Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah setelah beberapa ketika terhenti menulis di dalam blog ini akhirnya masih diberi segenap kesempatan untuk menukilkan sesuatu. Pada 13 februari yang lalu ana bersama sahabat ana telah menghadiri satu forum yang ana kira sangat menarik. Forum ini telah dianjurkan oleh PEMBINA cawangan Shah Alam dengan kerjasama fakulti kejuruteraan kimia. Seperti yang tertera di atas tajuk diatas telah dibincangkan oleh dua orang panelis yang datangnya bukan calang-calang orang. Mereka bawakan Ustazah Fatimah Syarha yakni seorang novelis terkenal seperti Tautan Hati dan Pemilik Cintaku Selepas ALLAH dan Rasul dari sudut pandang si baju kurung . Tidak terkecuali untuk mengambil tempat dan ruang untuk si baju melayu oleh Ustaz Sarip Adul.




Apa yang ana cuba kongsikan kali ini adalah sedikit sebanyak intipati yang ana ingin kongsikan bersama sahabat yang ana sayangi sekalian. Secara amnya forum ini berkisarkan persoalan CINTA yang sering disalah ertikan konsepnya dan pembinaan individu serta baitul muslim yang hebat. Oleh yang demikian post kali ini kiranya sedikit panjang dari kebiasaan . Ana berharap sama-sama kita mengambil manfaatnya.






  1. APA ITU CINTA????


Disini persoalan ini telah diulas panjang oleh ustazah fatimah syarha. Menurutnya cinta didefinasikan sebagai kecenderungan terhadap sesuatu. Melalui ibnu Qayyim cinta juga dikategorikan sbagai:-





  • Al-a'laqah: keadaan yang ingin selalu berhubungan


  • Al- taqqiyum: penghambaan


Menurut beliau andai cinta itu tidak disalurkan kepada niat untuk ke arah kebaikan ataupun ke arah pernikahan lantaran zina hati akan menjadi penyakitnya. Tambahan pula seandainya cinta itu hadir ke dalam diri seharusnya individu muslim itu seharusnya bermula dengan menjaga batas pergaulan dan menghindari daripada zina (hati,mata,diri dll).





2. Bercinta sebelum berkahwin



Persoalan ini dihuraikan dengan panjang lebar namun ana mengambil ringkasan dari kata-kata panelis antaranya termasuklah:-





  • setiap perlakuan atau perbuatan kita mestilah dilakukan dalam batasan syarak malahan setiap perlakuan itu ada hukum yang harus diikuti.


  • jikalau kita tidak memelihara maruah diri sebagai seorang individu muslim itulah yang akan mencorakkan generasi atau ulama kecil yang kita bakal lahirkan pada masa hadapan. Oleh itu, ingatlah bahawasanya dengan memelihara diri dengan melakukan amalan soleh insyaALLAH akan menemui pasangan yang soleh @ solehahah dan membina baitulmuslim yang zuriat itu datang dalam KEBERKATAN ALLAH TAALA.




3. Persoalan kahwin muda atau kahwin dalam belajar.



Menurut ustaz Sarip Adul beberapa kriteria berikut harus ada dalam melengkapi berkahwin pada usia muda antaranya termasuklah:-





  • Mampu urus diri :


seorang remaja yang mampu mengurus dirinya dengan baik dari segi pembelajarannya, kewangannya malahan setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan hikmah insyaALLAH mampu membina baitulmuslim yang baik.





  • matang:


ciri ini ditekankan kerana pada pendapat panelis ada dikalangan ibubapa yang melihat ke dalam diri ana mereka masih belum matang dari pelbagai sudut. Ada dikalangan individu yang masih belum mampu berdikari dari pelbagai sudut. Tambahan pula, kematangan itu harus dibina dengan sebaiknya melalui membaiki diri ke arah lebih baik dari semasa ke semasa lantaran usia sudah menginjak dewasa. Latih diri untuk cuba membuktikan kematangan diri kepada ibubapa.





  • memahami konsep rumah tangga dalam islam


disini urusan membina masjid bukan sahaja melihatkan dua jiwa menjadi pasangan yang sah malahan TANGGUNGJAWAB selepas lafaz 'aku terima nikahnya' menjadi penekanan.



