Assalammualaikum pada sahabat2 sekalian yg ana kasihi kerana Allah.. selawat dan salam keatas Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda yang kuat dalam berjuang tanpa kenal erti penat dan jemu..MasyaAllah bila memikirkan dan mengenang atau membaca sirah para anbia yang terdahulu membuat hati ini meruntun hiba..betapa jauhnya diri ini berbanding mereka..

posting kali ini ana bawakan tajuk yang lebih santai buat tatapan dan renungan sahabat semua..
mungkin ada diantara kita terfikir apalah yang ana cuba nak sampaikan sebenarnya ini..
hurmm ok ..ana suka sekali memanggil tetamu yang membaca blog ana ini sebagai sahabat..rasanya lebih dekat di hati ( ceyhh tag line tv9..hehe)..bukan apa ingin mengimbau sebuat cerita atau nostalgia lama mengenai suatu perkara..ana seorang sahabat ana perlah memberi mesej yang lebih kurang begini..

siapakan saya kepada diri anda??
>> seorang kawan, sahabat , atau teman..

lalu dengan senang hati ana menjawab sahabat dan teman

lalu dibalas begini lebih kurang..

kawan: bersamamu tika senang sahaja
sahabat: bersama tika senang dan susah
teman: bersamamu susah dan senang serta dekat di hati

bila diimbas kembali mesej ini ana termenung sendiri..mencari sebuah erti kepada persoalan tersebut..mungkin ada yang berfikir itu hanya forward mesej yang tidak punya apa2 makna..
tapi entah mengapa sekeping hati ini sehingga kini masih mencari-cari sebuah makna yang tersihat di dalam sebuah perkataan SAHABAT...

kala ini cuba kita sama2 renungkan didalam ramai2 rakan kita tidak kiralah dari zaman muda2 dahulu ketika di tadika, terus ke alam persekolahan , alam universiti, dan seterusnya pekerjaan dan akhir sekali di akhir usia kita.. adakah insan yang bernama sahabat ini di dalam titian hidup kita?? jika ada berapa ramaikah mereka ini?? apakah nilai mereka di dalam diri kita secara peribadi.mari kita sama2 renungkan

apa yang cuba bawakan sebenarnya mungkin ada gertus hati sahabat sekalian yang menyatakan" ahh rasanya tiada siapa pun yang mampu memahami diri ini..hanya bersama tika ketawa..tapi bila duka semuanya lesap..hilang ..buat2 x kenal".. keadaan ini ana x nafikan kerna manusia juga pelbaga ragam dan karenah..bak peribahasa 'rambut sama hitam tapi hati laian2"
tenangkan hatimu duhai sahabat..bukan SIAPAKAH ATAU KUANTITI SAHABAT ANDA yang ana cuba sampaikan tetapi KUALITI SEORANG SAHABAT ITU..tika ini mesti ada yang tertanya apalah yang anti cuba katakan nie

disini ana ingin meletakkan beberapa persoalan yang kita sama2 renungkan dan sambil itu kita koreksi diri kita apakah kita sudah melakukan seperti di bawah:

  1. menjadi tempat pengaduan sahabat tika diperlukan
  2. memberi teguran dengan jujur dan ikhlas tanpa menyakiti hatinya
  3. mengajak melakukan aktiviti pengisian rohani bersama-sama.
  4. menyayangi dirinya melebihi diri sendiri.
  5. menjaga maruahnya dan mengenang jasanya.
justeru itu , jika ada dikalangan sahabat kita punya keseluruhan ciri diatas atau sedikit sebanyak ciri diatas ana ucapkan syabas dan teruskan lah perjuangan kalian dalam menjadi sahabat yang baik. sahabat ini merupakan anugerah dari Allah kepada diri kita supaya menjadi orang yang kuat berjuang . dialah yang memberi semangat kepada kita disaat kita jatuh tersungkur dan penyokong kita tika kita senang.. ya Allah betapa mulia nya seorang sahabat dan wang ringgit itu tidak mampu dibayar dengan seorang sahabat sejati..

oleh itu sahabat, sama2 lah kita cuba untuk menjadi SAHABAT SEJATI di dalam proses MENCARI SAHABAT... kerna iAllah jika kita mencuci hati dan muhasabah diri dalam menjadii sahabat sejati yakinlah secara tidak langsung kita akan meraih "hadiah" yakni sahabat sejati.
jika kini anda telah punya mereka..ingatlah hargailah mereka sementara ada. Sayangi mereka sesungguhnya kerana Allah..Tautkan ukhwah yang dibina dengan kesetiaan dan kejujuran sebagai resepinya..insyaAllah ia akan berkekalan selamanya..

renungilah kata2 ini:

>>"ukhwah itu terbina atas ranting kejujuran, bertunjangkan mahabbah fillah, lalu membuahkan kemanisan ikatan, jika terpesong ibarat patahlah rating reputlah akarnya. lalu rosaklah buah pokoknya. Teman itu tidak semestinya dekat pada jarak tetapi yang sentiasa diingati dalam setiap doanya"

>>ikatan persahabatan itu seperti untaian tasbih yang ada awal tiada penghujungnya. Dicantum demi cintaNya dan diratib demi redhaNya.

p/s: renung-renungkan mutiara kata tadi..udah-mudahan dapat memberi manfaat kepada yang menulis dan kepada yang membaca..wallahualam..salam perjuangan sahabatku ^_^

0 comments:

Post a Comment