Showing posts with label khas buat teman. Show all posts
Showing posts with label khas buat teman. Show all posts



Hari itu datang tanpa ku pinta
Lantas mataku terus menerus mengalirkan air mata
semakin lama semakin deras
semakin lama semakin sesak dadaku
beralun-alun nafasku ini.....
sungguh berat rasanya untuk menerima kenyataan itu
seribu satu kerisauan dan penyesalan bertubi-tubi menerjah ruang fikiran
segala harapanku ibarat kaca hancur berderai dihempas batu jalanan
ya ALLAH mampukah diri ini hadapi semua ini
ya ALLAH apakah yang harus ku lakukan
apakah masih ada sinar harapan untuk ku bangun semula
sungguh setiap sesuatu itu tersimpan hikmah tersembunyi
DidatangkanNYA ujian tanda kasih sayang DIA terhadapmu
apakah kamu lupa..
lupa siapa pemilik dirimu??!!!
apakah kamu lupa..dengan sekelip mata sahaja Dia mampu mengubah segala-galanya
disuatu sudut syaitan durjana membisikkan agar kamu terus leka..
terus menerus dalam perasaan berduka dan putus asa
disudut kecil dalam hati mu itu berbicara..
yakinlah duhai insan..
yakinlah duhai manusia..sesungguhnya segala apa yang kamu usahakan ini pasti ada balasannya
ikhlaskan hatimu menerima qada dan qadarNYA
Allah sedang melihat mu dan mendidikmu
mendidik agar hati kuat berjuang
melatihmu agar terus cekal hati dalam melangkah
dan merindui rintahanmu untuk mengharapkan bantuan yang Maha Esa
Ingatlah ALLAH tidak pernah meninggalkan hambaNYA meski sesaat cuma
tinggal kita sebagai hambaNya sentiasa sahaja leka dan alpa
leka apabila diberi kenikmatan
alpa andai dipenuhi wang berjuta-juta
dan lupa andai kesenangan menjelma
lantas dimana jiwa hamba untuk mengharap dan meminta
lantas dimana jiwa yang penuh keinsafan mengharap belas dariNYA
sesungguhnya jawapan itu akan hadir pada si pemilik cinta ILAHI
seorang hamba yang tidak gentar hadapi ujian
yang dalam hatinya itu penuh dengan rasa kebergantungan penuh kepada Sang Pencipta
yang dalam setiap langkahnya itu sarat dengan iman yang utuh dan jitu
kerna hamba itu yakin dipenghujung jalan itu pasti ada sinar kejayaan
andai kejayaan itu bukan dilihat dalam kaca mata dunia
namun yang pasti di akhirat sana hamba itulah yang paling kaya diantara yang kaya
hamba itu bukan sesiapa melainkan diri kamu sendiri..
p/s: dalam menuju perubahan diri AKU yang harus dimulai dahulu
diri AKU juga yang harus menyatakan AKU BOLEH BERJAYA
dan dalam diri AKU ini harus YAKIN PADA YG MAHA SATU..
ALLAHUAKHBAR!!!!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..



Ku lontarkan pandanganku ke jendela dan termangu sendirian. Tangan kananku erat memegang surat cintaMu yang baru ku selesai menatapnya sebentar tadi. Ku hela nafasku dalam-dalam dan terasa sesak dadaku semakin menusuk. "Ya Rabb , berikanlah sedikit waktu buatku" rintih ku dalam hati mengharap belas ihsan Pencipta kepada hambaNya yang lemah lagi hina.

Masih terimbas di mataku wajah seseorang yang sangat ku sayangi , yang ku bisikkan dalam setiap doaku moga dia dalam perlindunganMu. Ku hela lagi nafas perlahan-lahan dan kini air mataku semakin deras mengenangkan peristiwa itu. Peristiwa yang benar-benar mengeruhkan persahabatan kami.


" Ah, selama ini rupa-rupanya kau buat-buat baik pada aku. Tidak aku sangka rupanya kaulah yang mencuri assignmentku. Orang yang aku percaya rupanya kaulah yang menjadi duri dalam daging. Mulai hari ini kau bukan kawan aku, kita sudah putus hubungan persahabatan."

Ya Allah masih terngiang-ngiang katanya yang terakhir itu. Lantas semakin kuat ku genggam surat cintaMu. Biarlah ku tanggung penderitaan ini sendiri. Hanya padaMu ku bergantung harap. Aku redha kiranya meski di penghujung nyawaku Mu ambil ini daripadaku kerana aku tahu sesungguhnya pasti Mu ingin gantikan dengan yang lebih baik.


