Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..



Ku lontarkan pandanganku ke jendela dan termangu sendirian. Tangan kananku erat memegang surat cintaMu yang baru ku selesai menatapnya sebentar tadi. Ku hela nafasku dalam-dalam dan terasa sesak dadaku semakin menusuk. "Ya Rabb , berikanlah sedikit waktu buatku" rintih ku dalam hati mengharap belas ihsan Pencipta kepada hambaNya yang lemah lagi hina.

Masih terimbas di mataku wajah seseorang yang sangat ku sayangi , yang ku bisikkan dalam setiap doaku moga dia dalam perlindunganMu. Ku hela lagi nafas perlahan-lahan dan kini air mataku semakin deras mengenangkan peristiwa itu. Peristiwa yang benar-benar mengeruhkan persahabatan kami.


" Ah, selama ini rupa-rupanya kau buat-buat baik pada aku. Tidak aku sangka rupanya kaulah yang mencuri assignmentku. Orang yang aku percaya rupanya kaulah yang menjadi duri dalam daging. Mulai hari ini kau bukan kawan aku, kita sudah putus hubungan persahabatan."

Ya Allah masih terngiang-ngiang katanya yang terakhir itu. Lantas semakin kuat ku genggam surat cintaMu. Biarlah ku tanggung penderitaan ini sendiri. Hanya padaMu ku bergantung harap. Aku redha kiranya meski di penghujung nyawaku Mu ambil ini daripadaku kerana aku tahu sesungguhnya pasti Mu ingin gantikan dengan yang lebih baik.


Masih ku ingat pertama kali ku ingat kali pertama mengenalimu. Sewaktu itu kita sama-sama memasuki kem kembara anjuran persatuan di kampus. Itulah kali pertama ku menemuimu setelah ku pengsan sewaktu riadah pagi. Masih ku ingat wajahmu yang tenang menjagaku dan ku tahu namu melalui tag nama yang tertulis "Zinnirah". Mulai saat itu kita semakin rapat dan semakin mengenal sampai kita melangkah ke tahun akhir di dalam bidang pergigian.


Namun semua itu tinggal kenangan semata kerana sebuah peristiwa yang tanpa soal siasat mahupun bertanyakan padaku sendiri hujung pangkal. Terusan mu menghukumku dan membuat tuduhan yang benar-benar luluhkan hatiku.


"Sumayyah, mari ikut saya ke bilik pembedahan waktu kamu telah tiba. Kuatkan semangat ya insyaAllah semuanya akan berjalan lancar." kata seorang doktor yang berusia dalam lingkungan seusia ayahku. Doktor inilah yang merawatku dari dahulu lagi yang ku anggap seperti bapa ku sendiri kerana dia juga sebenarnya kawan ayah ku. Nama yang tertera di tag di poket kanannya Dr.Naufal yang padaku merupakan doktor yang sangat berwibawa dalam tugasnya. Ku doakan moga Dr. Naufal dan keluarganya dilindungi Allah selalu doaku di dalam hati. "Doc, nanti boleh sampaikan ini pada Zinnirah. Tolong ya sampaikan" itulah ucapanku dan permintaanku yang terakhir dengan senyuman.


Masih ku ingat semasa ku dalam keadaan separa sedar Dr. Naufal berbicara dengan seorang jururawat. Apa yang ku dengar secara sayup-sayup adalah aku hanya punya 30 peratus untuk sembuh. Tika itu bagai halilintar menusuk jiwaku hanya istighfar mengiringin air mata tanpa sesiapa disisi kecualiMu.


*******


"Dr Naufal, di mana pesakit yang di bilik A 2710??" tanya Zinnirah dalam kegelisahan yang terpancar dari riak wajahnya. Sejurus itu Zinnirah terlihat sekujur tubuh di usung dari teater pembedahan dan dia tahu itu adalah AKU!!!... Terjelupuk dia rebah melihat ku tidak lagi bernyawa. Tika itu yang ada hanyalah jasadku yang pucat lesi dan mataku tertutup rapat.

Jururawat terus memapah Zinnirah ke bilik A 2710 sambil ditemani linangan air mata. Tika itu Dr. Naufal melaksanakan amanah terakhirku dengan memberikan sepucuk kertas bewarna hijau pucuk pisang kepadanya. Segala isinya berbunyi begini.


ANDAI KU PERGI......


