baik dan diredhai Allah akan menjadi bekalan atau tiket untuk kita ke syurga. Perkara lain yang kita peroleh seperti hartanah yang luas berekar-ekar, wang berjuta-juta, kereta yang berderet itu tidak mampu memberi apa-apa makna buat kita kelak untuk ke syurga abadi.



Duhai sahabatku, sesungguhnya ALLAH telah memberi pilihan buat kita untuk memilih sesuatu yang memberi manfaat dan seribu satu kebaikan buat kita. Namun mengapa kita masih tidak cuba reload amalan kita untuk mendapatkan tiket ke SYURGA yang indah lagi dipenuhi dengan bermacam-macam nikmat. Di sana tiada penghuninya yang berduka lara, tiada yang menjadi tua, dan semuanya dalam keadaan ceria dan bahagia sentiasa.




Namun mengapa kita sudah ketahui segala kelebihan dan ganjaran itu tapi kita kadangkala memandang enteng perihal ini. Malahan kita kadang kala tanpa rasa bersalah berulang kali melakukan dosa yang sebenarnya bukan sahaja menambah kredit point ke destinasi NERAKA malahan telah menempah kesengsaraan dan kepedihan seksaan di akhirat sana..




ana tidak mahu bicara panjang mengenai ini..sesungguhnya kita sedia maklum akan keadaan ini.. ayuh kita sama-sama fikirkan apakah yang sebaiknya buat kita.. apakah kita mahu kehidupan yang kita idamkan ini berakhir dengan SUKA dan BAHAGIA atau DUKA dan SENGSARA..




nah ana tinggalkan kalian dengan persoalan yang kita sama-sama fikirkan jawapannya..




tiket yang manakah kita menempahh ??

salam alaik pada sahabat yang ana sayangi kerana ALLAH..

sahaja ana ingin kongsikan sebuah lagu yang pada ana secara peribadi tersimpul seribu satu makna. Ayuh kita sama-sama hayati bait-bait lagu ini dan jadikan ia sandaran dan pemangkin dalam sebuah perjuangan mengenal Allah...




LANGKAH TERCIPTA



Semalam aku kelukaan

kecewa kehampaan

mencalar ketabahan

mimpi yang sering ku harapkan

menjadi kenyataan namun tak kesampaian

Allah ...ingin ku hentikan langkah ini

bagai tak mampu untuk ku bertahan

semangat tengelam..lemah daya

haruskah aku mengalah..Namun jiwaku berbisik..inilah dugaan


Dan mataku kini terbuka..pada hikmah dugaan..uji keimanan

Tak dilontarkannya ujian..di luar kekuatan..setiap diri insan

Allah..pimpinlah diriku.. untuk bangun semula.. meneruskan langkah

perjuangan ini..cekalkan hati dan semangatku..kurniakan ketabahan

agar mimpi jadi nyata semula..padaMu KU meminta

daku mohon agung kudratMu..wahai Tuhan yang Satu..segalanya dariMu


lagu:Bazli

Lirik: Bazli dan Atie (Hijjaz record)






Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang






setiap hari pasti kita akan menemui pelbagai jenis masalah tidak kiralah dari masalah peribadi sehinggalah kepada masalah negara yang menjadi topik perbincangan antara pemimpin-pemimpin negara. Kita sering dihujani dengan konflik diri sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapi masalah yang mendatang. Apakah kita mampu untuk melakukan semua ini dalam sehari. " runsing kepala nie dengan macam-macam masalah, kan senang hidup tanpa masalah, tanpa ada kesedihan. Hidup penuh dengan keceriaan ,ketenangan dan kegembiraan" pasti ada diantara kita semua yang terdetik di hati untuk merasa begini. Ana akui ana juga pernah terdetik begini. Sudah menjadi lumrah pastinya kita nak yang mudah, yang cepat dan hasil yang terbaik dalam penyelesaian masalah. Nah apakah kita pernah terfikir realiti kehidupan ini sememangnya SUKAR tapi sebenarnya bukan SUSAH. Ayuh kita bersama tukar paradigma kita terhadap apa yang kita lihat dalam kehidupan ini.






Mari ana bawakan kalian kepada persoalan berikut:-




apakah tujuan kehidupan ku ini ? apakah hanya menjadi seorang pekerja yang bekerja siang malam untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik? apakah aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang ini? Mengapa meski aku kerja sebaiknya mengapa masih tidak dinaikkan pangkat? Tidak dinaikkan gaji malahan pujian pun tidak ada? mengapa semakin aku cari duit untuk kehidupanku semakin tidak mencukupi? malahan semakin banyak hutang dikeliling pinggangku? serabut kepalaku dengan masalah ini? siapakah yang mampu tolongku? kawan..ahh hanya datang bila ku dapat gaji? bila ku terdesak tiada siapa peduli? mengapa hatiku tidak tenang ? selalu sahaja tidak tenang?? aduh kusut-kusut... makin difikir makin kusut kepala ini..








