Assalammualaikum pada sahabat2 sekalian yg ana kasihi kerana Allah.. selawat dan salam keatas Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda yang kuat dalam berjuang tanpa kenal erti penat dan jemu..MasyaAllah bila memikirkan dan mengenang atau membaca sirah para anbia yang terdahulu membuat hati ini meruntun hiba..betapa jauhnya diri ini berbanding mereka..

posting kali ini ana bawakan tajuk yang lebih santai buat tatapan dan renungan sahabat semua..
mungkin ada diantara kita terfikir apalah yang ana cuba nak sampaikan sebenarnya ini..
hurmm ok ..ana suka sekali memanggil tetamu yang membaca blog ana ini sebagai sahabat..rasanya lebih dekat di hati ( ceyhh tag line tv9..hehe)..bukan apa ingin mengimbau sebuat cerita atau nostalgia lama mengenai suatu perkara..ana seorang sahabat ana perlah memberi mesej yang lebih kurang begini..

siapakan saya kepada diri anda??
>> seorang kawan, sahabat , atau teman..

lalu dengan senang hati ana menjawab sahabat dan teman

lalu dibalas begini lebih kurang..

kawan: bersamamu tika senang sahaja
sahabat: bersama tika senang dan susah
teman: bersamamu susah dan senang serta dekat di hati

bila diimbas kembali mesej ini ana termenung sendiri..mencari sebuah erti kepada persoalan tersebut..mungkin ada yang berfikir itu hanya forward mesej yang tidak punya apa2 makna..
tapi entah mengapa sekeping hati ini sehingga kini masih mencari-cari sebuah makna yang tersihat di dalam sebuah perkataan SAHABAT...

kala ini cuba kita sama2 renungkan didalam ramai2 rakan kita tidak kiralah dari zaman muda2 dahulu ketika di tadika, terus ke alam persekolahan , alam universiti, dan seterusnya pekerjaan dan akhir sekali di akhir usia kita.. adakah insan yang bernama sahabat ini di dalam titian hidup kita?? jika ada berapa ramaikah mereka ini?? apakah nilai mereka di dalam diri kita secara peribadi.mari kita sama2 renungkan

apa yang cuba bawakan sebenarnya mungkin ada gertus hati sahabat sekalian yang menyatakan" ahh rasanya tiada siapa pun yang mampu memahami diri ini..hanya bersama tika ketawa..tapi bila duka semuanya lesap..hilang ..buat2 x kenal".. keadaan ini ana x nafikan kerna manusia juga pelbaga ragam dan karenah..bak peribahasa 'rambut sama hitam tapi hati laian2"
tenangkan hatimu duhai sahabat..bukan SIAPAKAH ATAU KUANTITI SAHABAT ANDA yang ana cuba sampaikan tetapi KUALITI SEORANG SAHABAT ITU..tika ini mesti ada yang tertanya apalah yang anti cuba katakan nie

disini ana ingin meletakkan beberapa persoalan yang kita sama2 renungkan dan sambil itu kita koreksi diri kita apakah kita sudah melakukan seperti di bawah:

  1. menjadi tempat pengaduan sahabat tika diperlukan
  2. memberi teguran dengan jujur dan ikhlas tanpa menyakiti hatinya
  3. mengajak melakukan aktiviti pengisian rohani bersama-sama.
  4. menyayangi dirinya melebihi diri sendiri.
  5. menjaga maruahnya dan mengenang jasanya.
justeru itu , jika ada dikalangan sahabat kita punya keseluruhan ciri diatas atau sedikit sebanyak ciri diatas ana ucapkan syabas dan teruskan lah perjuangan kalian dalam menjadi sahabat yang baik. sahabat ini merupakan anugerah dari Allah kepada diri kita supaya menjadi orang yang kuat berjuang . dialah yang memberi semangat kepada kita disaat kita jatuh tersungkur dan penyokong kita tika kita senang.. ya Allah betapa mulia nya seorang sahabat dan wang ringgit itu tidak mampu dibayar dengan seorang sahabat sejati..

oleh itu sahabat, sama2 lah kita cuba untuk menjadi SAHABAT SEJATI di dalam proses MENCARI SAHABAT... kerna iAllah jika kita mencuci hati dan muhasabah diri dalam menjadii sahabat sejati yakinlah secara tidak langsung kita akan meraih "hadiah" yakni sahabat sejati.
jika kini anda telah punya mereka..ingatlah hargailah mereka sementara ada. Sayangi mereka sesungguhnya kerana Allah..Tautkan ukhwah yang dibina dengan kesetiaan dan kejujuran sebagai resepinya..insyaAllah ia akan berkekalan selamanya..

renungilah kata2 ini:

>>"ukhwah itu terbina atas ranting kejujuran, bertunjangkan mahabbah fillah, lalu membuahkan kemanisan ikatan, jika terpesong ibarat patahlah rating reputlah akarnya. lalu rosaklah buah pokoknya. Teman itu tidak semestinya dekat pada jarak tetapi yang sentiasa diingati dalam setiap doanya"

>>ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada penghujungnya. Dicantum demi cintaNya dan diratib demi redhaNya.

p/s: renung-renungkan mutiara kata tadi..udah-mudahan dapat memberi manfaat kepada yang menulis dan kepada yang membaca..wallahualam..salam perjuangan sahabatku ^_^


salam ziarah pada semua..asif kali nie tiada entri yang ana ingin kongsikan secara panjang lebar huraiannya..hanya sekadar luahan kata2 untuk renungan bersama..