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Buat sahabatku yang ku sayangi kerana Allah ..

seindah namamuu Zinnirah yang sentiasa ada di hatiku..Maafkan ku kerana tidak bisa berterus terang denganmu tentang kesakitan yang ku alami. Aku benar -benar tidak mahu membebani mu dengan permasalahan ku sedang ku tahu mu sudah cukup terbeban dengan masalah yang begitu banyak. Bersabarlah sahabatku sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar dan bertaqwa. Maaf kerana tidak ku sembunyi lagi kesakitan ini, kesakitan yang Allah sahaja yang tahu betapa peritnya. Ketumbuhan di kepalaku semakin membesar dan sebab itu jugalah aku sering kali pengsan sewaktu berjalan untuk pergi atau pulang ke kuliah. Pada awalnya aku hanya ingat ia adalah kesan daripada kemalangan yang meragut seluruh keluargaku. Kesan darah beku yang ku sedia maklum sejak dahulu lagi namun kata doktor ia tidak merbahaya.

Lantas ku fikir hanya pening-pening biasa kerana tidak makan atau kerana cuaca. Namun semakin hari semakin parah rasanya. Dihadapan mu ku hanya mampu tersenyum dan membuat riak ceria kerana aku benar-benar ingin melihat mu tersenyum gembira.


hanya ucapan maaf dapat ku sampaikan padamu kerana menyembunyikan banyak perkara darimu. Aku benar-benar tidak mahu membebani mu dengan permasalahanmu.

Aku juga mohon maaf atas kejadian tempoh hari. Sebenarnya aku mengambil assignmentmu untuk ditunjuk kepada Puan Umairah agar dia dapat memberi komen kepada kerja berkumpulan kita. Sesungguhnya tidak pernah terlintas difikiranku untuk mengambil kerja assignment kita bersama untuk kepentingan sendiri. Ku benar-benar ingin menberitahumu tentang pengambilan kertas assignment itu tapi bateri telefon bimbitku sudah mati lantas ku teruskan niat berjumpanya. Pada tika itu ku fikir untuk melakukan semakan draft terakhir sebelum menghantarnya minggu hadapan . Namun kerana itu kita menjadi semakin jauh dan akhirnya tiada.


Namun duhai sahabatku Zinnirah tidak pernah ku salahkan kamu, kerana mungkin ia berpunca dariku yang tidak meminta izin dari mu untuk membawa draft terakhir. Sesungguhnya sejak kejadian itu aku menjadi semakin lemah dengan kesakitan yang semakin parah. Hanya Allah menjadi sandaranku ketika itu. Dari jauh ku melihat mu bersama dia yang mengfitnahku tentang aku menggunakan assignment itu untuk mendapat markah tinggi dari pensyarah.

Namun aku juga telah memaafinya, kerana aku pasti setiap kebatilan akan muncul kebenaran.

Setiap malam di sujudku hanya harap mu sentiasa di rahmati Allah selalu, semoga jika kamu bersama dia kamu lebih bahagia. Tidak mengapalah aku redha. Sesungguhnya setiap yang kamu miliki itu bukan milik yang kekal. Yang kekal hanyalah pemilik segalaNya yakni ALLAH.


duhai sahabatku Zinnirah akhir kalamku..


sesungguhnya aku menyayangimu kerana Allah, andai perpisahan itu menjadi satu kegembiraan bagimu aku terima, kerana aku benar-benar ingin kamu bahagia.

Pesanku hanya satu dalam mengejar kebahagiaan , jadikanlah Allah sandaranmu, jadikan Alquran dan Sunnah sebagai sayap kiri dan kanan mu untuk menuju jalan redhaNya.

Tafsir Alquran yang ku belikan satu buat mu dan satu buatku moga mu semat ia didalam hati mu. Gunakan ia sehingga akhir hayatmu meski ku tiada lagi di dunia ini. Biar ia menjadi penawar dukamu dan senyum tawamu. Andai ku pergi dan tidak kembali lagi ingatlah meski apapun mu adalah sahabatku dunia dan akhirat dan sesungguhnya aku ingin sekali bersamamu berjalan berpimpinan ke JANNATULFIRDAUSI..


salam akhir dariku Summayyah Anisah ... :)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang




Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah sementara dan yang kekal abadi tentulah akhirat sana yang kita tidak ketahui dimanakan kita akan berada di penghujungnya. Apakah kita akan dijemput dengan haruman SYURGA atau diseret ke NERAKA yang apinya menjulang tinggi tanpa mengenal erti siapa kita sewaktu hidup kita. Tika itu tiada lagi pangkat atau kuasa sebagai nilai, harta yang mengunung bukan menjamin kita ke syurga, malahan anak-anak juga tidak dapat membela kita.