baiklah sekarang kita tarik nafas dalam-dalam.. kita tenangkan fikiran sebentar. mari ana bawakan persoalan ini sebagai jawapan kepada persoalan di atas. Ana dapat lihat pasti ada yang mengerutkan dahi .." mengapa pula persoalan di jawab dengan persoalan??" baiklah untuk sahabat mengetahui jawapannya ayuh kita susuri persoalan berikut. Sama-sama kita baca dan biarkan hati kecil berbicara..






selama ku hidup pernahkah sekaliku merenung apa tujuan aku di hidupkan di muka bumi ini? apakah hanya untuk mengaut nikmat dunia yang sampai ke hujung nyawa tidak pernah cukup? apakah cukup diriku mengenal SANG PENCIPTA yang memberikan segala kenikmatan terhadap diriku? apakah sewaktu susah sahaja aku mencari dan mengadu pada Dia? apakah sewaktu ku mendapat kejayaan atau rezeki ucapan pertama yang meniti di binirku adalah alhamdulillah? apakah aku benar-benar mengambakan cintaku hanya pada pemilik cinta hakiki ataupun ku menjadi hamba kepada cinta selainNya? apakah sewaktu ku sakit ku anggap itu penyucian atau kifarah dosa lalu atau hanya keluhan dan rengekkan yang terpacul di bibirku? Pernahkan bila ku punya rezeki yang berlebihan ku kongsi bersama mereka yang memerlukan? apakah aku benar-benar mengenali ISLAM dalam erti kata sebenar bukan hanya pada namaku? apakah aku bisa menjawab persoalan-persoalan tentang rukun islam dan rukun iman dengan cara berhikmah? apakah ku mampu tersenyum di ku dikritik pedas oleh orang sekeliling? apakah ku bisa sabar dikala orang menabur fitnah terhadap diriku ??




Duhai sahabat yang ana sayangi kerana Allah persoalan yang mula-mula ana nyatakan diatas dan disusuli dengan persoalan di perengan kedua ini sebenarnya adalah jawapannya. Sesungguhnya ana juga masih mencari jawapan sebenar melalui hati kecil ana untuk ana jadikan bekalan di dalam hayat ini. Marilah kita sama-sama mencari jawapan kepada persoalan itu kerana bukan teori semata tidak kira dalam sumber buku, internet atau apa sahaja yang ana mahukan. Namun apakah lebih baik kita meletakkan dua sumber ini menjadi SATU yakni sumber ILMU dan sumber HATI kecil yang berbisik. Ana yakin bila ana dan kalian mendapat jawapan itu sesungguhnya kita menjadi orang PALING BAHAGIA kerana kita bisa TERSENYUM walau PAHIT dugaan yang kita harus telan.. ayuh kita bersatu hati bersama mengejar KEJAYAAN HAKIKI MENUJU JANNATULFIRDAUSI (>.<)



Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...


alhmdulillah kali ini ana letakkan posting yang santai buat tatapan semua. kredit kepada seorang sahabat ana sewaktu berbual dengannya tercetus satu ilham melalui perbualan tersebut (>.<)


'wah, cantiknya..."," cun ar dia tu..", "lawanya...kat mana ye awak beli barang nie".. inilah salah satu kata-kata yang selalu kita ungkapkan bila kita melihat sesuatu yang cantik di pandangan mata. Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia biasanya akan memilih sesuatu perkara itu yang pertama sekali pastinya kerana CANTIK atau dalam erti kata lain indah, atau sejuk mata memandang. apabila sesuatu itu cantik pastinya ia dapat menarik perhatian ramai pihak. pasti ramai yang akan memuji akan kecantikan yang dimiliki oleh si pemilik kecantikan. Tapi pernahkah kita memikirkan siapakah pencipta kepada si cantik itu...jawapannya pastilah Allah pemilik segala kecantikan dan kesempurnaan setiap yang ada di alam ini.




Ayuh ana bawakan satu lagi persoalan.. cuba sahabat semua perhatikan gambar di atas.. sahabat melihat ada tiga tangkai bunga mawar yang berlainan warna kan.. baiklah kali ini ana minta sahabat memilih yang mana satu pilihan hati untuk dijadikan hiasan meja sebagai contoh..
pastinya ada yang menyatakan " saya memilih biru kerana warnanya unik dan menarik" dan mungkin juga ada yang memilih antara kuning atau merah dan begitu lah sebegitu dan sebgini sebabnya. oleh itu dapat dilihat disini sedangkan ada tiga jenis warna mawar begitu banyak pendapat yang akan menyatakan yang mengapa mereka memilihnya masakan pilihan warna dan fizikal keadaan sesuatu perkara itu untuk dinilai.
Nah terbuktilah sesungguhnya kecantikan itu abstrak di setiap mata individu bak kata pepatah " rambut sama hitam hati lain-lain". sesungguhnya kita tidak bisa untuk meletakkan sesuatu itu cantik pada pandangan fizikal atau luaran sesuatu objek atau material kerana pasti ada yang bercanggah pendapat dengan kita . malahan dapat juga dilihat sesungguhnya kecantikan luaran itu adalah pinjaman semata dari Allah kepada si cantik atau si lawa atau siapa sahaja.




