Assalammualaikum sahabat yang ana muliakan kerana ALLAH. Alhmdulillah masih diberi kesempatan untuk menukilkan sesuatu di dalam blog ini. Mudahan ALLAH masih menjaga hati dan jiwa kita agar terus sentiasa berada dalam inaiyahNYA..

Kali ini ana ingin berkongsi dengan sahabat mengenai sebuah buku yang ana kira sangat menarik untuk kita sama-sama mengambil intipati atau mesej tersirat darinya. Buku yang ana maksudkan disini adalah novel yang bertajuk "Terasing" oleh Hilal Asyraf. Mungkin ada sahabat yang bertanya siapakah penulis ini. Sahaja ana katakan 'biarlah rahsia' seperti lagu dendangan seorang penyanyi tersohor di sini dan sahabat boleh mengunjungi websitenya di www.langitilahi.com dapatlah mengetahui lebih lanjut tentang dirinya malahan koleksi karyanya yang mendidik jiwa.

Baiklah cukup dengan pengenalan itu, apa yang ingin bawakan adalah intipati buku yang ana baca ini. Apabila kali pertama ana membaca tajuk buku ini terus ana berasa pelik mengapa namanya terasing. Namun sahabat percayalah andai kalian membeli buku ini kamu akan mengerti maksud tersiratnya( hehehe rahsia lagi ..) . Untuk pengetahuan sahabat buku ini berkisarkan dua orang sahabat iaitu Saifullah dan Zaman yang bersahabat baik dari sekolah lagi. Mereka telah berjanji untuk saling mengingati antara satu sama lain atas landasan cinta kerana ALLAH . Namun setelah tamat persekolahan tiada khabar berita daripada Zaman meskipun Saifullah telah cuba sedaya upaya untuk menghubunginya. Akhirnya mereka bertemu dengan izin ALLAH namun melalui pertemuan bersejarah itulah bermulanya pelbagai peristiwa yang bakal menguji ukhwah yang telah terbina sekian lama. Oleh itu, jika sahabat ingin mengetahui apakah penghujungnya kenalah beli buku yang ana utarakan ini.

Apa yang ana mampu simpulkan disini adalah mesej yang sangat kukuh dipegang melalui layar ceritanya iaitu PERSAHABATAN. Melalui jaringan persahabatan yang digarap menlalui gaya penulisan yang ringkas tapi menyentuh jiwa telah memberi seribu satu cambahan nilai murni seperti kejujuran, kepercayaan, dan setia kawan. Melalui novel islamik ini banyak mentarbiyah jiwa ana melalui banyaknya plot yang membawakan pergantungan total kepada ALLAH setelah berusaha bersungguh-sungguh. Ana kira novel ini lengkap dan sesuai untuk remaja khususnya yang memperlihatkan tema cinta yang tidak terbatas hanya kepada semasa manusia. Meskipun ada wujudnya tema cinta disini namun cinta yang dimaksudkan dalam novel ini adalah cinta yang berlandaskan cinta kepada ALLAH. Keyakinan yang jitu dan utuh tersemat dalam setiap karektor dan penekanan IMAN yang jika tidak terus disirami dengan ketaqwaan pasti akan menjerumus kita ke lembah kehinaan.

Oleh itu sahabat yang ana kasihi kerana ALLAH, tidak banyak yang ana mahu celotehkan. Cukuplah sekadar sedikit perkongsian yang ana dapat dari novel ini dan diharap sahabat dapat membacanya. Selain novel , penulis novel ini juga menghasilkan buku motivasi yang pada hemat ana sangat menarik. InsyaALLAH akan ana kongsikan pada masa akan datang.
Jadi apa tunggu lagi dapatkanlah novel ini dan ana pasti sahabat tidak akan rugi.Selamat membaca. Jazakallah khairan kathira.. =)

1 comments:

ainunruzana said...

assalam, buku ni skrg dah takde jual di pasaran, jadi boleh x sekiranya sy nk pinjam? Atau kalau awak nk jual pun saya sudi nk beli.

Post a Comment