Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang




Sesungguhnya kehidupan di dunia ini adalah sementara dan yang kekal abadi tentulah akhirat sana yang kita tidak ketahui dimanakan kita akan berada di penghujungnya. Apakah kita akan dijemput dengan haruman SYURGA atau diseret ke NERAKA yang apinya menjulang tinggi tanpa mengenal erti siapa kita sewaktu hidup kita. Tika itu tiada lagi pangkat atau kuasa sebagai nilai, harta yang mengunung bukan menjamin kita ke syurga, malahan anak-anak juga tidak dapat membela kita.




Tika kita dihisab kelak hanya AMALAN yang baik dan diredhai Allah akan menjadi bekalan atau tiket untuk kita ke syurga. Perkara lain yang kita peroleh seperti hartanah yang luas berekar-ekar, wang berjuta-juta, kereta yang berderet itu tidak mampu memberi apa-apa makna buat kita kelak untuk ke syurga abadi.



Duhai sahabatku, sesungguhnya ALLAH telah memberi pilihan buat kita untuk memilih sesuatu yang memberi manfaat dan seribu satu kebaikan buat kita. Namun mengapa kita masih tidak cuba reload amalan kita untuk mendapatkan tiket ke SYURGA yang indah lagi dipenuhi dengan bermacam-macam nikmat. Di sana tiada penghuninya yang berduka lara, tiada yang menjadi tua, dan semuanya dalam keadaan ceria dan bahagia sentiasa.




Namun mengapa kita sudah ketahui segala kelebihan dan ganjaran itu tapi kita kadangkala memandang enteng perihal ini. Malahan kita kadang kala tanpa rasa bersalah berulang kali melakukan dosa yang sebenarnya bukan sahaja menambah kredit point ke destinasi NERAKA malahan telah menempah kesengsaraan dan kepedihan seksaan di akhirat sana..




ana tidak mahu bicara panjang mengenai ini..sesungguhnya kita sedia maklum akan keadaan ini.. ayuh kita sama-sama fikirkan apakah yang sebaiknya buat kita.. apakah kita mahu kehidupan yang kita idamkan ini berakhir dengan SUKA dan BAHAGIA atau DUKA dan SENGSARA..




nah ana tinggalkan kalian dengan persoalan yang kita sama-sama fikirkan jawapannya..




tiket yang manakah kita menempahh ??

0 comments:

Post a Comment