Salam kasih sayang ku pada semua yg sudi membaca blog nie ( erm jika adalah)..huhu rsenye lama sgt x update blog nie..nak edit template pun masih tercari-cari..hoho ( iAllah nanti ana explore lg)..
apa yang ana nak katakan sbnarnye nie..haisshh..

baiklah ana mulakan dgn lafaz bismillahirahmanirrahim..selawat dan salam kepada Rasulullah penghulu ummah serta para sahabat baginda.. syukur kepada Allah atas kesempatan yang masih berulang-ulang kali diberikannya tanpa jemu..Ya Allah sungguh ku malu padaMu..kerna masih banyak khilaf diri..malahan selalu sahaja lalai dan alpa..syukur yg x terhingga ku pnjatkan atas segala apa yg Mu kurniakan buat ku...


dimana ana nak mulakn post kali nie..baiklah melihat sahaja pd title diats ana katakan SYUKUR..
pada pendapat pembca sekalian apakah yang kita lihat atau terlintas di benak fikiran dgn perkataan ini..

walaupn ringkas tapi penuh dgn maksudnya..pada kefahaman ana syukur itu maknanya perasaan berterima kasih atau menghargai apabila diberikan sesuatu perkara..okey mari kita lihat pada contoh yang lebih mudah..as an example biler kiter dpt hadiah dari seseorang yang rapat dengan kita..kirenye special lah kan..( jgn hanya fikir bf atau gf..) skopkan lbih luar kepada sahabt handai..jadi apakah yang kita rasa ya..pastinya perasaan berbunga-bunga..rasa mahu simpan elok2 pemberian shbt tu..jika boleh x nak buka pembalut hadiah..biar tersimpan rapi di dalam peti kaca..hehe..tp di sini apa kah ingin ana mahu ungkitkn adalah manakah yg lebih penting bagi kalian..adakah pemberi hadiah atau hadiah yg diberikan?? dalam konteks org yang memberi tu seorg yang istimewa di hati.. pastinya ramai akan menjawab si pemberi hadiah lah kan..hehehe btul dan tepat skali..

baiklah apa yang ana cuba leraikan dalam erti syukur ini adalah antara kita (penerima hadiah), nikmat( hadiah) dan pemberi hadiah ( Allah s.w.t)...apakah kita penerima hadiah ini ada sifat SYUKUR tersemat dlm hati apabila dibri hadiah..mungkin ada yang tanya hadiah apakah itu..

bagus soalan tu..di sini hadiah bukanlah hanya dilihat dr segi materialistik semata-mata tapi lebih kepada yang x dpt dilihat..seperti yang paling mudah nyawa kita..Dialah pemilik segala-galanya dari hujung rambut hingga hujung kaki..apakah kita pernah terfikir apakah kita tidak akan bernafas lagi selepas saat nie..apakah kita mengenang adakah kita masih punya waktu dan masa tika itu untuk bertaubat setelah melakukan dosa..apakah kita mengira bagaimanakah cara kita dijemput malaikat maut nanti..adakah ditarik nyawa dgn perlahan-lahan atau disentap sekelip mata..renungkan dalam2 apakah amal dan bekalan yang kita bawa...apakah tika itu kita baru ingin fikir perihal SYUKUR pada pemberi hadiah( Allah)..sesungguhnya tika itu sudah terlewat sahabat ku..TERLEWAT...kerna tika itu tiada gunanya lagi tag line " jika aku..", 'kalaulah dulu.."," andai aku ingat dlu pesan mereka..", dan lain2 lagi..

renungilah " katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya , ia pasti menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang kamu telah kamu kerjakan." ( surah Al-Jumu'ah: 8)

apa yang ana cuba simpulkan disini adalah belajar lah untuk wujudkan rasa SYUKUR dalam dirimu..kerna Allah itu amat menyukai hambaNya yg byk bersyukur kepadanya apabila diberi nikmat dan SABAR apabila diberi ujian..masyaAllah betapa Allah Maha Penyayang pada hambaNya..tp kita sebagai penerima hadiah pernahkah bersyukur walau sekelumit cuma kepadaNYA..sama2 lh kita renungkan...

hargailah apa yang kita kecapi sekarang ..ingatlah 5 PERKARA sebelum 5 perkara:-

  • hidup sebelum MATI
  • kaya sebelum MISKIN
  • sihat sebelum SAKIT
  • senang sebelum SUSAH
  • luas sebelum SEMPIT
andai ada slh silap di mana2 posting ana silalah berikan comment2 anda..moga dgn itu dpt memperbaiki lg blog ana dr semasa ke semasa iAllah..akhir kalam..moga tinta yg ana nukilkn ini dpt memberi sedikit kesedaran pada diri ana n anda semua..salam alaik..


salam..rasanya sudah lama tidak menulis sedikit cebisan kata-kata di sini.. detik demi detik tanpa sedar dah menginjak kepada satu lagi semester dalam pengajianku..
ya Allah begitu pantas masa berlalu..antara sedar atau tidak semester ini penuh bermakna bagi diriku..( ish buat luahan perasaan pula).. disini tidak banyak yang ana mampu coretkan hanya sekadar ingin mengucapkan selamat menduduki imtihan pada sahabat2 tidak kiralah adik2 yang hendak menduduki peperiksaan akhir tahun atau spm..moga Allah mudahkan setiap urusan kalian insyaAllah.. kepada sahabat seperjuagan juga yang masing2 sibuk untuk final exam yang mengira detik teruskan usaha anda menelaah pelajaran..