Disini, baitul muslim yang dibina memerlukan bukan hanya pengetahuan tetapi kefahaman sebenar yang harus dititikberatkan.





Oleh yang demikian , ana berharap sedikit perkongsian diatas apa yang ada dapat melalui forum ini sedikit sebanyak memberi manfaat ke dalam diri. Persoalan CINTA merupakan persoalan yang harus kita salurkan ke arah untuk mencapai redha ALLAH bukan semata-mata semudah kata ' I love U' ataupun ' saya sayang awak'. Ia menuntut kesediaan dan kefahaman serta penjagaan hati dan jiwa agar senantiasa dalam pengawasan ALLAH TAALA.



Duhai sahabat, janganlah kerana cinta manusia yang bukan halal pada kita menuntut kita semakin jauh dari ALLAH. Andai kalian yang sudah mempunyai suri hati , pada si berbaju melayu petiklah si baju kurung dengan cara MULIA. Cara yang menuntut keredhaan ALLAH dan restu AYAH IBU si gadis. Peliharalah maruah diri kalian dan maruah orang yang kalian sayang untuk sama-sama bukan menjerumuskan ke lembah kehinaan tetapi ke arah mengapai redha ALLAH. Untuk si gadis manis berbaju kurung, pagari dirimu dengan KEIMANAN yang jitu terhadap ALLAH serta teguhkan PRINSIP dirimu agar terus menjadi mawar berduri di taman larangan.



Akhir kalam, sekadar perkongsian ringkas buat sahabat semua. Jangan biarkan cinta itu membinasakan diriku kearah kehinaan sedangkan CINTA SEBENAR adalah cinta yang membawa dirimu, keluarga, dan masyarakat ke arah menuju jannatulfirdausi. Memohon seribu kemaafan andai ada terguris hati atas kata-kata. Wallahualam ;)








Assalammualaikum w.b.t;


Alhamdulillah setelah sebegitu lama tidak ana mengemaskini blog ini , akhirnya diberi jua sedikit kesempatan untuk menukilkan sesuatu buat peringatan diri sendiri dan sahabat semua yang ana sayangi kerana ALLAH. Pertama sekali ana ingin mengucapkan kemaafan diatas kekurangan nukilan atau 'posting' di blog ini. Namun atas ruang dan peluang yang ALLAH beri ini mudahan dapat ana manfaatkan sebaiknya untuk manfaat bersama insyaALLAH.


Setelah berapa ketika berjauhan dengan keluarga tercinta terdetik di hati untuk berbicara tentang mereka tentang usrati (keluargaku) tetapi dari sudut pandang yang lebih meluas dan bukannya khusus kepada keluargaku (hehehehe..).


Usrati..keluargaku..my family atau lain-lain bahasa yang mengambarkan sebuah masyarakat atau sekelompok kecil yang dianggotai oleh sepasang suami isteri yang berjawatan ibubapa dan ahli jawatan kuasa pengerak adalah anak-anak mereka. Sesungguhnya tanpa izin ALLAH dan ketabahan seorang ibu dalam sarat mengandungkan kita selama 9 bulan kita pasti tidak merasa kasih sayang seorang ibunda dan menghirup nafas di bumi ALLAH ini. Oleh itu bersyukurlah kita pada pemilik yang Hakiki, yang Maha Mengetahui setiap yang di langit dan dibumi di setiap saat dan ketika.


Kali ini sahaja ana ingin menggunakan pendekatan dari hati ke hati untuk kita sama-sama menyelusuri perasaan seorang insan yang bernama IBUNDA. Seorang insan yang jika tiada dia di dunia maka tiada siapa yang mampu mengantikan kasih sayang dan lembut sentuhannya melainkan kasih sayang ALLAH kepada kita.


IBUNDA . Itulah seuntai kata yang sedari kita didalam kandungannya , telah wujudnya kasih sayang yang tidak berbelah bagi buat anaknya. Seuntai kasih yang tidak mampu dinyatakan dengan kata-kata betapa kasihnya ibu sedari kecil lagi membelai lembut diri kita. Seorang ibunda yang sentiasa bersama kita ketika suka dan duka. Insan yang seusia kita menjengah kanak-kanak menyiapkan segala persiapan ke sekolah kita dengan sarapan, pakaian dan sebagainya. Ya ALLAH betapa ibu itu mulia disisiNya , bertarung nyawa di saat ingin melahirkan kita ke dunia.