Kita seharusnya bersyukur atas kecantikan yang kita ada kerana sebenarnya kecantikan itu bukan hanya di lihat melalui luaran semata. Luaran yang tidak menjamin apa-apa bila masa semakin berlalu, usia semakin meningkat , rambut semakin memutih, kulit semakin kendur dan berkedut.. tapi apa yang kekal adalah kecantikan dalaman kita. Kecantikan dalaman yang akan diingati buat selama-lamanya meski kita sudah tiada di dunia ini..kecantikan akhlak dan budi pekerti yang menjadikan kita disenangi dan tenang bersama orang di sekeliling kita..kecantikan ini kecantikan yang Allah, manusia malahan seisi dunia menyenanginya...nah apa kita tunggu lagi marilah kita hiasi diri dengan kecantikan ini.. kerana kecantikan inilah yang membawa dirimu dan juga diriku ke jannatulfirdausi..insyaAllah ayuh kita bersama untuk cantik.. !!




Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..



Jam menunjukkan pukul 2.40 petang, tika itu ku sedang bersantai di hadapan televisyen . Tiba-tiba ku dengar telefon ku berdering tanda mesej masuk. Pantas ku capai dan ku lihat mesej dari sahabatku mengenai keadaan yg berlaku kpd kapal Mavi Marvara yang diserang Israel semasa dalam perjalanan ke Gaza. Memohon doa agar Allah bantu mereka dalam misi yang dipanggil sebagai LifeLine4Gaza. Ana tanpa memikir panjang terus sahaja meng'forward ' kepada sahabat-sahabat ana yang lain. Hari ini sahaja ana melihat angka korban telah menjangkau 15 orang dan ramai yang lain adalah cedera. Ya Allah sebak hati ana melihat mengapa mereka yang tidak berdosa ini diserang tanpa belas kasihan. Mereka ini hanyalah sukarelawan dan wartawan yang dikumpulkan dari serata pelosok dunia untuk menghantar bekalan makanan ke Gaza. bukannya senjata atau bahan api yang lain yang boleh mengancam nyawa orang awam.

kerana sifat kedengkian dan tiada perikemanusian oleh pihak Israel, mereka menyerang konvoi ini tanpa belas kasihan. Bermacam persoalan yang bermain di fikiran ana tika ini.



tuntas ana buka web sosial yang selalu ana masuki, banyak info , video malahan pendapat serta protes sahabat-sahabat terhadap apa yang berlaku. sejenak ana terfikir begitu banyak hikmah disebalik kejadian yang mengemparkan dunia. Antara yang ana dapat pelajari adalah:-




1. membuka mata banyak pihak terutamanya yang dahulunya pro-israel tentang kekejaman israel terhadap mereka yang tidak berdosa.

2.melihatkan betapa kejadian ini memberi satu bentuk penyatuan umat Islam dalam memperjuangkan agama Allah.

3.menyedarkan diri betapa perlunya ada kerjasama dan penyatuan ummah agar Islam kembali ke zaman kegemilangannya

4.melihat ke dalam diri apakah sumbangan diri dalam bukan sahaja memprotes kejadian yang berlaku malahan tindakan susulan seperti mengambil berat tentang infomasi terkini mengenai konvoi LifeLine4Gaza dll.


akhir kata, moga sekurang-kurangnya kita mengambil sedikit iktibar diatas perkara yang berlaku kepada saudara seislam ini. Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH buat mereka yang gugur syahid di medan perjuangan dan buat mereka yang masih meneruskan misi kita mohon agar ALLAH lindungi mereka dan kuatkan semangat mereka. ayuh kita bersama ke satu kiblat yang sama ..Allahuakhbar~~!!




Assalamualaikum w.b.t kepada sahabat sekalian..





pernahkah anda merasa sunyi..sepi..kosong.. rasa tiba-tiba satu perasaan dimana anda berasa keseorangan tanpa sesiapa di sisi. pernahkah anda lalui saat-saat dimana anda perlukan seseorang pada saat genting itu, tapi alangkah hampanya anda kerna tiada siapa yang peduli atau tiada siapa yang berada bersamamu tika itu.. teman anda ketika itu hanyalah sepi dan air mata yang membasahi pipi. pernahkah anda merasa hidup ini tiada pengertiannya. tika itu yang anda rasakan duka tanpa hentinya.. anda merasa bilakah semua ini akan berakhir. bilakah anda akan merasa gembira semula. bilakah anda ingin gelak ketawa. bilakah sinar ketenangan akan muncul semula.