Tika kita dihisab kelak hanya AMALAN yang baik dan diredhai Allah akan menjadi bekalan atau tiket untuk kita ke syurga. Perkara lain yang kita peroleh seperti hartanah yang luas berekar-ekar, wang berjuta-juta, kereta yang berderet itu tidak mampu memberi apa-apa makna buat kita kelak untuk ke syurga abadi.



Duhai sahabatku, sesungguhnya ALLAH telah memberi pilihan buat kita untuk memilih sesuatu yang memberi manfaat dan seribu satu kebaikan buat kita. Namun mengapa kita masih tidak cuba reload amalan kita untuk mendapatkan tiket ke SYURGA yang indah lagi dipenuhi dengan bermacam-macam nikmat. Di sana tiada penghuninya yang berduka lara, tiada yang menjadi tua, dan semuanya dalam keadaan ceria dan bahagia sentiasa.




Namun mengapa kita sudah ketahui segala kelebihan dan ganjaran itu tapi kita kadangkala memandang enteng perihal ini. Malahan kita kadang kala tanpa rasa bersalah berulang kali melakukan dosa yang sebenarnya bukan sahaja menambah kredit point ke destinasi NERAKA malahan telah menempah kesengsaraan dan kepedihan seksaan di akhirat sana..




ana tidak mahu bicara panjang mengenai ini..sesungguhnya kita sedia maklum akan keadaan ini.. ayuh kita sama-sama fikirkan apakah yang sebaiknya buat kita.. apakah kita mahu kehidupan yang kita idamkan ini berakhir dengan SUKA dan BAHAGIA atau DUKA dan SENGSARA..




nah ana tinggalkan kalian dengan persoalan yang kita sama-sama fikirkan jawapannya..




tiket yang manakah kita menempahh ??

salam alaik pada sahabat yang ana sayangi kerana ALLAH..

sahaja ana ingin kongsikan sebuah lagu yang pada ana secara peribadi tersimpul seribu satu makna. Ayuh kita sama-sama hayati bait-bait lagu ini dan jadikan ia sandaran dan pemangkin dalam sebuah perjuangan mengenal Allah...




LANGKAH TERCIPTA



Semalam aku kelukaan

kecewa kehampaan

mencalar ketabahan

mimpi yang sering ku harapkan

menjadi kenyataan namun tak kesampaian

Allah ...ingin ku hentikan langkah ini

bagai tak mampu untuk ku bertahan

semangat tengelam..lemah daya

haruskah aku mengalah..Namun jiwaku berbisik..inilah dugaan


Dan mataku kini terbuka..pada hikmah dugaan..uji keimanan

Tak dilontarkannya ujian..di luar kekuatan..setiap diri insan

Allah..pimpinlah diriku.. untuk bangun semula.. meneruskan langkah

perjuangan ini..cekalkan hati dan semangatku..kurniakan ketabahan

agar mimpi jadi nyata semula..padaMu KU meminta

daku mohon agung kudratMu..wahai Tuhan yang Satu..segalanya dariMu


lagu:Bazli

Lirik: Bazli dan Atie (Hijjaz record)






Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang






setiap hari pasti kita akan menemui pelbagai jenis masalah tidak kiralah dari masalah peribadi sehinggalah kepada masalah negara yang menjadi topik perbincangan antara pemimpin-pemimpin negara. Kita sering dihujani dengan konflik diri sama ada kita mampu atau tidak untuk menghadapi masalah yang mendatang. Apakah kita mampu untuk melakukan semua ini dalam sehari. " runsing kepala nie dengan macam-macam masalah, kan senang hidup tanpa masalah, tanpa ada kesedihan. Hidup penuh dengan keceriaan ,ketenangan dan kegembiraan" pasti ada diantara kita semua yang terdetik di hati untuk merasa begini. Ana akui ana juga pernah terdetik begini. Sudah menjadi lumrah pastinya kita nak yang mudah, yang cepat dan hasil yang terbaik dalam penyelesaian masalah. Nah apakah kita pernah terfikir realiti kehidupan ini sememangnya SUKAR tapi sebenarnya bukan SUSAH. Ayuh kita bersama tukar paradigma kita terhadap apa yang kita lihat dalam kehidupan ini.