Duhai sahabat yang ana sayangi. Ayuh kita duduk dan selami hati kecil ini bersama agar kita menyuburkan kembali kasih sayang kita buat ibunda.


setelah kamu melewati usia remajamu sudah berapa lama kamu menjadikannya sebagai ibu dan teman setiamu untuk mengadu segala perasaan dan permasalahan.

setelah usiamu meningkat , sudah berapa lamakah kamu tidak mendengar suara ibundamu dek terpisah kerana belajar atau bekerja di rantau orang .

setelah kamu berjaya sudah berapa kalikah kamu memohon agar diberi kemaafan dan restu disetiap perlakuan dan perbuatanmu selagi ia mengikuti syarak??

dan sudah berapa lamakah kamu tidak mengucap kata-kata CINTA kepada ibumu untuk menyatakan betapa kasih dan rindunya kamu kepadanya..

seberapa lamakah segala itu dan ini tidak kamu lakukan buat seorang ibu..



Duhai sahabatku, sesungguhnya bersyukurlah kita keran ALLAH mengurniakan kita seorang insan bernama IBU. Bagi mereka yang masih punya ibunda disisi ayuh kita gerakkan diri kita untuk menghargainya semasa hayatnya dan yang sudah kembali ke rahmatullah itu tidak bermakna ibunda tidak ada bersama kita. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh dan solehah itulah yang bisa menerangi pusaranya dan meringankan seksaannya di alam barzakh.


Terkadang semakin kita meningkat dewasa dan berjauhan dengannya ,kita tidak bisa tahu dan menyedari betapa rindunya seorang ibu kepada anaknya. Mungkin seorang ibu itu tidak menyatakan secara lisan tapi hatinya yang lembut itu pasti mengalir butir jernih tatkala mengimbas wajah anak yang tidak berjumpa sebulan, setahun, malahan berpuluh tahun setelah berjaya. Duhai sahabat, ingatlah sebagaimana keadaan ibunda kita , ia tetap ibunda kita yang wajib kita sayangi dan lindungi. Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibumu.


Ayuh sahabat kita gerakkan jiwa kita untuk sama-sama muhasabah diri betapa banyaknya khilaf kita pada ibu semenjak kita lahir hingga saat ini. Andai kamu bisa berkesempatan menemuinya atau paling kurang mendengarkan suaranya jangan berlengah. Teruskan menghubungi ibu untuk bertanya keadaannya yang terkini. Redha seorang ibu terhadap anaknya itu merupakan salah satu nikmat terbaik yang ALLAH berikan buat hambaNya untuk mendapat kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan di akhirat sana.


Akhir kalam, sayangilah ibumu, ciumlah tangannya dan kucuplah dahi dan pipi serta sujud pada kakinya memohon segala kemaafan atas segala dosa lalu. Lafazkanlah kasih sayangmu pada ibu sementara kamu masih melihat seraut wajah IBUNDA.. jangan nanti kamu menyesal di penghujung hari. Kerana tika itu segala sesalan sudah tidak berguna lagi..



Assalammualaikum sahabat yang ana muliakan kerana ALLAH. Alhmdulillah masih diberi kesempatan untuk menukilkan sesuatu di dalam blog ini. Mudahan ALLAH masih menjaga hati dan jiwa kita agar terus sentiasa berada dalam inaiyahNYA..

Kali ini ana ingin berkongsi dengan sahabat mengenai sebuah buku yang ana kira sangat menarik untuk kita sama-sama mengambil intipati atau mesej tersirat darinya. Buku yang ana maksudkan disini adalah novel yang bertajuk "Terasing" oleh Hilal Asyraf. Mungkin ada sahabat yang bertanya siapakah penulis ini. Sahaja ana katakan 'biarlah rahsia' seperti lagu dendangan seorang penyanyi tersohor di sini dan sahabat boleh mengunjungi websitenya di www.langitilahi.com dapatlah mengetahui lebih lanjut tentang dirinya malahan koleksi karyanya yang mendidik jiwa.