duhai sahabatku.. bangkitlah dari kesedihan yang berpanjangan itu. apabila anda berasa sepi.. sendiri.. pernahkah anda berfikir Allah sentiasa bersamaMu.. Dialah Tuhan sekalian alam..Dialah yang menciptakan kita daripada tiada kepada ada..dan daripada ada kepada tiada semula. Meskipun seisi dunia tiada bersamamu tapi yakinlah ALLAH sentiasa ada di sisiMu..
Dia sentiasa mendengar setiap rintihanMu di sepertiga malam. Bahkan semakin dekat kamu menghampiriNya semakin dekat DIA mendekatiMu..setiap titisan air matamu yang jatuh kerana kekesalanmu atas dosa-dosa lalu itulah yang menjadi pemadam api neraka yang mara menyala.bangkitlah duhai teman..sesungguhnya dengan mengingati Allah pasti hatimu akan peroleh ketenangan. segala yang datang kepadamu.. yang menjadi milikmu itu adalah pinjaman sementara oleh Allah.. jangan pernah kamu merasa sedih akan sesuatu yang hilang darimu. Kerana sebenarnya pasti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. berbaik sangkalah pada semua perkara yang berlaku. Ubati kesedihan di hatimu dengan SABAR dan REDHA akan ketentuanNya.
Sesungguhnya kita seharusnya bersyukur pada ALLAH..dengan sedikit kehilangan nikmat yang diberi sebenarnya memberi satu nikmat yang lebih baik.. Allah mahu kita belajar erti SABAR dalam menempuh ujian yang datang. bukankah setiap kesulitan terselit hikmah.. tidakkah itu tanda KASIH SAYANG RABB pada hambaNya.. masyaAllah..

oleh itu duhai sahabat.. sama-samalah kita renungi semula.kita muhasabah diri kita. bangkitlah dari kesedihan.. jadikanlah ALLAH SANDARAN KITA..ayuh!!!!




salam alaik pada sahabat semua. pertama sekali ana mohon kemaafan kerana untuk posting-posting yang baru ana lebih suka menggunakan kaedah sandai disamping sedang mencari topik dan bahan tertentu untuk posting seterusnya.



kali ini sahaja ana bawakan perencah terbaru di dalam menu blog ana iaitu bahagian masakan. meskipun ana akui masih banyak ana tidak tahu mengenai masakan malahan masakan pun masih belum tentu sedap namun ana tetap mahu berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana dapat. Entah mengapa terdetik di hati untuk memilih resepi ini sebagai resepi yang pertama.






baiklah kita mulakan dengan bahan-bahan masakan :-



  • 4 ekor ketam

  • bawang merah & bawang putih ( 4 -5 ulas atau mengikut kuantiti masakan)
  • cili padi ( 10 biji atau mengkiut kepedasan yang diingini)

  • serai ( 1 batang di hiris nipis)

  • santan kelapa (sebiji kelapa)

  • serbuk kunyit ( mengikut kehendak inidvidu )
  • gula dan garam ( mengikut kehendak individu)
  • asam keping ( sekeping sahaja )

  • daun kunyit ( sehelai dan dihiris panjang2)
  • air secukupnya ( mengikut kepekatan)



cara masakan:-



1. bahan seperti cili padi , bawang merah, bawang putih dan serai dikisar halus.



2. kemudian bahan diatas dimasukkan kedalam kuali atau periuk panas seterusnya dimasukkan santan, air secukupnya dan sedikit kunyit.



3.kacau selama 2 -3 minit dan masukkan helaian daun kunyit, asam keping beserta ketam.