Mari ana bawakan kalian kepada persoalan berikut:-




apakah tujuan kehidupan ku ini ? apakah hanya menjadi seorang pekerja yang bekerja siang malam untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik? apakah aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang ini? Mengapa meski aku kerja sebaiknya mengapa masih tidak dinaikkan pangkat? Tidak dinaikkan gaji malahan pujian pun tidak ada? mengapa semakin aku cari duit untuk kehidupanku semakin tidak mencukupi? malahan semakin banyak hutang dikeliling pinggangku? serabut kepalaku dengan masalah ini? siapakah yang mampu tolongku? kawan..ahh hanya datang bila ku dapat gaji? bila ku terdesak tiada siapa peduli? mengapa hatiku tidak tenang ? selalu sahaja tidak tenang?? aduh kusut-kusut... makin difikir makin kusut kepala ini..








baiklah sekarang kita tarik nafas dalam-dalam.. kita tenangkan fikiran sebentar. mari ana bawakan persoalan ini sebagai jawapan kepada persoalan di atas. Ana dapat lihat pasti ada yang mengerutkan dahi .." mengapa pula persoalan di jawab dengan persoalan??" baiklah untuk sahabat mengetahui jawapannya ayuh kita susuri persoalan berikut. Sama-sama kita baca dan biarkan hati kecil berbicara..






selama ku hidup pernahkah sekaliku merenung apa tujuan aku di hidupkan di muka bumi ini? apakah hanya untuk mengaut nikmat dunia yang sampai ke hujung nyawa tidak pernah cukup? apakah cukup diriku mengenal SANG PENCIPTA yang memberikan segala kenikmatan terhadap diriku? apakah sewaktu susah sahaja aku mencari dan mengadu pada Dia? apakah sewaktu ku mendapat kejayaan atau rezeki ucapan pertama yang meniti di binirku adalah alhamdulillah? apakah aku benar-benar mengambakan cintaku hanya pada pemilik cinta hakiki ataupun ku menjadi hamba kepada cinta selainNya? apakah sewaktu ku sakit ku anggap itu penyucian atau kifarah dosa lalu atau hanya keluhan dan rengekkan yang terpacul di bibirku? Pernahkan bila ku punya rezeki yang berlebihan ku kongsi bersama mereka yang memerlukan? apakah aku benar-benar mengenali ISLAM dalam erti kata sebenar bukan hanya pada namaku? apakah aku bisa menjawab persoalan-persoalan tentang rukun islam dan rukun iman dengan cara berhikmah? apakah ku mampu tersenyum di ku dikritik pedas oleh orang sekeliling? apakah ku bisa sabar dikala orang menabur fitnah terhadap diriku ??




Duhai sahabat yang ana sayangi kerana Allah persoalan yang mula-mula ana nyatakan diatas dan disusuli dengan persoalan di perengan kedua ini sebenarnya adalah jawapannya. Sesungguhnya ana juga masih mencari jawapan sebenar melalui hati kecil ana untuk ana jadikan bekalan di dalam hayat ini. Marilah kita sama-sama mencari jawapan kepada persoalan itu kerana bukan teori semata tidak kira dalam sumber buku, internet atau apa sahaja yang ana mahukan. Namun apakah lebih baik kita meletakkan dua sumber ini menjadi SATU yakni sumber ILMU dan sumber HATI kecil yang berbisik. Ana yakin bila ana dan kalian mendapat jawapan itu sesungguhnya kita menjadi orang PALING BAHAGIA kerana kita bisa TERSENYUM walau PAHIT dugaan yang kita harus telan.. ayuh kita bersatu hati bersama mengejar KEJAYAAN HAKIKI MENUJU JANNATULFIRDAUSI (>.<)



Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...


alhmdulillah kali ini ana letakkan posting yang santai buat tatapan semua. kredit kepada seorang sahabat ana sewaktu berbual dengannya tercetus satu ilham melalui perbualan tersebut (>.<)


'wah, cantiknya..."," cun ar dia tu..", "lawanya...kat mana ye awak beli barang nie".. inilah salah satu kata-kata yang selalu kita ungkapkan bila kita melihat sesuatu yang cantik di pandangan mata. Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia biasanya akan memilih sesuatu perkara itu yang pertama sekali pastinya kerana CANTIK atau dalam erti kata lain indah, atau sejuk mata memandang. apabila sesuatu itu cantik pastinya ia dapat menarik perhatian ramai pihak. pasti ramai yang akan memuji akan kecantikan yang dimiliki oleh si pemilik kecantikan. Tapi pernahkah kita memikirkan siapakah pencipta kepada si cantik itu...jawapannya pastilah Allah pemilik segala kecantikan dan kesempurnaan setiap yang ada di alam ini.