Di sini ana hendak mengingatkan diri ana serta sahabat2 semua..moga kita tidak hanya mengisi masa kita dengan hanya persiapan untuk exam tapi haruslah seimbang dengan ukhrawi..semakin kita sibukkan diri dengan ulangkaji yang tidak putus2 apa kata kita juga sibukkan diri dengan pengisian rohani ...teringat kata2 seorang sahabat ana ( MURNI ..hehe).. jika 2 jam kita peruntukkan untuk ilmu duniawi..luangkan 2 jam juga untuk dating dengan Allah..disini tidak bermaksud dengan hanya solat sunat..tetapi muhasabah diri dan membaca Alquran serta zikrullah juga dianjurkan...jadi sahabat2 sekalian marilah sama2 kita cuba mempertingkatkan kredit kita bukan sahaja kredit untuk mengejar kejaaan di dunia..malahan yang lebih dianjurkan adalah kredit ke akhirat..insyaAllah..sekian salam kasih sayang kerana Allah dariku..( ^_^)



Salam ramadan buat semua..maaflah kepada sahabat2 kerana tidak punya banyak masa untuk update blog nie..masih dalam proses blajar..hurm dari mana ye nak mula.. ok pada detik awal ini biarlah kita mulakan dengan renungan..cuba bayangkan sekarang nie sudah masuk hari ke 27 ramadhan...agak2 sahabat lah bagaimanakah amalan kita pada ramadhan ini sudah mencapai piawai..maksud ana adakah telah dipenuhi hari2 dlm ramadhan itu dengan pengisian rohani seperti qiam, tadarus Al quran, zikrullah dan lain..( buat renungan ana juga)..adakah kita telah capai semuanya itu dan yang paling penting adakah melalui madrasah ramadhan ini secara tidak langsung dptkah kita terusan amalan sunat tersebut pada bulan2 lain..pada hemat ana kadang kala amalan2 sunat seperti yang ana sebut sebelum ini hanyalah dilakukan pada bulan ramadhan..namun sayang skali pada bulan2 lain kita tinggalkan..( nauzubillah moga dijauhkan).
seharusnya melalui madrasah radhan yang kita ambil ini mendidik diri kita untuk terus istiqamah dan terus istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah.. sebagai contoh jika semasa ramadah kita gunakan sehari satu juz dlm tadarus Alquran makanya cubalah untuk kita teruskan amalan tersebut pada bulan lain dan yang paling baik kita lakukan penambahbaikan..
masyaAllah betapa Allah itu Maha Penyayang ..secara peribadi ramadhan kali ini mempunyai makna tersendiri buat ana..pelbagai perkara yang kadang kala membuat hati kecil ini berasa gembira mahupun bersedih..itulah lumrah kehidupan kan..Allah knows best..akhir kalam apa yang ana nak simpulkan adalah moga di saat-saat akhir ramadah karim ini marilah kita memperbanyakkan lagi amalan bukannya belian (hehe..berpada2 dalam berbelanja). kerana kita tidak biasa ketahui adakah kita mampu menemui ramadhan akan datang..waallahualam..
oleh itu salam perjuangan buat sahabat2 ku ^_^

SAUDARA SEISLAM ITU

Saat ini…

Amat medebarkan

Amat mencemaskan…

Seorang demi seorang anak kecil..

Dibunuh…diseksa…dizalimi…

Dengan penuh sifat kezaliman dan kekejaman..

Tika epilog itu menghantui dunia..

Tika itu manusia mengalirkan air mata…

Tika itu manusia merintih simpati..

Tapi tak siapa yang dapat menduga..

Perasaan anak kecil Palestin di bumi anbia..

Keseorangan tanpa ibu bapa

Pangilan walid dan ummi kedengaran..

Teriakan bayi kecil berlumuran darah

Memecah kesunyian malam..

Seluru isi dunia ini…

Termasuk kita..

Wahai saudara seIslam..

Umat junjungan Rasulullah S.A.W

Masih nyenyak tidur diulit mimpi indah

Berselimut dan bertilam empuk

Tapi….

Saudara seIslam ….

Umat Rasulullah S.A.W

Sedang bertarung nyawa

Bermujahadah di jalan Allah

Memohon pertolonganNya Yang Maha Kuasa

Alangkah hinanya kita

Umat Islam

Masih bersuka ria dikala mereka berkelana

Mengaungkan Barat tanpa penghujungnya

Pernahkah terlintas di benak fikiran..

Pernah terdetik di hati

Untuk meghulur sedikit pertolongan

Untuk merasai sedikit penderitaan…keperitan

Tika aku terjaga dari tidurku..

Terlintas di hati bertapa thiqohnya aku

Lantas aku sucikan diriku dengan wuduk

Lantas mengangkat tadbir

untuk mendekatkan diriku kepada Mu

Tika itu..

Terasa Engkau dekat disisiku Ya Allah

Meskipun aku tidak berdaya untuk menolong mereka…

Anak –anak kecil berhati waja di bumi anbia

Namun …ku yakin doa yang ku panjatkan..

Buat mereka akan dimakbulkan oleh Nya

Amin ….Ya Rabbal A’lamin..

Terus mengalir air mataku di pipi

Tanda kesayuan meenung nasib saudaraku

Saudara itu Saudara SeIslamku!!!



Andainya Cinta Itu Hendak Diberi
www.iLuvislam.com
dihantar oleh: yayah
editor : kasihsayang


Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1.Kuat Pengamalan Agamanya
Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."



3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.


  • Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
  • Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.

.....DIAMBIL DARI ILUVISLAM....MOGA DPT MEMBERI MANFAAAT KPD YG MENULIS N YG MBACA INSYAALLAH..