4.masukkan garam secukup rasa dan biarkan ia mendidih selama 2 minit



5. seterusnya masakan sudah boleh dihidang untuk keluarga tercinta (>.<)




~~~~SELAMAT MENCUBA~~~~




salam alaik kepada sahabat yang ana kasihi.. maafkan ana akhir-akhir ini ana tinggalkan kalian dengan posting yang ringkas..sekadar perkongsian bersama salah satu video favourite ana.. semoga terhibur dan kita ambil pengajaran daripadanya..insyaALLAH.. ;)


salam alaik pada sahabat sekalian..alhmdulilah syukur ku pada Allah diatas kesempatan yang diberikan oleh Nya. Masih diberi ruang dan waktu untuk ana nukilkan sesuatu demi peringatan pada diri sendiri dan insyaAllah buat sahabat semua.

Kali ini ana bawakan sedikit cara bagaimana kita ingin menghadapi ketidakteraman hati atau semasa dugaan menimpa diri. ZIKIR itu umpama makanan hati selain daripada kita membaca surat cinta daripada Allah yakni ALQURAN..

ingatkah kalian dengan mengingati Allah hati pasti beroleh ketenangan. oleh yang demikian ana bawakan sedikit info tentang zikir tertentu beserta manfaatnya. syukran kepada sahabat ana yang memberi info tentang ini. moga kita sama-sama amalkan zikir ini dalam kehidupan seharian..INSYAALLAH..:)




  • YA ALLAH - Allah ,nama yang Maha Agung dan Mulia , pemilik semua pujian 5000 kali dengan khusyuk dan tertib , kebersihan rohani untuk dekat pada Allah setiap hari.

  • YAA RAHMAN - zikir 500 kali selepas solat 5 waktu ,kita akan menjadi pengasih ,terang hati dan tidak perlupa.

  • YAA RAHIM -zikir 100 kali setiap hari menjadikan diri kita penyayang dan disayangu orang secara wajar serta diberi kemudahan.

  • YAA MALIK - zikir 121 kali setiap hari kita akan dihargai orang secara wajar dan kehidupan kita berkecukupan


  • YAA QUDUS -zikir 100 kali setiap hari selepas tergelinicir matahari, hati kita akan bersih daripada kesombongan , iri hati , dan hasad dengki.
  • YAA SALAAM - zikir 136 kali setiap hari, insyaAllah penyakit yang dideritai akan sembuh, jika dibacakan kepada orang yang sakit juga akan sembuh.


  • YAA MUKMIN - zikir sebanyak 136 kali setiap hari mendidik diri sendiri dan usaha amankan diri daripada lingkungan perbuatan jahat.

  • YAA MUHAIMIN -kita selalu diawasi Allah , maka sebutlah asma sebanyaknya agar kira akan terpelihara dan hati sentiasa bersih.


  • YAA AZIZ - zikir 40 kali selepas selesai solat subuh selama 40 hari , akan dapat pertolongan Allah dalam hidupnya.

  • YAA JABBAR -266 kali setiap pagi dan petang, orang-orang yang memusuhi kita tidak berdaya,tunduk atas pertolongan Allah.



salam alaik buat sahabat..sedikit hiburan dan marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada video yang dipaparkan ini..semoga terhibur..




Mawar yang kembang mekar di taman larangan

Warnanya yang cantik dan harumannya yang semerbak memikat hati sesiapa sahaja untuk memilikinya

Namun mawar ini bukan mawar biasa yang mu lihat

Mawar ini indah pesona untuk tatapan tapi sangat sukar untuk dihampiri

Dipangari dirinya dengan duri keimanan yang teguh pada Ya Rabb.

Ketinggian budi dan maruah yang sering memagari setiap tingkah lakunya.

Ketegasannya dalam setiap perbuatan membuatkan banyak kumbang-kumbang biasanya tunduk mengalah

Hanya kumbang yang benar-benar menjaga batasan dan menjadikan syariat Islam sebagai lambang dirinya yang bisa menarik hati sekuntum mawar ini.

Duhai ukhti jadilah dirimu seperti kuntuman mawar ini

Teguhkanlah iman mu dengan ketakwaan kepada yang Maha Esa

Bentengkan dirimu dengan rasa malu dan maruah yang tinggi

Janganlah kamu mudah termakan pujukan dan kata-kata manis yang apabila manisnya diambil dan kemudian dibuang begitu sahaja

Duhai ukhti yang ku sayangi marilah kita sama-sama mengejar cinta ALLAH yang hakiki

Kelak hatimu menjadi tenang dan damai di bawah naungan cintaNYA.

Andai ada kumbang yang ingin memetikmu biarlah ia memetikmu dengan cara mulia

Melalui cara yang indah dipandangan pemilik cinta hakiki

Agar bila kamu membina mahligai , mahligai itu dihiasi dengan haruman keberkatan dan disuburi dengan ketaqwaan kepada ALLAH

Andai tika ini kamu masih berseorangan tanpa teman.

Duhai ukhti jangan mu khuatiri kerna janji ALLAH tentang jodoh mu telah tertulis di luh mahfuz

Cukuplah mu yakini duhai ukhti bersandarkan kepada ALLAH segala hal

Teruskan langkahmu dengan memelihara aurat mu dan akhlakmu yang baik kerna pasti ALLAH akan memberikan yang terbaik buat dirimu

Akhir kataku duhai ukhti sama-samalah kita mengejar cinta ALLAH yang pastinya mengundang kebahagiaan dan yakinlah selagi ALLAH di setiap helaan nafasmu pasti segalanya menjadi milikmu.

>>Nukilan ikhlas dari hatiku buat mawar mekar di taman larangan

