
GURUKU
Lihatlah sinar mata mereka
Segala ilmu dan keringat hanyalah…
Hanyalah untuk anak-anak bangsa
Setiap hari tanpa penat dan jemu 
Mengajar manusia agar menjadi insan yang berjaya
Terima kasih guruku
Tanpa kamu wahai guru
Aku umpama perantau yang tidak tahu destinasinya
Umpama bintang tanpa cahaya
Umpama layang –layang terputus talinya..
Guruku
Jauh nun disana 
Masih setia berbakti
Di sekolah lama
Dengan jiwa yang membara
Tidak terungkap dengan kata-kata
Betapa aku bersyukur
Kerana punya guru seperti mu
Mengajar aku erti kehidupan 
Membimbing aku ke arah yang benar
Mendidik aku menjadi insan cemerlang
Tidak akan ku lupakan 
Wahai guruku
Segala ilmu yang kau curahkan
Segala nasihat yang diberikan
Akan menjadi panduan dalam hidupku
Aku mengharap sekelumit cuma
Keberkatan dan doa dari mu
Untuk aku mengecapi sebuah …..KEJAYAAN!!!!!
 
 


 
 

 

 



2 comments:
salam'alaykum..
huhu~ moga kamu bisa menegakkan panji islam..!
ittaqillah!
syukran ya ukhti..mudah-mudahan..
Post a Comment