'apakah kita pernah terfikir sejenak dan melihat seraut wajah ibu ayah kita..yang membesarkan kita dengan penat lelah..dikala keringat masih belum kering..tika badan belum hilang penatnya ..mereka terus menerus menggunakan segala kudrat yang ada untuk mncari rezeki dan sesuap makanan buat kita...apakah kita berfikir sejenak adakah satu hari nanti kita mahu membalas jasa mereka..sesungguhnya sebanyak mana pun yang kita cuba berikan tidak akan dapat dibanding dengan nilai jasa mereka itu...namun itu tidak bermakna kita tidak perlu membalas apa2..tapi haruslah cuba membahagiakan mereka.masi tergiang-ngiang di telinga kala ibuku berkata : anis , mak x harapkan harta yang menggunung cukuplah anak dengan kasih sayang dan perhatian mu pada emak dan ayah di kala ku di hujung usia..huhu sebak rasanya..duhai ibuku akan ku semat dalam2 kata2 mu..akan ku cuba sedaya upaya ku unutk membahagiakanmu..doa mu merupakan kekuatanku dalam berjuang.."

oleh itu duhai sahabatku..marilah sama2 kita renungkan..apakah HADIAH yang inig kita berikan buat mereka ini..renung2kanlah dan sayangilah mereka sementara masih punya waktu.. takut2 nanti kita kita hanya mampu menangis di penghujung waktu..kala itu segalanya sudah terlewat..

GURUKU

Lihatlah sinar mata mereka

Segala ilmu dan keringat hanyalah…

Hanyalah untuk anak-anak bangsa

Setiap hari tanpa penat dan jemu

Mengajar manusia agar menjadi insan yang berjaya

Terima kasih guruku

Tanpa kamu wahai guru

Aku umpama perantau yang tidak tahu destinasinya

Umpama bintang tanpa cahaya

Umpama layang –layang terputus talinya..

Guruku

Jauh nun disana

Masih setia berbakti

Di sekolah lama

Dengan jiwa yang membara

Tidak terungkap dengan kata-kata

Betapa aku bersyukur

Kerana punya guru seperti mu

Mengajar aku erti kehidupan

Membimbing aku ke arah yang benar

Mendidik aku menjadi insan cemerlang

Tidak akan ku lupakan

Wahai guruku

Segala ilmu yang kau curahkan

Segala nasihat yang diberikan

Akan menjadi panduan dalam hidupku

Aku mengharap sekelumit cuma

Keberkatan dan doa dari mu

Untuk aku mengecapi sebuah …..KEJAYAAN!!!!!


Salam kasih sayang ku pada semua yg sudi membaca blog nie ( erm jika adalah)..huhu rsenye lama sgt x update blog nie..nak edit template pun masih tercari-cari..hoho ( iAllah nanti ana explore lg)..
apa yang ana nak katakan sbnarnye nie..haisshh..

baiklah ana mulakan dgn lafaz bismillahirahmanirrahim..selawat dan salam kepada Rasulullah penghulu ummah serta para sahabat baginda.. syukur kepada Allah atas kesempatan yang masih berulang-ulang kali diberikannya tanpa jemu..Ya Allah sungguh ku malu padaMu..kerna masih banyak khilaf diri..malahan selalu sahaja lalai dan alpa..syukur yg x terhingga ku pnjatkan atas segala apa yg Mu kurniakan buat ku...


dimana ana nak mulakn post kali nie..baiklah melihat sahaja pd title diats ana katakan SYUKUR..
pada pendapat pembca sekalian apakah yang kita lihat atau terlintas di benak fikiran dgn perkataan ini..

walaupn ringkas tapi penuh dgn maksudnya..pada kefahaman ana syukur itu maknanya perasaan berterima kasih atau menghargai apabila diberikan sesuatu perkara..okey mari kita lihat pada contoh yang lebih mudah..as an example biler kiter dpt hadiah dari seseorang yang rapat dengan kita..kirenye special lah kan..( jgn hanya fikir bf atau gf..) skopkan lbih luar kepada sahabt handai..jadi apakah yang kita rasa ya..pastinya perasaan berbunga-bunga..rasa mahu simpan elok2 pemberian shbt tu..jika boleh x nak buka pembalut hadiah..biar tersimpan rapi di dalam peti kaca..hehe..tp di sini apa kah ingin ana mahu ungkitkn adalah manakah yg lebih penting bagi kalian..adakah pemberi hadiah atau hadiah yg diberikan?? dalam konteks org yang memberi tu seorg yang istimewa di hati.. pastinya ramai akan menjawab si pemberi hadiah lah kan..hehehe btul dan tepat skali..