“ jadilah wanita di dalam bekas kaca,yang sukar disentuh , hanya yang layak sahaja mampu memiliknya”


assalamualaikum w.b.t . kepada sahabat pembaca. sekian kalinya ana memohon jutaan kemaafan diatas kelewatan update blog ini kesekian kalinya.. setelah beberapa lamanya laptop ana tidak berfungsi alhmdulillah kini telah kembali normal seperti sedia kala.. ana panjatkan kesyukran pada Allah masih memberi ruang buat ana menulis di sini..

kali ini ana hanya posting secara ringkas untuk mengucapkan kemaafan yang kesekian kalinya.sesungguhnya begitu banyak input yang ana ingin kongsikan dengan kalian untukk perkongsian bersama..insyaAllah moga dapat dimanfaatkan pada diri ana dan sahabat2..
jari jemari ini pastas bergerak dan bagaikan tidak mahu berhenti untuk menyatakan dan menulis sesuatu buat santapan rohani kita semua.. inysaAllah ana akan nukilkan di dalam masa terdekat kerana sekarang ana masih lagi dalam tempoh imtihan..doakan ana dan sahabat yang lain ya..moga kita sama2 kuat dan berjaya dalam imtihan dengan cemerlang ..amin

akhir kata ...ana hanya ingin ukirkan salam penuh kemaafan diatas kelewatan update kerna masalah yang tidak dapat dielakkan.. moga kita sama2 kuat mujahadah dan istiqamah dalam setiap apa yang kita lakukan..renungi kata2 dibawah...khas buat sahbat yang ana sayangi kerana Allah..

" Biar renggang di fana dunia, biar hina dimata manusia, biar semangat semakin tua,
biar harta semakin tiada, biar akal semakin berusia , biar jauh kedudukan kita , biar jurang pangkat kita.
jangan tergadai silaturrahim antara kita"

Bismillahirahmanirrahim..dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w dan seluruh para sahabat baginda . Salam alaik pada seluruh sahabat yang sudi mengunjungi blog ana. pada pemulaan coretan ana ini, ana memohon kemaafan kerana sudah lama tidak update blog yang ana sayangi ini kerna kekangan waktu tika ini. Namun atas rahmat dan kasih sayang Allah ana masih diberi nafas dan kudrat untuk titipkan sesuatu buat peringatan diri yang serba khilaf ini dan insyaALLAH sampai mesej2 ini kepada kalian semua.

setelah lama tidak mencoretkan sesuatu ..kejangalan mula menguasai diri..huhu.. baiklah kali ini ana mulakan dengan nukilan ringkas yang sama2 kita renungkan.. ana bawakan satu topik yang santai agar sahabat2 semua dapat bersama2 ana dalam memikirkan maksud tersirat disebalik perkataan ini insyaALLAH..

topik yang ana cuba nukilkan adalah perkataan TERIMA KASIH... pasti ada yang hairan terhadap ana ada apa dengan terima kasih ini..hanya 2 perkataan yang ringkas tapi jika direnungkan mendalam maksudnya.

baiklah kita mulakan dengan TERIMA..apakah itu terima?? terima dari kefahaman ana secara mudahnya kesudian mengambil sesuatu dengan hati yang terbuka yakni daripada si pemberi kepada si penerima. Seterusnya adalah KASIH..pasti ramai di antara kita akan membayangkan sesuatu yang berunsurkan kecintaan..itu adalah benar tapi kecintaan itu bukan batasnya hanya kepada seorang insan kepada insan yang lain tapi ianya menyeluruh yakni kasih kepada sang Pencipta..kasih pada alam..kasih kepada harta kebendaan dan sebagainya..

seterusnya bila kita gabungkan perkaatan ini menunjukkan kerelaan kita menerima sesuatu daripada si pemberi kepada si penerima sebagai tanda kasih sayang. disini ana ingin menimbulkan satu persoalan.. seharusnya TERIMA KASIH ini harus dinyatakan kepada siapa ya?? kenapa ya kata TERIMA KASIH ini penting dalam kehidupan sehari-harian ya??

terima kasih itu seharusnya PERTAMA skali kepada DIA YA RABB yang menciptakan kita ..
yang menjadikan kita semulia-mulia ciptaan dimuka bumi Allah ini.. menjadikan kita khalifah dan hambaNya .. namun apakah kita pernah sekali pun berterima kasih pada pencipta kita..apakah kita selalu mendengar perintahnya..Ya Allah bertapa khilafnya diri ini kerna selalu mengingkari suruhanMu..sentiasa sahaja kalah dengan nafsu..masyaALLAH..Ya Rabb ampunilah dosa2 kami..meski kami tahu tidak layak buat kamu untuk memasuki syurgaMu namun tidak pula kami sanggup memasuki nerakaMu..

duhai sahabat sama2 kita renungkan betapa jauhnya kita dengan Allah..betapa hinanya kita sebagai hambaNya yang hanya MENERIMA KASIH ALLAH tapi tidak pernah sekalipun menggunakan nikmat itu sebaiknya seperti dalam firman Allah:

'Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia, nescaya dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong, dan apabila dia ditimpa kesusahan, nescaya dia berputus asa'
(surah al-Isra;83)

Seterusnya kepada siapa pula harus kita berTERIMA KASIH..