Baiklah cukup dengan pengenalan itu, apa yang ingin bawakan adalah intipati buku yang ana baca ini. Apabila kali pertama ana membaca tajuk buku ini terus ana berasa pelik mengapa namanya terasing. Namun sahabat percayalah andai kalian membeli buku ini kamu akan mengerti maksud tersiratnya( hehehe rahsia lagi ..) . Untuk pengetahuan sahabat buku ini berkisarkan dua orang sahabat iaitu Saifullah dan Zaman yang bersahabat baik dari sekolah lagi. Mereka telah berjanji untuk saling mengingati antara satu sama lain atas landasan cinta kerana ALLAH . Namun setelah tamat persekolahan tiada khabar berita daripada Zaman meskipun Saifullah telah cuba sedaya upaya untuk menghubunginya. Akhirnya mereka bertemu dengan izin ALLAH namun melalui pertemuan bersejarah itulah bermulanya pelbagai peristiwa yang bakal menguji ukhwah yang telah terbina sekian lama. Oleh itu, jika sahabat ingin mengetahui apakah penghujungnya kenalah beli buku yang ana utarakan ini.

Apa yang ana mampu simpulkan disini adalah mesej yang sangat kukuh dipegang melalui layar ceritanya iaitu PERSAHABATAN. Melalui jaringan persahabatan yang digarap menlalui gaya penulisan yang ringkas tapi menyentuh jiwa telah memberi seribu satu cambahan nilai murni seperti kejujuran, kepercayaan, dan setia kawan. Melalui novel islamik ini banyak mentarbiyah jiwa ana melalui banyaknya plot yang membawakan pergantungan total kepada ALLAH setelah berusaha bersungguh-sungguh. Ana kira novel ini lengkap dan sesuai untuk remaja khususnya yang memperlihatkan tema cinta yang tidak terbatas hanya kepada semasa manusia. Meskipun ada wujudnya tema cinta disini namun cinta yang dimaksudkan dalam novel ini adalah cinta yang berlandaskan cinta kepada ALLAH. Keyakinan yang jitu dan utuh tersemat dalam setiap karektor dan penekanan IMAN yang jika tidak terus disirami dengan ketaqwaan pasti akan menjerumus kita ke lembah kehinaan.

Oleh itu sahabat yang ana kasihi kerana ALLAH, tidak banyak yang ana mahu celotehkan. Cukuplah sekadar sedikit perkongsian yang ana dapat dari novel ini dan diharap sahabat dapat membacanya. Selain novel , penulis novel ini juga menghasilkan buku motivasi yang pada hemat ana sangat menarik. InsyaALLAH akan ana kongsikan pada masa akan datang.
Jadi apa tunggu lagi dapatkanlah novel ini dan ana pasti sahabat tidak akan rugi.Selamat membaca. Jazakallah khairan kathira.. =)
sekadar gabar hiasan.hehe)


Assalammualaikum w. b.t... Hehe kali ini ana bawakan resepi yang ringkas lagi cepat dan sedap. Setelah lama tidak memasak pencuci mulut terasa rindu pula ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang resepi ini. Selamat mencuba..!!!!


Bubur seuntai kasih

Bahan-bahannya adalah:
  1. kacang hijau (500 g atau mengikut kehendak individu)
  2. gula pasir ( secukup rasa)
  3. garam( secukup rasa)
  4. santan kelapa ( 1/2 biji atau mengikut kepekatan yg anda inginkan)
  5. durian atau sagu ( sebagai tambahan untuk menambah kesedapan)
  6. daun pandan ( sehelai untuk menaikkan aroma masakan ^_^ )
Cara-cara untuk memasak:
  1. Rebus kacang hijau sehingga kembang.
  2. Masukkan santan bersama daun pandan.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan durian atau sagu.
  5. Alhamdulillah setelah beberapa ketika ia sedia untuk dihidangkan bersama keluarga. :)
Dimulakan dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W. penghulu seluruh umat. Salam persaudaraan ana hulurkan kepada semua pengunjung blog ana. Alhmdulillah Allah masih beri sedikit ruang buat kita sama-sama untuk menimba ilmu dan berkongsi sedikit pengetahuan insyaALLAH di sini.
Pada awal perbicaraan ini , terlalu banyak bermain di minda ana. Apakah kiranya topik-topik yang sesuai untuk diutarakan untuk kita sama-sama peroleh manfaat. Alhamdulillah setelah membelek majalah kegemaran ana terlihat satu topik yang sangat menarik hati yakni " Ku ingin menjadi bidadarimu" di salah satu ruangan di majalah "Solusi".
Seperti yang kita sedia maklum bidadari itu sangat cantik, lemah lembut dan perawan. Malahan mempunyai akhlak yang sangat baik sesuai dengan firman Allah yang berbunyi:
'Di dalam syurga itu ada bidadari yang sopan menundukkan pandangannnya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka( para penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Mereka (bidadari) seumpama yakut dan marjan.
( surah al-Rahman 55:56-58)