Masih ku ingat pertama kali ku ingat kali pertama mengenalimu. Sewaktu itu kita sama-sama memasuki kem kembara anjuran persatuan di kampus. Itulah kali pertama ku menemuimu setelah ku pengsan sewaktu riadah pagi. Masih ku ingat wajahmu yang tenang menjagaku dan ku tahu namu melalui tag nama yang tertulis "Zinnirah". Mulai saat itu kita semakin rapat dan semakin mengenal sampai kita melangkah ke tahun akhir di dalam bidang pergigian.


Namun semua itu tinggal kenangan semata kerana sebuah peristiwa yang tanpa soal siasat mahupun bertanyakan padaku sendiri hujung pangkal. Terusan mu menghukumku dan membuat tuduhan yang benar-benar luluhkan hatiku.


"Sumayyah, mari ikut saya ke bilik pembedahan waktu kamu telah tiba. Kuatkan semangat ya insyaAllah semuanya akan berjalan lancar." kata seorang doktor yang berusia dalam lingkungan seusia ayahku. Doktor inilah yang merawatku dari dahulu lagi yang ku anggap seperti bapa ku sendiri kerana dia juga sebenarnya kawan ayah ku. Nama yang tertera di tag di poket kanannya Dr.Naufal yang padaku merupakan doktor yang sangat berwibawa dalam tugasnya. Ku doakan moga Dr. Naufal dan keluarganya dilindungi Allah selalu doaku di dalam hati. "Doc, nanti boleh sampaikan ini pada Zinnirah. Tolong ya sampaikan" itulah ucapanku dan permintaanku yang terakhir dengan senyuman.


Masih ku ingat semasa ku dalam keadaan separa sedar Dr. Naufal berbicara dengan seorang jururawat. Apa yang ku dengar secara sayup-sayup adalah aku hanya punya 30 peratus untuk sembuh. Tika itu bagai halilintar menusuk jiwaku hanya istighfar mengiringin air mata tanpa sesiapa disisi kecualiMu.


*******


"Dr Naufal, di mana pesakit yang di bilik A 2710??" tanya Zinnirah dalam kegelisahan yang terpancar dari riak wajahnya. Sejurus itu Zinnirah terlihat sekujur tubuh di usung dari teater pembedahan dan dia tahu itu adalah AKU!!!... Terjelupuk dia rebah melihat ku tidak lagi bernyawa. Tika itu yang ada hanyalah jasadku yang pucat lesi dan mataku tertutup rapat.

Jururawat terus memapah Zinnirah ke bilik A 2710 sambil ditemani linangan air mata. Tika itu Dr. Naufal melaksanakan amanah terakhirku dengan memberikan sepucuk kertas bewarna hijau pucuk pisang kepadanya. Segala isinya berbunyi begini.


ANDAI KU PERGI......


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Buat sahabatku yang ku sayangi kerana Allah ..

seindah namamuu Zinnirah yang sentiasa ada di hatiku..Maafkan ku kerana tidak bisa berterus terang denganmu tentang kesakitan yang ku alami. Aku benar -benar tidak mahu membebani mu dengan permasalahan ku sedang ku tahu mu sudah cukup terbeban dengan masalah yang begitu banyak. Bersabarlah sahabatku sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar dan bertaqwa. Maaf kerana tidak ku sembunyi lagi kesakitan ini, kesakitan yang Allah sahaja yang tahu betapa peritnya. Ketumbuhan di kepalaku semakin membesar dan sebab itu jugalah aku sering kali pengsan sewaktu berjalan untuk pergi atau pulang ke kuliah. Pada awalnya aku hanya ingat ia adalah kesan daripada kemalangan yang meragut seluruh keluargaku. Kesan darah beku yang ku sedia maklum sejak dahulu lagi namun kata doktor ia tidak merbahaya.

Lantas ku fikir hanya pening-pening biasa kerana tidak makan atau kerana cuaca. Namun semakin hari semakin parah rasanya. Dihadapan mu ku hanya mampu tersenyum dan membuat riak ceria kerana aku benar-benar ingin melihat mu tersenyum gembira.


hanya ucapan maaf dapat ku sampaikan padamu kerana menyembunyikan banyak perkara darimu. Aku benar-benar tidak mahu membebani mu dengan permasalahanmu.