tentulah kepada RASULULLAH S.A.W penghulu umah akhir zaman..yang menempuh segala kesulitan dan kesukaran dalam meyebarkan dakwah. seorang insan agung yang agung dan diangkat darjatnya disisi Allah sebagai kekasihNya..masyaAllah meskipun telah menjadi kekasih Allah tapi masih merintih dan merayu agar diampuni dosanya sedangkan diangkat sebagai maksum di sisi Allah..dan kita pula?? yang masih alpa dan lalai ini pernahkah berterima kasih dan menghargai pejuangan baginda. meskipun nyawa baginda di hujung nafas masih lagi menyebut ummati...umatti.. masih mengingati umatnya.. betapa mulianya baginda. Rasulullah s.a.w yang akhlaknya ibarat Alquran dan kasih sayangnya yang tiada terbatas .. oleh itu sahabat2 marilah kita sama2 merenung sejenak dan menyingkap sejarah lampau bagaimana jerih peritnya Rasulullah menempuh dugaan Allah..kita ambil iktibar dan cuba ikuti sunnah baginda secara istiqamah dalam kehidupan seharian.

antara lain siapakah lagi harus kita berTERIMA KASIH...pastilah kepada IBUBAPA..
mereka inilah insan mulia yang bersusah payah dalam membesarkan kita.. yang sanggup berkorban apa sahaja demi anak yang disayangi.. apakah kita mengira betapa susahnya mereka membanting tulang demi sesuap nasi.. kadang kala sanggup berlapar daripada melihat anaknya kelaparan.. apakah kita pernah sekali pun berterima kasih pada mereka?? lihatlah garis2 kerut diwajah mereka...lihatlah garis kedut ditangan mereka..betapa ia menunjukkan betapa kuat mereka bekerja demi anak2 yang disayangi..ditatang bagai minyak yang penuh.. renungkanlah duhai sahabat.. apakah cara untuk kita berterima kasih kepada mereka ini?? apakah cukup seisi dunia dibalas dengan budi dan kasih sayang yang dicurah mereka kepada kita..sayangilah mereka sementara ada waktu buatmu..

antara lain adalah SAHABAT.. kita seharusnya berTERIMA KASIH kepada mereka.. mereka inilah antara insan yang menerangi sudut gelap hidup kita dengan warna keceriaan.. sentiasa bersama tika duka dan suka.. sungguh ana dedikasikan TERIMA KASIH ini kepada sahabat2 ana yang dimana jua anda berada tidak akan sesekali ana lupakan kehadiran kalian dalam hidup ana. mereka antara insan istimewa yang memberi ana kekuatan apabila ana jatuh dalam medan perjuangan yang penuh dengan ranjau. makanya sahabat sekalian.. andai mu temui mutiara2 ini maka simpanlah dan lindungilah sebaik mungkin ukhwah itu agar dalam lindungan Allah selalu.

terakhir adalah MEREKA YANG MENYAKITIMU... pasti ada yang hairan dan pelik.. ia seharusnya kita berTERIMA KASIH pada mereka.. mereka inilah yang memberi kekuatan emosi kepada kita untuk meneruskan kehidupan dengan tabah. meskipun kata-kata mereka ataupun tindakan mereka melukakan hati kita sampai suatu tahap tidak dapat lagi kita menjadi sahabatnya tapi anggaplah keperitan itu yang membangunkan kamu ke tahap kemanisan dalam perjuangan. sesungguhnya jujur ana nyatakan ana bersyukur dan berterima kasih kerana dengan hadirnya mereka ini ana mampu menjadi seorang yang lebih matang dan lebih kuat meski adakalanya terfikir sendiri apakah sekelip mata sahaja ianya berlaku tanpa diduga. ana hanya memikirkan sekurangnya insan ini telah membuatkan kita gembira suatu masa dahulu. makanya janganlah kita dendam pada mereka.. kita hapuskan sifat benci dan bajai dengan sikap redha dan mendoakan agar insan ini dibuka hatinya agar kembali ke jalan Allah..

kesimpulannya TERIMA KASIH itu bukan sahaja ucapan yang meniti di bibir tapi haruslah direnung dan difikirkan kepada siapakah harus kita selayaknya berterima kasih.. sesungguhnya hidup ini singkat cuma.. maka hargailah apa yang ada disekeliling kita.. bukan sukar kan mengucapkan THANK YOU kepada 4 kumpalan diatas.. namun haruslah dihiasi dengan keikhlasan dan kejujuran ... ayuh sahabat sekalian kita sama2 koreksi diri dan menuju redha ALLAH..

TERIMA KASIH sahabatku atas kesudian kalian membaca ;)

Ku lihat hari ini penuh dengan kegembiraan

Namun tidak ku sangka langit tidak selaunya akan cerah

Kadang kala akan datangnya hujan di tengahari

Mengalir lagi air mata ini

Jauh di sudut hatiku

Mengharapkan sebuah pengertian

Mengapa perpisahan pasti terjadi setelah ada ukhwah terjalin

Tanpa ku duga air mata ini mengalir lagi

Meski ku cuba pelihara persahabatan ini agar berkekalan

Namun akhirnya ia pergi dari ku

Semakin jauh tanpa ku sempat hulurkan salam perpisahan

Duhai sahabat

Mengapa ku harus rasa pahitnya perpisahan

Begitu sebentar kita bersua

Dan takdir telah memisahkan kita

Ya Allah..

Kuatkanlah semangat hambaMu ini

Akan ku teruskan perjuangan walaupun sahabat tiada di sisi

Ya Rabbi..

Moga ukhwah ini akan berkekalan

Meski kami berjauhan

Salam penuh keikhlasan dan doa ku hulurkan agar dapat mengiringinya