baiklah apa yang ana cuba leraikan dalam erti syukur ini adalah antara kita (penerima hadiah), nikmat( hadiah) dan pemberi hadiah ( Allah s.w.t)...apakah kita penerima hadiah ini ada sifat SYUKUR tersemat dlm hati apabila dibri hadiah..mungkin ada yang tanya hadiah apakah itu..

bagus soalan tu..di sini hadiah bukanlah hanya dilihat dr segi materialistik semata-mata tapi lebih kepada yang x dpt dilihat..seperti yang paling mudah nyawa kita..Dialah pemilik segala-galanya dari hujung rambut hingga hujung kaki..apakah kita pernah terfikir apakah kita tidak akan bernafas lagi selepas saat nie..apakah kita mengenang adakah kita masih punya waktu dan masa tika itu untuk bertaubat setelah melakukan dosa..apakah kita mengira bagaimanakah cara kita dijemput malaikat maut nanti..adakah ditarik nyawa dgn perlahan-lahan atau disentap sekelip mata..renungkan dalam2 apakah amal dan bekalan yang kita bawa...apakah tika itu kita baru ingin fikir perihal SYUKUR pada pemberi hadiah( Allah)..sesungguhnya tika itu sudah terlewat sahabat ku..TERLEWAT...kerna tika itu tiada gunanya lagi tag line " jika aku..", 'kalaulah dulu.."," andai aku ingat dlu pesan mereka..", dan lain2 lagi..

renungilah " katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya , ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang kamu telah kamu kerjakan." ( surah Al-Jumu'ah: 8)

apa yang ana cuba simpulkan disini adalah belajar lah untuk wujudkan rasa SYUKUR dalam dirimu..kerna Allah itu amat menyukai hambaNya yg byk bersyukur kepadanya apabila diberi nikmat dan SABAR apabila diberi ujian..masyaAllah betapa Allah Maha Penyayang pada hambaNya..tp kita sebagai penerima hadiah pernahkah bersyukur walau sekelumit cuma kepadaNYA..sama2 lh kita renungkan...

hargailah apa yang kita kecapi sekarang ..ingatlah 5 PERKARA sebelum 5 perkara:-

  • hidup sebelum MATI
  • kaya sebelum MISKIN
  • sihat sebelum SAKIT
  • senang sebelum SUSAH
  • luas sebelum SEMPIT
andai ada slh silap di mana2 posting ana silalah berikan comment2 anda..moga dgn itu dpt memperbaiki lg blog ana dr semasa ke semasa iAllah..akhir kalam..moga tinta yg ana nukilkn ini dpt memberi sedikit kesedaran pada diri ana n anda semua..salam alaik..


salam..rasanya sudah lama tidak menulis sedikit cebisan kata-kata di sini.. detik demi detik tanpa sedar dah menginjak kepada satu lagi semester dalam pengajianku..
ya Allah begitu pantas masa berlalu..antara sedar atau tidak semester ini penuh bermakna bagi diriku..( ish buat luahan perasaan pula).. disini tidak banyak yang ana mampu coretkan hanya sekadar ingin mengucapkan selamat menduduki imtihan pada sahabat2 tidak kiralah adik2 yang hendak menduduki peperiksaan akhir tahun atau spm..moga Allah mudahkan setiap urusan kalian insyaAllah.. kepada sahabat seperjuagan juga yang masing2 sibuk untuk final exam yang mengira detik teruskan usaha anda menelaah pelajaran..

Di sini ana hendak mengingatkan diri ana serta sahabat2 semua..moga kita tidak hanya mengisi masa kita dengan hanya persiapan untuk exam tapi haruslah seimbang dengan ukhrawi..semakin kita sibukkan diri dengan ulangkaji yang tidak putus2 apa kata kita juga sibukkan diri dengan pengisian rohani ...teringat kata2 seorang sahabat ana ( MURNI ..hehe).. jika 2 jam kita peruntukkan untuk ilmu duniawi..luangkan 2 jam juga untuk dating dengan Allah..disini tidak bermaksud dengan hanya solat sunat..tetapi muhasabah diri dan membaca Alquran serta zikrullah juga dianjurkan...jadi sahabat2 sekalian marilah sama2 kita cuba mempertingkatkan kredit kita bukan sahaja kredit untuk mengejar kejaaan di dunia..malahan yang lebih dianjurkan adalah kredit ke akhirat..insyaAllah..sekian salam kasih sayang kerana Allah dariku..( ^_^)