salam alaik pada semua sahabat yang ana sayangi kerana Allah..selawat dan salam ke atas nabi junjungan penghulu seluruh ummah ..Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda dan keluarganya..
syukur yang tidak terhingga ana panjatkan kepada Allah diatas segala yang Dia hadirkan dalam hidup ana.

asif kepada pembaca kali ini ana lebih suka mengambil pendekatan DEKAT DI HATI dengan sahabat2 pembaca..( meminjam idea dari seorang sahabat blogger) yang ana rasakan perlu kiranya kadang kala kita memulakan perbicaraan yang lebih dekat dengan hati pembaca..bukan hanya rigid pada sesuatu teori atau penceritaan. mungkin secara tidak langsung dengan cara ini sahabat2 tidak berasa bosan untuk membaca kerana mudah-mudahan ianya ringkas tapi masih berkesan pada hati kalian..

di awal bicara ini suka ana ingin menyatakan bawasanya posting ini hanyalah posting yang sekadar sahaja. posting yang ana harapkan moga dapat sedikit sebanyak muhasabah diri ana dan iAllah kalian juga dalam meniti kehidupan.

ya ALLAH ana ingin posting apa sbnarnye nie ( asif2..hehe membebel pula).. baiklah pada awalannya ana ingin sekali sahabat semua cuba renung-renungkan di sepanjang tahun yang berlalu yakni 2009 apakah yang sahabat telah lakukan bagi memajukan diri sahabat.. apakah sahabat hanya mengikut sahaja perancangan yang kalian telah tetapkan pada azam tahun sebelumnya dan adakah ianya berjaya?? jikalau semuanya berjaya ..ana ucapkan alhmdulillah dan mabruk kepada kalian kerna dpt melaksanakannya dengan jayanya. tapi bagi mereka yang yang masih ada target yang tidak dapat dicapai lagi..jangan bersedih masih ada peluang dan ruang buat kalian untuk terus berubah dan berjaya.. ingatlah resepi kejayaan itu tidak datang hanya melalui kenikmatan hidup tapi ianya lebih manis dikecapi apabila yang pahit dirasai terlebih dahulu..

senang ingin ana kongsikan dengan sahabat semua tahun 2009 sebenarnya pada hemat ana dan secara peribadinya menyimpul seribu satu rasa yang kadang kala ana sendiri terkeliru sendiri.
tidak mampu diungkap dengan kata-kata..hanya Allah yang tahu betapa ada ketikanya kadang-kala hati ini rasa mahu sahaja putus asa dan menangis serta menjerit sekuat hati untuk meluahkan segala yang tersemat dihati. setiap dugaan yang datang itu benar2 mengajar ana erti kehidupan. mengajar ana mengenali karenah dan warna kehidupan dengan lebih kepada aspek realiti..sesungguhnya tidak semuanya nampak indah dipandangan mata. ada ketikanya ana tersenyum sendiri bila mengenangkan masa dan ketika ana rasa sedih atas dugaan yang ditimpakan. hanya dengan bekalan " ALLAH KNOWS BEST " ana cuba juga melangkahkan kaki dan yang paling penting hati ana untuk terus kuat menghadapinya. Alhmdulillah sesungguhnya Allah tidak pernah menganiaya hambaNya tp hambaNya lah yang menaniaya diri mereka sendiri. Dia yang memiliki arash yang tinggi itu pastinya tahu perihal hambaNya lebih dari diri kita sendiri seperti didalam ayat berikut :

Dia mengetahui apa yg dihadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahuisesuatu apa pun tentang ilmuNYA melainkan apa yang Dia kehendaki.
(surah albaqarah: 255)

oleh yang demikian duhai sahabat ..bangkitlah kalian bersama ana kita sama2 kuatkan hati dan terus kuat MUJAHADAH dan ISTIQAMAH di jalan Nya..kita sematkan rapi2 didalam hati untuk terus berubah ...kuatkan nawaitumu dan mari bersamaku menjejak pelangi indah dalam meniti kehidupan yang penuh mehnah ujian..ayuh bangkit mujahid wa mujahidah.. ^_^

Renungan buat sahabat~~

"bila engkau letih dan hilang semangat Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan dan hatimu berduka Allah telah mengira titis air matamu. bila engkau merasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu , Allah tetap bersamamu .Bila engkau kebuntuan akal , maka Allah adalah penunjuk jalan. Bila engkau berazam maka bertawakallah kepada Allah "

0 comments:

Post a Comment