Ayuh ana bawakan satu lagi persoalan.. cuba sahabat semua perhatikan gambar di atas.. sahabat melihat ada tiga tangkai bunga mawar yang berlainan warna kan.. baiklah kali ini ana minta sahabat memilih yang mana satu pilihan hati untuk dijadikan hiasan meja sebagai contoh..
pastinya ada yang menyatakan " saya memilih biru kerana warnanya unik dan menarik" dan mungkin juga ada yang memilih antara kuning atau merah dan begitu lah sebegitu dan sebgini sebabnya. oleh itu dapat dilihat disini sedangkan ada tiga jenis warna mawar begitu banyak pendapat yang akan menyatakan yang mengapa mereka memilihnya masakan pilihan warna dan fizikal keadaan sesuatu perkara itu untuk dinilai.
Nah terbuktilah sesungguhnya kecantikan itu abstrak di setiap mata individu bak kata pepatah " rambut sama hitam hati lain-lain". sesungguhnya kita tidak bisa untuk meletakkan sesuatu itu cantik pada pandangan fizikal atau luaran sesuatu objek atau material kerana pasti ada yang bercanggah pendapat dengan kita . malahan dapat juga dilihat sesungguhnya kecantikan luaran itu adalah pinjaman semata dari Allah kepada si cantik atau si lawa atau siapa sahaja.




Kita seharusnya bersyukur atas kecantikan yang kita ada kerana sebenarnya kecantikan itu bukan hanya di lihat melalui luaran semata. Luaran yang tidak menjamin apa-apa bila masa semakin berlalu, usia semakin meningkat , rambut semakin memutih, kulit semakin kendur dan berkedut.. tapi apa yang kekal adalah kecantikan dalaman kita. Kecantikan dalaman yang akan diingati buat selama-lamanya meski kita sudah tiada di dunia ini..kecantikan akhlak dan budi pekerti yang menjadikan kita disenangi dan tenang bersama orang di sekeliling kita..kecantikan ini kecantikan yang Allah, manusia malahan seisi dunia menyenanginya...nah apa kita tunggu lagi marilah kita hiasi diri dengan kecantikan ini.. kerana kecantikan inilah yang membawa dirimu dan juga diriku ke jannatulfirdausi..insyaAllah ayuh kita bersama untuk cantik.. !!




Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..



Jam menunjukkan pukul 2.40 petang, tika itu ku sedang bersantai di hadapan televisyen . Tiba-tiba ku dengar telefon ku berdering tanda mesej masuk. Pantas ku capai dan ku lihat mesej dari sahabatku mengenai keadaan yg berlaku kpd kapal Mavi Marvara yang diserang Israel semasa dalam perjalanan ke Gaza. Memohon doa agar Allah bantu mereka dalam misi yang dipanggil sebagai LifeLine4Gaza. Ana tanpa memikir panjang terus sahaja meng'forward ' kepada sahabat-sahabat ana yang lain. Hari ini sahaja ana melihat angka korban telah menjangkau 15 orang dan ramai yang lain adalah cedera. Ya Allah sebak hati ana melihat mengapa mereka yang tidak berdosa ini diserang tanpa belas kasihan. Mereka ini hanyalah sukarelawan dan wartawan yang dikumpulkan dari serata pelosok dunia untuk menghantar bekalan makanan ke Gaza. bukannya senjata atau bahan api yang lain yang boleh mengancam nyawa orang awam.

kerana sifat kedengkian dan tiada perikemanusian oleh pihak Israel, mereka menyerang konvoi ini tanpa belas kasihan. Bermacam persoalan yang bermain di fikiran ana tika ini.



tuntas ana buka web sosial yang selalu ana masuki, banyak info , video malahan pendapat serta protes sahabat-sahabat terhadap apa yang berlaku. sejenak ana terfikir begitu banyak hikmah disebalik kejadian yang mengemparkan dunia. Antara yang ana dapat pelajari adalah:-




1. membuka mata banyak pihak terutamanya yang dahulunya pro-israel tentang kekejaman israel terhadap mereka yang tidak berdosa.

2.melihatkan betapa kejadian ini memberi satu bentuk penyatuan umat Islam dalam memperjuangkan agama Allah.

3.menyedarkan diri betapa perlunya ada kerjasama dan penyatuan ummah agar Islam kembali ke zaman kegemilangannya

4.melihat ke dalam diri apakah sumbangan diri dalam bukan sahaja memprotes kejadian yang berlaku malahan tindakan susulan seperti mengambil berat tentang infomasi terkini mengenai konvoi LifeLine4Gaza dll.


akhir kata, moga sekurang-kurangnya kita mengambil sedikit iktibar diatas perkara yang berlaku kepada saudara seislam ini. Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH buat mereka yang gugur syahid di medan perjuangan dan buat mereka yang masih meneruskan misi kita mohon agar ALLAH lindungi mereka dan kuatkan semangat mereka. ayuh kita bersama ke satu kiblat yang sama ..Allahuakhbar~~!!