Aku juga mohon maaf atas kejadian tempoh hari. Sebenarnya aku mengambil assignmentmu untuk ditunjuk kepada Puan Umairah agar dia dapat memberi komen kepada kerja berkumpulan kita. Sesungguhnya tidak pernah terlintas difikiranku untuk mengambil kerja assignment kita bersama untuk kepentingan sendiri. Ku benar-benar ingin menberitahumu tentang pengambilan kertas assignment itu tapi bateri telefon bimbitku sudah mati lantas ku teruskan niat berjumpanya. Pada tika itu ku fikir untuk melakukan semakan draft terakhir sebelum menghantarnya minggu hadapan . Namun kerana itu kita menjadi semakin jauh dan akhirnya tiada.


Namun duhai sahabatku Zinnirah tidak pernah ku salahkan kamu, kerana mungkin ia berpunca dariku yang tidak meminta izin dari mu untuk membawa draft terakhir. Sesungguhnya sejak kejadian itu aku menjadi semakin lemah dengan kesakitan yang semakin parah. Hanya Allah menjadi sandaranku ketika itu. Dari jauh ku melihat mu bersama dia yang mengfitnahku tentang aku menggunakan assignment itu untuk mendapat markah tinggi dari pensyarah.

Namun aku juga telah memaafinya, kerana aku pasti setiap kebatilan akan muncul kebenaran.

Setiap malam di sujudku hanya harap mu sentiasa di rahmati Allah selalu, semoga jika kamu bersama dia kamu lebih bahagia. Tidak mengapalah aku redha. Sesungguhnya setiap yang kamu miliki itu bukan milik yang kekal. Yang kekal hanyalah pemilik segalaNya yakni ALLAH.


duhai sahabatku Zinnirah akhir kalamku..


sesungguhnya aku menyayangimu kerana Allah, andai perpisahan itu menjadi satu kegembiraan bagimu aku terima, kerana aku benar-benar ingin kamu bahagia.

Pesanku hanya satu dalam mengejar kebahagiaan , jadikanlah Allah sandaranmu, jadikan Alquran dan Sunnah sebagai sayap kiri dan kanan mu untuk menuju jalan redhaNya.

Tafsir Alquran yang ku belikan satu buat mu dan satu buatku moga mu semat ia didalam hati mu. Gunakan ia sehingga akhir hayatmu meski ku tiada lagi di dunia ini. Biar ia menjadi penawar dukamu dan senyum tawamu. Andai ku pergi dan tidak kembali lagi ingatlah meski apapun mu adalah sahabatku dunia dan akhirat dan sesungguhnya aku ingin sekali bersamamu berjalan berpimpinan ke JANNATULFIRDAUSI..


salam akhir dariku Summayyah Anisah ... :)

assalamualaikum w.b.t . kepada sahabat pembaca. sekian kalinya ana memohon jutaan kemaafan diatas kelewatan update blog ini kesekian kalinya.. setelah beberapa lamanya laptop ana tidak berfungsi alhmdulillah kini telah kembali normal seperti sedia kala.. ana panjatkan kesyukran pada Allah masih memberi ruang buat ana menulis di sini..

kali ini ana hanya posting secara ringkas untuk mengucapkan kemaafan yang kesekian kalinya.sesungguhnya begitu banyak input yang ana ingin kongsikan dengan kalian untukk perkongsian bersama..insyaAllah moga dapat dimanfaatkan pada diri ana dan sahabat2..
jari jemari ini pastas bergerak dan bagaikan tidak mahu berhenti untuk menyatakan dan menulis sesuatu buat santapan rohani kita semua.. inysaAllah ana akan nukilkan di dalam masa terdekat kerana sekarang ana masih lagi dalam tempoh imtihan..doakan ana dan sahabat yang lain ya..moga kita sama2 kuat dan berjaya dalam imtihan dengan cemerlang ..amin

akhir kata ...ana hanya ingin ukirkan salam penuh kemaafan diatas kelewatan update kerna masalah yang tidak dapat dielakkan.. moga kita sama2 kuat mujahadah dan istiqamah dalam setiap apa yang kita lakukan..renungi kata2 dibawah...khas buat sahbat yang ana sayangi kerana Allah..

" Biar renggang di fana dunia, biar hina dimata manusia, biar semangat semakin tua,
biar harta semakin tiada, biar akal semakin berusia , biar jauh kedudukan kita , biar jurang pangkat kita.
jangan tergadai silaturrahim antara kita"