Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah setelah beberapa ketika terhenti menulis di dalam blog ini akhirnya masih diberi segenap kesempatan untuk menukilkan sesuatu. Pada 13 februari yang lalu ana bersama sahabat ana telah menghadiri satu forum yang ana kira sangat menarik. Forum ini telah dianjurkan oleh PEMBINA cawangan Shah Alam dengan kerjasama fakulti kejuruteraan kimia. Seperti yang tertera di atas tajuk diatas telah dibincangkan oleh dua orang panelis yang datangnya bukan calang-calang orang. Mereka bawakan Ustazah Fatimah Syarha yakni seorang novelis terkenal seperti Tautan Hati dan Pemilik Cintaku Selepas ALLAH dan Rasul dari sudut pandang si baju kurung . Tidak terkecuali untuk mengambil tempat dan ruang untuk si baju melayu oleh Ustaz Sarip Adul.




Apa yang ana cuba kongsikan kali ini adalah sedikit sebanyak intipati yang ana ingin kongsikan bersama sahabat yang ana sayangi sekalian. Secara amnya forum ini berkisarkan persoalan CINTA yang sering disalah ertikan konsepnya dan pembinaan individu serta baitul muslim yang hebat. Oleh yang demikian post kali ini kiranya sedikit panjang dari kebiasaan . Ana berharap sama-sama kita mengambil manfaatnya.






  1. APA ITU CINTA????


Disini persoalan ini telah diulas panjang oleh ustazah fatimah syarha. Menurutnya cinta didefinasikan sebagai kecenderungan terhadap sesuatu. Melalui ibnu Qayyim cinta juga dikategorikan sbagai:-





  • Al-a'laqah: keadaan yang ingin selalu berhubungan


  • Al- taqqiyum: penghambaan


Menurut beliau andai cinta itu tidak disalurkan kepada niat untuk ke arah kebaikan ataupun ke arah pernikahan lantaran zina hati akan menjadi penyakitnya. Tambahan pula seandainya cinta itu hadir ke dalam diri seharusnya individu muslim itu seharusnya bermula dengan menjaga batas pergaulan dan menghindari daripada zina (hati,mata,diri dll).





2. Bercinta sebelum berkahwin



Persoalan ini dihuraikan dengan panjang lebar namun ana mengambil ringkasan dari kata-kata panelis antaranya termasuklah:-





  • setiap perlakuan atau perbuatan kita mestilah dilakukan dalam batasan syarak malahan setiap perlakuan itu ada hukum yang harus diikuti.


  • jikalau kita tidak memelihara maruah diri sebagai seorang individu muslim itulah yang akan mencorakkan generasi atau ulama kecil yang kita bakal lahirkan pada masa hadapan. Oleh itu, ingatlah bahawasanya dengan memelihara diri dengan melakukan amalan soleh insyaALLAH akan menemui pasangan yang soleh @ solehahah dan membina baitulmuslim yang zuriat itu datang dalam KEBERKATAN ALLAH TAALA.




3. Persoalan kahwin muda atau kahwin dalam belajar.



Menurut ustaz Sarip Adul beberapa kriteria berikut harus ada dalam melengkapi berkahwin pada usia muda antaranya termasuklah:-





  • Mampu urus diri :


seorang remaja yang mampu mengurus dirinya dengan baik dari segi pembelajarannya, kewangannya malahan setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan hikmah insyaALLAH mampu membina baitulmuslim yang baik.





  • matang:


ciri ini ditekankan kerana pada pendapat panelis ada dikalangan ibubapa yang melihat ke dalam diri ana mereka masih belum matang dari pelbagai sudut. Ada dikalangan individu yang masih belum mampu berdikari dari pelbagai sudut. Tambahan pula, kematangan itu harus dibina dengan sebaiknya melalui membaiki diri ke arah lebih baik dari semasa ke semasa lantaran usia sudah menginjak dewasa. Latih diri untuk cuba membuktikan kematangan diri kepada ibubapa.





  • memahami konsep rumah tangga dalam islam


disini urusan membina masjid bukan sahaja melihatkan dua jiwa menjadi pasangan yang sah malahan TANGGUNGJAWAB selepas lafaz 'aku terima nikahnya' menjadi penekanan.



Disini, baitul muslim yang dibina memerlukan bukan hanya pengetahuan tetapi kefahaman sebenar yang harus dititikberatkan.





Oleh yang demikian , ana berharap sedikit perkongsian diatas apa yang ada dapat melalui forum ini sedikit sebanyak memberi manfaat ke dalam diri. Persoalan CINTA merupakan persoalan yang harus kita salurkan ke arah untuk mencapai redha ALLAH bukan semata-mata semudah kata ' I love U' ataupun ' saya sayang awak'. Ia menuntut kesediaan dan kefahaman serta penjagaan hati dan jiwa agar senantiasa dalam pengawasan ALLAH TAALA.



Duhai sahabat, janganlah kerana cinta manusia yang bukan halal pada kita menuntut kita semakin jauh dari ALLAH. Andai kalian yang sudah mempunyai suri hati , pada si berbaju melayu petiklah si baju kurung dengan cara MULIA. Cara yang menuntut keredhaan ALLAH dan restu AYAH IBU si gadis. Peliharalah maruah diri kalian dan maruah orang yang kalian sayang untuk sama-sama bukan menjerumuskan ke lembah kehinaan tetapi ke arah mengapai redha ALLAH. Untuk si gadis manis berbaju kurung, pagari dirimu dengan KEIMANAN yang jitu terhadap ALLAH serta teguhkan PRINSIP dirimu agar terus menjadi mawar berduri di taman larangan.



Akhir kalam, sekadar perkongsian ringkas buat sahabat semua. Jangan biarkan cinta itu membinasakan diriku kearah kehinaan sedangkan CINTA SEBENAR adalah cinta yang membawa dirimu, keluarga, dan masyarakat ke arah menuju jannatulfirdausi. Memohon seribu kemaafan andai ada terguris hati atas kata-kata. Wallahualam ;)