Akan ku semat perasaan ini di hati


assalamualaikum w.b.t. ana mulakan dgn bismilahirahmanirrahim ,selawat dan salam ke ats rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dan serta seluruh keluarga baginda. alhmdulillah sekali lagi Allah masih beri waktu dan nafas buat ana menulis di sini. syukran sekali lagi pada sahabat2 semua yang sudi mengunjugi blog ana yang tidak seberapa lengkap ini. ana cuba untuk memperbaiki gaya penulisan ana serta pendekatan yang elbagai agar intipatinya sentiasa segar dan menarik hati pembaca dalam menerima mesej yang ana cuba smpikan.

kali ini ana bawakan satu tajuk yang sering kali menjadi persoalan demi persoalan di kotak minda seorang REMAJA..jiwa REMAJA yang sentiasa diulit pelbagai jenis konflik dan permasalahan yang tiada noktahnya..

melalui tajuk SOAL HATI yang ingin ana bawakan ini.. ana ingin sekali sahabat2 semua kita meneroka dan berfikir sejenak ada apa dalam HATI...

Hati remaja yang khususnya sentiasa bergolak dengan macam2 perasaan yang berbaur . kadangkala tidak ana nafikan terkeliru juga dengan perasaan sendiri. kadangkala minda ligat berfikir tanpa henti bagi menemui sebuah jawapan namun tetap juga tiada jawapan yang ditemui. yang tinggal hanyalah KECEWA dan SESAL..ada ketikanya rasa jauh dan makin jauh
berfikir sehingga main celaru jadinya..

cukuplah ana tinggalkan sahabat dengan masalah HATI yang adakalanya tiada penghujungnya.
bukan PERSOALAN dan PERMASALAHAN yang ingin ana timbulkan tapi PENYELESAIAN yang ana cuba sebiaknya untuk kita sama2 ambil manfaatnya insyaAllah.

sekeping HATI yang sering kali lalai dan alpa malahan kadang kala semakin jauh dgn Allah ini haruslah sebenarnya diubati dengan sesuatu yang MENENANGKAN.. pasti ada yang tanya apa yang menenenagkan..dah la hati sudah remuk dan hancur luluh akibat sesuatu perkara..anti suruh ana TENANG pula..TENANG2... ya ana mulakan dengan TENANG..
kerna TENANG ubat kepada KERESAHAN YG TIADA PENGHUJUNG..bagaimana caranya..

kita mulakan dengan REDHA..

redha itu bukan bermakna kita harus tidak berbuat apa2..itu salah sama sekali.tapi REDHA yang ana cuba bawakan adalah dengan TAKE POSITIVE.. anggpalah CABARAN n DUGAAN itu tanda KASIH SAYANG ALLAH pada sahabat.. iya !! LOVE ALLAH pada hambaNya yang TERPILIH..siapakah yang terpilih itu?? SIAPA LAGI JIKA BUKAN ANDA..ANDA DAN ANDA..
lihat betapa Allah itu Maha Penyayang ..tidak pernah sekali Dia meninggalkan anda.. tapi kita sentiasa sahaja JAUH DAN JAUUUUUH dari DIA.. renungkanlah..betapa hinanya kita.. betapa meski penuh DOSA tapi masih dapat KASIH SAYANG DARI ALLAH..

yang kedua ana letakkan ACTION.

tindakan apakah yang harus kita lakukan..cukuplah dengan keluh kesah..ayuh bangkit dengan KEKUATAN HATI..ya sebab itu lah pernah dikatakan jika seketul daging (hati ) itu sakit maka sakitlah seluruh tubuh..jika baik seketul daging maka baiklah seluruh tubuh.
duhai sahabat yang ana sayangi kerana Allah..mari kita sama2 kumpul kekuatan meskipun kadang kala rasa tiada langsung tenaga.. tapi percayalah dan yakinlah HATI ITU HARUS DIUBATI DENGAN KEKUATAN DAN KETABAHAN.. agar ia bisa terus gagah dalam berjuang.

yang terakhir ana letakkan TAWAKAL

bila REDHA menjadi asas, ACTION menjadi bahan , maka pengakhirannya haruslah dengan TAWAKAL.. tawakal itu selayaknya apabila telah berusaha bersungguh-sungguh jalan terakhir adalah dengan BERSERAH DIRI PADA ALLAH..hanya padaNya kita pohon sepenuh harapan tentang soal hati yang sakit,duka,remuk, dan bermacam2 perkara yang dirasa. YAKIN PADA ALLAH KERNA DIA KETAHUI SETIAP PERIHAL HAMBANYA. rintihlah segala permasalahan mu disepertiga malam..sujud dan tadah tanganmu memohon seribu satu kekuatan pada ALLAH dan pasti kamu akan temui jalan keluar dan CAHAYA yang mu cari selama ini.

akhir kalam..tidak banyak perkara yang ana ingin nyatakan..kerna melalui REDHA-ACTION-TAWAKAL[ RAT] ..insyaAllah soal hati itu akan bisa diubati sedikit demi sedikit. maka duhai sahabat jangan SEDIH dan resah tentang SOAL HATI..kembalikan pada DIA MAHA MENGETAHUI..ayuh kita berganding bahu dan saling mendoakan saudara seislam kita ini agar terus kuat berjuang walau likunya payah..AYUH BANGKITLAH MENUJU ALFALAH.. salam perjuangan ^_^

>> hidup bukan untuk GAGAL.tapi kegagalan pasti akan terjadi sepanjang kehidupan ini.hanya jika terus-menerus bangkit dari gagal barulah boleh kita katakanhidup ini adalah untuk KEJAYAAN.

>>kebanyakan orang terus gagal dalam hidup kerna berhenti atau menyerah kalah pada tempat dia sendiri tidak menyedaribetapa dekatnya tempat berhenti itu dengan kejayaan .sudah terlalu hampirtetapi berhentidan menyerah kalah.