alhamdulillah apabila ana membaca tafsir surat cinta ALLAH diatas terasa sesuatu didalam hati. Banyak persoalan yang timbul seperti apakah ku layak untuk menjadi bidadari syurga dengan dosaku yang banyak pd Rabb, apakah nanti setelah ku punya seorang suami mampukah ku layak menjadi bidadarinya di syurga, apakah ku layak untuk menjadi anak dan isteri yang solehah sebagai kredit ke syurga.. MasyaALLAH terlalu banyak khilaf diri ini pada ALLAH.
Namun sahabat yang ku sayangi kerana ALLAH (puteri khususnya..hehe) semoga kita sama-sama engejar matlamat yang satu. Mengejar redha ALLAH dan kita tahu redha ALLAH itu datangnya juga melalui redha IBUBAPA dan jika yang sudah mempunyai zauj maka redha ZAUJ dirinya juga diperlukan dalam hal ini.

Sahabatku kita ini sama masih banyak perkara yang harus diperbaiki di dalam diri agar kita semakin dekat dengan hidayah dan cinta ALLAH. Dialah pemilik cinta hakiki yang tidak terhitung kurniaanNya kepada kita hamba yang penuh dosa noda. Setiap apa yang berlaku dan terjadi kepada diri kita sudah cukup menunjukkan kebesaranNya. ALLAHHUAKHBAR!!
Apa yang mampu ana katakan disini adalah sungguh jika kita dapat menjadi bidadari syurga itu alangkah indahnya tapi apa yang terpenting adalah dalam mengejar MATLAMAT kita harus jelas dengan persediaan yang rapi dan teliti. Persiapan yang ana cuba maksudkan disini adalah termasuk:-
  1. pertingkatkan AMAL dan jauhkan perkara lagha yang Allah murka.
  2. Perbaiki hubungan kita dengan Pencipta dan manusia.
  3. Hiasi diri dengan akhlak terpuji.
  4. Bersihkan hati melaui proses muhasabah diri atau koreksi diri.
  5. bersama-sama mencari ilmu buka sahaja ilmu dunia malahan ilmu akhirat .( Perlu guru sebaiknya ).
  6. bersahabat dengan sahabat yang lebih mendekatkan kita dengan ALLAH( tarbiyah islamiyah).
Semoga checkist diatas sedikit sebanyak dapat kita sama-sama lakukan secara istiqamah dan memohon agar ALLAH kuatkan hati dalam melakukannya insyaALLAH.
Secara kesimpulannya, semoga sedikit perkongsian yang ana berikan ini buat sahabat semua dalam kita mengejar matlamat yang satu yakni mengejar redha ALLAH insyaALLAH moga ALLAH dapat menjadikan kita bidadari syurga untuk seorang lelaki bernama suami di destinasi jannatulfirdausi..

Ayuh kita bersama.. mencari cinta yang hakiki di perjalanan yang singkat ini. Semoga lirik lagu yang dipaparkan dibawah kita hayati dan ana tujukan khas buat puteri-puteri yang berkunjung disini( hehe..jangan marah kpd putera-putera ..ana doakan kalian ketemu puteri-puteri yang solehah >.<).. akhir kata salam perjuangan buat semua..ayuh kita cuba menjadi ' Bidadari Di Taman Firdausi' amin..

Bidadari

Artis:Munif Ahmad



Bidadari 2x Temanilah resahku Bidadari 2x Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati Semuanya kerana kau isteriku Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku
Bidadari 2x
Jadilah pedampingku
Bidadari 2x Jadilah sang setia Kerna cinta cinta suci Buktinya tidak pernah sepi Sepi daripada cubaan yang tak terduga Chorus *
Kau umpama bintang utara Penunjuk jalan yang terang Kau beri harapan saat ku jatuh Bangun semula Dan berikan sakti cintamu Penawar racun berbisa Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga